Sesungguhnya apa juga pesanan, nasihat dan teguran daripada seorang ibu adalah kata-kata keramat yang wajar seorang anak patuhi. Dengarlah nasihat seorang ibu, kerana disitulah terletaknya keberkatan dan doa demi kebaikan seorang anak.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih DR MAZA terkenal dalam menyuarakan pandangan yang lantang berkaitan sesuatu isu.Sering melontarkan pandangan yang bernas dalam menegur apa juga perkara yang dirasakan perlu ditegur. Baru-baru ini, viral gambar pertemuan DR MAZA bersama Tun Mahathir di Pejabat Perdana Menteri. Hasil pertemuan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi, antaranya kemungkinan penglibatan Mufti Perlis ini dalam memegang jawatan politik.
Rupanya, perkara tersebut menimbulkan kerisauan buat bonda tersayang DR MAZA sendiri. Ibu Mufti Perlis ini, berharap agar anaknya tidak sama sekali melibatkan diri dalam arena politik dan terus kekal dengan jawatan mufti.
Berikut antara perkongsian perbualan bersama ibu oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin didalam laman Instagramnya;
Suatu awal pagi ibu saya telefon. Selepas saya bertanya khabar terus ibu saya ‘masuk tajuk’ tanpa intro:
“Mak harap jangan pegang jawatan politik. Buat apa duduk bawah telunjuk orang lain. Mak suka macam sekarang. Apapun terpulanglah”.
Saya jawab: “Kenapa tiba-tiba risau?”.
Jawab beliau: “Takpalah, terpulang”. Saya diam sahaja.
Titah ibu melebihi segala titah makhluk yang lain. Kalau ada pandangan lain, kena balik mengadap sendiri dan pujuk.
Beberapa hari lepas DYMM Raja Perlis juga berkata pada saya:
“Kalau jadi orang politik, penerimaan orang terhadap pandangan agama yang diberikan akan ada prasangka yang lain”.
Saya orang biasa. Hidup sebagai rakyat marhaen. Tidak bergaya pun nak jadi pemimpin politik. Apapun, kepada Allah penentu segala urusan.
Ternyata perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada para pengikut instagram Mufti Perlis ini. Antara yang bersetuju dengan pandangan dan nasihat ibu Dr Maza seperti berikut;
norzihan_jPandangan & teguran dari seorang ibu ada hikmahnya. Nasihat beliau dari hati nurani kasih sayang seorang ibu pada anaknya yang beliau nampak baik buruknya hidup dalam dunia politik. Pada pendapat saya, @drmaza_official fokus dalam bidang yang bersangkut paut dengan ilmu keagamaan. Negara kita memerlukan intelektual-intelektual yang dapat membantu memberi maklumat, nasihat & teguran pada institusi yang terlibat secara langsung. Semuga sampai hasrat ibunda tercinta.
Ads
abd.fazirBetul kata bonda Dr tu. Sekarang boleh kritik mana-mana parti yang buat salah.. Papepun tetap sokong DR dan doakn Dr Semoga dipermudahkn urusan dunia dan akhirat..Ilove u Dr… Mencintai ulama itu kerana sebab merekalah pewaris Nabi.
dekna_ctNasihat terbaik dari seorang ibu..alhamdullilah…
2aa1sk Betul sangat cakap Ibu. Doa Ibu adalah segala-galanya, selamat dunia akhirat.
aaleeyahkareemNasihat Ibu dr.Maza itu adalah do’a yg trbaik buat anaknya.
Ads
rohayahismaonSemoga @drmaza_official akan menegur sekiranya ada berlaku pencanggahan dalam agama..no need to be a politician..sekarang pun kami sangat menghormati pandangan dato.
rexaa_sportcrew Saya suka bila kamu bebas dari mana-mana partipolitik, saya suka bila kamu mengkritik semua parti politik dan saya suka bila kamu sampai kan ilmu kamu dalam keadaan saya anggap kamu bukan ahli politik atau ikut telunjuk ahli politik.
syamsul.azuarBetter ustaz kekal sebegini. Boleh tegur mana-mana pihak tanpa ada sebarang agenda peribadi. Juga menjadi sumber rujukan sesiapa sahaja.
nikhazardHarap Dr. MAZA x masuk politik… tak kira pemimpin siapa yg salah, Dr. MAZA dapat menegur sebaiknya dan memberi pandangan tanpa prejudis dan taksub mana-mana parti.
Ads
Namun begitu tidak kurang ada yang turut memberi pandangan sebaliknya. Menyokong penglibatan Mufti ini memegang jawatan dalam politik.
ririnasjhadSaya berpandangan berbeza pula. Semua ibu mahukan keselesaan bagi anak mereka. Namun jika sebagai pendukung agama kedudukan kita sekarang telah mencapai keselesaan, bermakna kita diperlukan ditempat lain. Kerana mendukung agama adalah perjuangan seumur hidup. Selesa, tiada di dalam kamus seorang pejuang. Semoga Allah menggerakkan hati Dr memilih yg terbaik utk Dr, sekeluarga dan saudara-saudara sesislam atau bakal islam. Amin.
hafahamzahSaya harap @drmaza_official menimbang dari sudut masalih & mafasid di atas sebarang pelantikan jawatan politik, lebih-lebih lagi demi masa depan Islam, dakwah sunnah & ummah secara keseluruhannya. Kalau bukan Dr MAZA, siapa lagi?
ezad_amBerdakwah banyak cara dr,dan masuk dalam politik pun salah satu cara untuk dr menarik orang lain ke jalan kebenaran,kerana sebelum ni dr disekat dalam menyampaikan dakwah dan video dr dan ilmuan lain hanya di youtube,mungkin dengan cara ni,dr boleh bawa kebenaran dengan lebih meluas..kebenaran pada orang diluar sana lebih ditonjolkan, saya berpendapat dr harus lebih kedepan unutk membawa lebih ramai ke jalan kebenaran , saya tahu dr boleh…wallahu ta’ala a’lam.
Mendengar kata-kata, nasihat dan pandangan daripada seorang ibu biasanya adalah yang terbaik. Kerana dalam pesanannya terselit doa dan harapan dalam menentukan kehidupan terbaik buat seorang anak. Apa-apa pun, semoga Dr MAZA membuat pilihan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Cabaran ibu ayah masa ini bukan sekadar memberikan pendidikan akademik yang baik untuk anak-anaknya. Menjadikan anak-anak lebih berdaya tahan lasak dengan ujian kehidupan itu juga bukan mudah untuk dilakukan.
Lebih lagi dalam berdepan zaman ‘segalanya terhidang di depan mata’. Namun, itu bukan alasan untuk tidak mempersiapkan mental dan emosi anak-anak.
Sebagaimana yang dikongsikan Liyana Marzuki ini. Pesannya agar ajarlah anak-anak untuk lebih berdaya tahan lasak. Kerana kepandaian semata masih belum mencukupi untuk mempersiapkan anak-anak berdepan dengan realiti kehidupan serba mencabar ini.
Kepandaian Vs Ketahanan
Dulu kita belajar, nak berjaya dalam hidup kena ada dua benda. IQ dan EQ.
IQ (Intelligence Quotient) bermaksud kepandaian otak memahami ilmu dan menghafal benda.
EQ (Emotional Quotient) pula bermaksud keupayaan menjaga perasaan, hormat orang lain, merendah diri, jujur dan punya jati diri. Paling penting tak malu jadi diri sendiri.
Sekarang kita diberitahu ada dua lagi konsep penentu kejayaan seseorang. Kena tambah dari IQ dan EQ yang disyaratkan dulu.
Iaitu Social Quotient (SQ) dan Adversity Quotient (AQ).
SQ merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bersosial. Jaga hubungan dan menambah rakan. Ikut peraturan sosial dan etiket seperti tepati waktu untuk menjaga perasaan orang lain. Buat orang senang.
Mengikut pakar, mereka yang ada EQ dan SQ yang tinggi, lebih berjaya dalam hidup walaupun punya IQ rendah.
Yang terakhir sekali ialah AQ, ini merujuk kepada keupayaan seseorang menghadapi cabaran dan kesusahan hidup. Lagi kental seseorang itu, lagi tinggi AQ nya, dan lagi berpotensi menjadi insan cemerlang.
Saya dulu belajar di London, duduk zon 6. Uni di zon 1, 1.5 jam perjalanan naik tube. Tukar 3 train pulak tu. Sanggup duduk zon 6, sebab itu yang paling murah boleh dapat.
Duit tak pernah cukup lah. Kadang ambil upah jadi tour guide juga. Jadi babysitter pun ada.
Room mate saya sanggup jadi cleaner masa cuti. Just nak ada duit tambahan untuk belajar. Itu cara kami dan ramai di kalangan kita yang belajar di luar negara, nak ada extra belanja dan hidup masa tengah susah.
Disebabkan itu, ramai kalangan kita belajar erti ketahanan atau “grit”. Datang la apa saja, kita takkan putus asa. Kita hadap saja.
Budak sekarang lain benar peelnya. Posting ni tunjukkan bukan saja AQ ke laut, segala SQ, EQ malah IQ juga jauh tersasar.
Pepatah cakap:
“Do not prepare the road for our Children, prepare our Children for the road”
Itu mungkin kita semua kena hadam.
Ajar anak-anak kita, TAHAN LASAK itu lagi penting dari jadi pandai. Kalau setakat pandai, tapi lembik segala, apah pun tak guna!
Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!
Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.