Pening kepala mak-mak bila rumah tetap nampak bersepah walaupun telah dikemaskan? Kaum ibu pastinya mahu memastikan kediaman kita sentiasa bersih dan tersusun cantik.

Namun kadangkala walau sudah berkemas namun kita tetap merasakan rumah tetap bersepah.

Pening Kepala Mak-Mak

Menerusi perkongsian penuh manfaat dari pemilik Facebook Khairunnisa Hamzah

(Mommy Dekor) telah berkongsi tip bagaimana untuk menampakkan rumah kita kemas dan selasa. Malah menurut Khairunnisa”, “Rumah yang tenang, Rumah yang diambil berat setiap hari.” Akui serong ditanya kenapa rumah akan bersepah walaupun sudah dikemas rapi, Khairunnisa menjelaskan’;

Pening Kepala Mak-Mak, Bila Rumah TETAP Nampak Bersepah Walaupun TELAH Dikemaskan?

Kenapa rumah kita TETAP nampak bersepah walaupun TELAH dikemaskan?

“Cuba kita perhatikan semula 3 perkara berikut:

  1. BARANG

Mungkin terlalu banyak penampakkan susuk tubuh barang-barang kelengkapan seharian kita. Walaupun sudah disusun kemas dan elok, tapi tertayang kesemuanya. Mata kena hadap.

Mata kita akan auto fokus kepada SETIAP SATU barang. Jadi, kalau ambil barang, letakkan semula pada tempat asal simpanannya.

Sebaiknya tempat simpan barang itu bertutup, yakni bertirai atau berpintu.

Contoh dalam bilik air, nampak segala botol sabun, syampu, perapi dan pelbagai jenis berus gigi.

Jadi, mata kita boleh nampak semuanya, bukan?

Terlalu banyak item yang mata kena lihat walaupun ia bersusun.

Ini berbeza dengan pandangan yang selesa pada bilik air yang segala kelengkapan diletakkan di dalam bakul atau kabinet bertutup seperti menggunakan pintu atau tirai.

Bilik air yang pandangannya selesa ialah yang hanya nampak dinding, cermin, lantai, pancuran air, tandas serta mungkin dihias dengan sepasu pokok hijau.

  1. CORAK

Mungkin terlalu banyak corak dalam satu ruang.

Mata akan pandang KESEMUA corak yang terhidang di dalam satu ruang yang sedang diduduki.

Cuba buat hanya satu sahaja item yang bercorak dalam satu ruang. Baru mata kita jadi selesa.

Paling banyak, tidak melebihi tiga.

Jika terpaksa pakai yang bercorak juga setelah melebihi 3 item bercorak, cuba pastikan corak tersebut sejenis yang nampak tak nampak.

Bukan yang terang dan timbul.

Yang lain biarkan sahaja plain tanpa corak.

Paling senang nak difahamkan,

Kita bayangkan seseorang memakai

kain bercorak pelekat,

baju bercorak bunga,

tudung pula bercorak buah strawberry.

Bagaimana rupanya?

Begitu juga dalam rumah kita.

Andai minat corak bunga, biarkan satu sahaja yang bercorak bunga dan sebaiknya bunga yang sama.

Contoh, bantal kusyen bercorak bunga matahari, maka hanya corak bunga matahari sahaja ada di ruang tamu dan dikhususkan pada bantal kusyen sahaja. Itu pun kalau boleh hanya satu atau dua sahaja bantal bercorak bunga matahari tadi. Kalau 10 bantal bercorak bunga matahari pun boleh nampak serabut juga.

Kalau tema daun, daun sahaja.

IKLAN

Tapi hanya satu item sahaja bercorak.

Langsir, karpet, dinding, tidak bercorak.

Jika mahu corakkan dinding, yang selainnya tidak bercorak.

Saya harap ramai faham hal ini kerana ia berkaitan pandangan mata yang akan mempengaruhi ketenangan minda kita.

Tenang atau serabut di rumah, kita yang mencorakkannya.

  1. WARNA

Mungkin banyak penampakkan warna yang tidak sepatutnya.

Ini hal yang selalu saya perkatakan.

Warna sangat mempengaruhi mata, emosi dan perasaan seseorang.

Cuba fahami asas tentang kesan warna pada minda kita. Boleh Google.

Contoh, warna merah boleh membangkitkan selera, boleh juga menggelodakkan jiwa.

Pening Kepala Mak-Mak, Bila Rumah TETAP Nampak Bersepah Walaupun TELAH Dikemaskan?

Gandingan warna ada kesannya

Untuk jumpa gandingan warna yang sesuai, boleh cari di internet dengan menaip Color Wheel (Roda Warna) atau Color Scheme (Skema Warna).

Ruang yang ada terlalu banyak warna boleh menyumbang kepada rasa dan pandangan yang bersepah walaupun ruang itu telah habis dikemas.

Contoh, dinding warna merah hati, langsir warna hijau pokok pisang, sofa warna biru gelap, karpet warna jingga dan sebagainya.

Terlalu banyak warna yang terang yang menyebabkan mata kena lihat semua sehingga menyebabkan mata tidak berehat ketika berada di ruang tersebut.

Untuk rumah, banyakkan warna yang lembut atau warna warna alam.

Ingat balik warna warna yang digunakan untuk dekorasi hotel.

Warna warna yang dipakai kebanyakkannya menggunakan warna putih dan warna alam seperti warna kayu, warna abu, warna daun, warna  biru awan.

Gandingan warna dalam satu ruang, try untuk maksima 3 hingga 4 warna sahaja.

Maksudnya bukan hanya pada dinding, tetapi ambil kira sekali warna pada pasu, bingkai gambar, alas meja dan apa jua sekali pun yang ada di ruang tersebut.

Apa yang saya kongsikan ini ialah kerana ramai yang tanya kepada saya kenapa rumah sudah berkemas tetapi masih nampak sepah.

Jadi, antara lain usaha yang boleh diusahakan,

IKLAN

Untuk barang kelengkapan dan kegunaan harian,

Boleh cari yang warna putih, kelabu atau hitam sahaja contohnya berbanding warna biru, merah, hijau dan purple.

Elakkan banyak warna dan banyak corak pada barang kelengkapan kita sekeluarga.

CONTOH-CONTOH UNTUK MUDAH DIFAHAMI:

  1. Sikat kalau hitam, hair dryer pun hitam.

Bukan sikat biru, hairdryer pink.

Apabila letak berdua, di situ sahaja mata dah penat kena lihat 2 warna walau elok disimpan dalam bakul kedua duanya.

  1. Contoh lagi ialah contoh di dalam laci dapur.

Segala sodek, tempat buka tin, bakul, alat-alat dapur, seragamkan dengan warna putih. Kalau terlalu banyak warna, mata kena lihat semua warna. Susun macam mana sekalipun tetap nampak penat seakan bersepah sebab mata perlu lihat banyak warna.

  1. Untuk yang berbotol, boleh masukkan cecair ke dalam botol botol yang satu warna atau masa nak beli lagi cari yang warna sama jika malas nak membotolkan semula.
  2. Mata kita memandang semuanya dan kepala akan proses untuk terima segala pandangan mata.

Sekiranya lantai putih yang luas, tertumpah setitik air milo berwarna coklat, maka mata akan terus nampak tompok air milo tadi, bukan?

Setompok warna pun mata akan nampak, jadi bayangkan ruang yang punya banyak barang, banyak corak dan banyak warna?

Walaupun kemas, tetap bersepah jadinya.

FIKIRKAN SEJENAK

Begitulah jua dalam hidup ini,

Walau sebanyak mana kita usaha untuk selesaikan masalah yang timbul,  ia tetap buat kita berserabut jika kita terlalu banyak menimbulkan isu tanpa menutupinya satu persatu ia tetap buat kita berserabut jika kita tersalah pilih corak atau terlalu banyak corak yang digunakan untuk mencorakkan kehidupan kita dan ia tetap buat kita berserabut jika warna yang digunakan berselirat tanpa tema yang jelas dan tanpa memahami kesannya pada emosi dan minda manusia.

CARA

Orang kata, bagaimana cara kita buat sesuatu benda, begitulah cara kita membuat keseluruhan perkara.

Semoga apabila kita usaha mengemaskan keadaan rumah, maka kita akan mudah mengemaskan kehidupan kita.

SUKA

Ketika kita menyukai sesuatu, belum tentu ia sesuai dibawa pulang ke rumah kita.

Konsep Kedai Kopi

Contoh kita minat dengan konsep cafe di tempat yang kita selalu mengopi lalu kita teruja mahu jadikan konsep sebegitu di rumah kita pula.

Bagaimana konsep kedai kopi?

Nampak segala kelengkapan (cawan, kotak kopi, mesin, kuali, dll)

Terlalu banyak elemen digunakan ( corak besi, corak batu, corak kayu, corak di poster, dll)

IKLAN

Warna yang terang untuk naikkan semangat pagi (merah, hitam, coklat gelap, dll)

Perlu diingat, kedai kopi akhirnya akan tutup kedai apabila tamat waktu operasi. Semua pekerja dan pelanggan akan pulang ke rumah masing-masing.

Andai kata rumah kita disetkan seperti kedai kopi (kafe), di mana kita mahu pulang apabila mahu berehat dan bertenang?

Fikir-fikiran

Rumah kita, kita yang perlu perbetulkan demi menenangkannya.

Dalam Islam, rumah adalah

TEMPAT UNTUK BERTENANG DAN BERDAMAI yakni untuk beroleh kesejahteraan.

Antara usaha yang boleh dilakukan dengan tangan sendiri tanpa menunggu orang lain ialah

Elakkan Rumah Nampak Bersepah

InsyaAllah, separuh usaha telah terlaksana. Separuh lagi ialah akhlak manusia di dalamnya.

Namun, percayalah,

Usaha menghiasi kediaman adalah usaha memperbaiki dan membentuk peribadi setiap ahli keluarga.

Yang pasti, usaha itu bukan sekali

Tetapi ia adalah jihad setiap hari.

Boleh, boleh?

Sampai tak?

Siapa baca sampai habis ni insyaAllah saya doakan dapat kefahaman, kemampuan dan kemudahan untuk mengelokkan rumah sendiri,” kongsi Khairunnisa Hamzah yang cukup bermanfaat.

Pening Kepala Mak-Mak, Bila Rumah TETAP Nampak Bersepah Walaupun TELAH Dikemaskan?

 

 

Baca Disini : Sedekah Paling Afdal Berilah Pada Keluarga, Adik Beradik Susah, Lebih Tinggi Kedudukannya Dari Fisabilillah

Jimat Wang Tak Perlu Lepak Di Luar, Dekorasi Ruang Makan Ibarat Di Kafe Hipster

Sumber / Sumber Foto : Facebook Khairunnisa Hamzah 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Pening Kepala Mak-Mak, Bila Rumah TETAP Nampak Bersepah Walaupun TELAH Dikemaskan?

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI