Kebanyakan daripada kita menggunakan khidmat “rider” syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian bagi memudahkan urusan pembelian makanan. Hanya perlu memesan makanan di hujung jari dalam tak lama kemudian rider akan menghantar makanan yang dipesan.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, ini bukan kes pertama yang melibatkan rider meninggal dunia ketika menjalankan tugas sehingga meragut nyawa mereka. Semalam tular di media sosial, puluhan rider menziarahi rumah keluarga arwah yang terlibat dalam kemalangan dan menemaninya hingga ke tanah perkuburan.
MW mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Zaim Azman. Semoga keluarga ini tabah menerima kehilangan orang yang tersayang di bulan ramadan yang mulia. Sebelum kejadian arwah pernah meluahkan pada ibunya bahawa jika dia tak bekerja, siapa yang akan melakukan tugasnya menghantar makanan.
Kalau Nak Mati, Kat Rumah Pun Boleh
“Kalau abang tak kerja, siapa nak kerja hantar makanan? Orang tengah susah nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak mati, kat rumah pun boleh mati.”
Itu kata-kata terakhir pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, Muhammad Zaim Azman, 21, kepada ibunya, Mastura Saman, 52, sebelum terbabit dalam kemalangan di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Impian menghala ke Meru, semalam.
Kemalangan jam 9.10 pagi itu mengorbankan Muhammad Zaim selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta dipandu wanita berusia 49 tahun.
Ads
Ibu Hanya Bertemu Sebulan Yang Lalu
Mastura berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu kira-kira sebulan lalu sebelum ke Setia Alam bagi menjaga menantunya yang baru bersalin.
“Arwah cakap perkara itu (siapa nak hantar makanan) pada saya dengan nada bersungguh-sungguh sebelum bertolak ke tempat kerja.
“Masa itu, saya tidak bercakap banyak pada arwah kerana takut ia menjadi doa. Apa yang sempat saya pesan padanya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal dan menggunakan alat perlindungan ketika berurusan dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.
Menurutnya, dia mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi daripada rakan sekerja Muhammad Zaim.
“Waktu saya mendapat perkhabaran itu, saya sangka arwah hanya cedera. Namun, apabila rakan memberitahu arwah sudah tiada, lutut terasa lemah dan dunia terasa gelap seketika.
“Allah panggil dia pulang buat selamanya dalam bulan Ramadan. Sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sukar terima hakikat ini,” katanya yang menetap di Desa Mawar, Tanjong Karang.
Kehilangan Yang Amat Dirasai
Sementara itu, bapa Muhammad Zaim, Azman Jaafar, 57, berkata, arwah yang baru saja menyambut hari kelahiran pada 24 April lalu disifatkan sebagai seorang yang penyayang terhadap keluarga selain menjaga barang peribadinya terutama motosikal.
Ads
“Arwah menjaga motosikal miliknya dengan cermat dan baik selain kerap menyelenggara berikutan dia sering berulang-alik menghantar makanan pelanggan.
“Kehilangan arwah amat dirasai kerana sifat peribadinya yang mendengar kata orang tua dan cepat menghulurkan bantuan sekiranya keluarga dalam kesusahan,” katanya.
Jenazah Muhammad Zaim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 9, Sekinchan, jam 6 petang semalam.
Ads
Dalam pada itu, tular di laman sosial Facebook (FB) gambar puluhan ‘rider’ penghantar makanan menziarahi rumah keluarga Muhammad Zaim dan menemani jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan.
Menerusi status dimuat naik pengguna Facebook, dia menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran supaya tidak berkira dengan caj yang dikenakan dan menganggap ia sebagai sedekah kepada ‘rider’.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
Sumber: Harian Metro
MW: Diharap semua rider yang berkhidmat sepanjang musim PKP ini dilindungi Allah sentiasa. Lagi satu, janganlah berkira dengan cas perkhidmatan pernghantaran kerana itulah satu-satunya punca rezeki mereka untuk meneruskan hidup. Malahan dalam masa yang sama mereka bertarung nyawa untuk kebaikan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tapi bukan itu yang dicari dalam perkahwinan lelaki ini. Kesabaran dan ketenangan seorang suami itulah sebenarnya kunci bahagia sebuah rumah tangga.
Adam Corrie Pernah Diuji Allah 10 Tahun Ketiadaan Zuriat
Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.
Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.
Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.
Kebahagiaan Itu Akan Hadir Selepas Kita Berusaha
Kebahagian rumahtangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.
Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu Adam Fateh Lee. Sabar .. usaha.. doa..
Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat.
Jangan biarkan ia suram. .
Cintalah pasangan kita masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.
Ashraf Muslim luah kerisauan. Pelakon Ashraf Muslim berasa cukup risau dan meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 kala ini.
Ashraf seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagram akui dirinya masih trauma dengan COVID-19 dan mendoakan ahli keluarga dan sahabatnya dilindungi.
Ashraf Muslim Luah Kerisauan
Malah pelakon itu juga meluahkan dirinya sangat risau dan stress kemungkinan dek kerana apa yang berlaku sebelum ini.
“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi mcm dalam video ni.
“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang. Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat.
“Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yg berjangkit apa yg dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.
“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yg berlaku sebelum ini, saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yg berjangkit ini,” kongsi Ashraf.
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan perkembangan terbaru ini. Dan berharap kerajaan dapat mencegah dari awal sebelum virus Covid 19 bertambah teruk dalam negara.
Semalam merupakan detik yang cukup hiba buat Serina Redzuawan apabila dimaklumkan ayahnya, Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali Chef Wan menghidap Kanser Limfoma peringkat awal.
Serina Menangis Sepuasnya
Berkongsi luahan dan kesedihannya, ibu kepada dua orang anak ini berkata hatinya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai dan menangis sepuasnya apabila diberitahu perkara tersebut.
Assalamualaikum semua, semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar text bagi tau dia ada Kanser Lymphoma, memang sedih..i tak tak dapat tahan air mata, i menangis sepuasnya..
Terima Ujian Dengan Tenang
Serina juga berkata semuanya adalah ujian dan ketentuan tuhan kepada ayahnya. Malah dia juga bersyukur dan berbangga ayahnya menerima ujian sakit tersebut dengan redha dan tenang.
I know Ini Ujian Allah SWT nak beri pada papa & kami sekeluarga, Allah maha baik pilih papa @_chefwan58 , sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu Ahli keluarga adik beradik.
Syukur Alhamdulillah Papa Redha, dia tenang terima ketentuan ini, I’ M proud Of U papa! Insha Allah sakit tanda Allah kasih, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.
Mohon Kesembuhan Buat Papa
Serina juga memohon supaya ramai pihak turut mendoakan kesembuhan buat ayahnya agar kembali sihat.
Mudah mudah sahabat semua yg baca Nukilan Serina ni..tolong doakan kesembuhan buat papa ya. Ingat papa..Kami semua ada, Rina, Aidid @chefriz @l_nurel , adik beradik papa, sahabat & peminat papa semua Sayangkan papa , kami akan doakan papa kembali sihat, Stay strong.”
YA Allah Ya Syafi berikan lah kesembuhan buat Papa ku.Redzuawan Bin Ismail berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya, angkat lah kesakitannya,tingkatkan Imannya , dekat kan selalu Papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim..Aminnnn”
Mingguan Wanita: Sebagai anak memang sedih apabila mak ayah kita yang tersayang jatuh sakit. Semoga diberikan kesembuhan buat Chef Wan, diangkat segala kesakitannya.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...