Wangikan ruang tamu. Pastinya mana-mana rumah ingikan rumah sentiasa wangi dan nyaman bila berada di dalamnya. Inilah membuatkan kita rasa tenang dan tidak berserabut.

Bayangkan kalau rumah berbau hapak dengan keadaan yang bersepah, dah tentu membuatkan kita rasa macam ‘nak lari’ rumah pula. Nak tak nak kenalah beli pewangi yang boleh hilangkan bau hapak dan kepam kat dalam rumah.

Jadi, kalau nak wangikan ruang tamu dan keseluruhan rumah tak perlu nak beli yang mahal-mahal, mak-mak boleh buat sendiri pewangi rumah. Lagi jimat.

Perkongsian daripada Azlin Alias dalam video tiktoknya bolen membantu mak-mak. Wangiannya lebih kurang sama dengan fabreeze.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bilik Air Sentiasa Wangi, Guna Pelembut Pakaian & Ubat Gegat, Mudah & Jimat!

Buat Sendiri Pewangi Rumah Semulajadi, Bagusnya Tahan Sampai Sebulan

Wangikan Ruang Tamu & Hilangkan Bau Hapak

Dalam videonya turut memberitahu pewangi yang buat sendiri ini lebih kurang fabreeze. Fungsinya sama untuk nyahkan bauan dalam rumah dan dah tentu ketahanan tak sampai 24 jam.

Bahan:

IKLAN

Pewangi baju (tak kisah jenama apa)
Baking soda
Cuka
Air panas

Caranya:

1. Masukkan 2 sudu kecil baking soda dalam bekas bersama 2 cup pewangi baju, 2 cup cuka dan secawan air panas.

Tip Wangikan Ruang Tamu & Bilik Guna 4 Bahan, Nyah Bau, Wangi Macam Febreeze
.

Tip Wangikan Ruang Tamu & Bilik Guna 4 Bahan, Nyah Bau, Wangi Macam Febreeze

IKLAN

2. Kacau sebati.

Tip Wangikan Ruang Tamu & Bilik Guna 4 Bahan, Nyah Bau, Wangi Macam Febreeze

3. Selepas itu, masukkan ke dalam botol kosong, tak kisah botol jenis apa asalkan dapat spray.

Tip Wangikan Ruang Tamu & Bilik Guna 4 Bahan, Nyah Bau, Wangi Macam Febreeze

4. Kemudian, spray/sembur pada langsir, karpet dan bantal. Boleh juga sembur sekeliling dalam rumah.

IKLAN

Tip Wangikan Ruang Tamu & Bilik Guna 4 Bahan, Nyah Bau, Wangi Macam Febreeze

Mingguan Wanita : Nak jimat bolehlah cuba cara ini. Citarasa masing-masing.

Sumber: Ciklynalias (tiktok)

@ciklynalias Dia macam febreze. Nyahkan bauan dalam rumah.Ketahanan bau tu tak sampai 24jam. Saya juz share tips yang mudah Dan saya guna. Terpulang pada masing-masing. Ada yang kata Tak menjadi tu maybe dia dah biasa guna yang mahal-mahal. Hidung Tak sama kan 🤭 #pewangirumah #tipapewangirumahmurah ♬ original sound – Azlin Alias 💕

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI