Lelaki Kalau Marah Tak Naik Tangan Jauh Sekali Menghina Kamu, Itulah Bakal Imam Selayaknya Untukmu

Wanita-wanita di luar sana yang sedang mencari jodoh atau sedang mengenali seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidupmu, dengarlah pesan Muhammad Shafri ini. Moga kau menemui bakal imammu yang selayaknya denganmu.

Banyak benar kata-katanya ini. Kerana mencari pasangan hidup ini umpama mencari pertama dalam timbunan pasir. Tak mudah.. tapi sekali sudah kau temui, nikmatnya kau juga yang akan merasai.

Lelaki Kalau Marah Tak Naik Tangan Jauh Sekali Menghina Kamu, Itulah Bakal Imam Selayaknya Untukmu
Muhammad Shafri

Kalau Kamu Wahai Perempuan

Ada mengenali seorang lelaki dan selama berkenalan dengannya kamu tahu dia menjaga solat 5 waktu tak pernah tinggal. Hormat mak ayah, akhlakya baik serta peribadinya mulia.

Apabila marah dia tidak menghina kamu jauh sekali menaik kan tangan ke tubuh kamu. Bahkan dia sangat menghormati dan memuliakan kamu. Andai lelaki yang kamu kenal ketika ini seperti yang saya nyatakan kamu pilihlah dia menjadi suami kamu.

Kalau kamu nak tengok bagaimana kehidupan kita dengannya selepas dah nikah nanti. Lihatlah sejauh mana dia menjaga hubungannya dengan Allah ketika ini. Kalau selama kenal dengannya dia menjaga hubungannya dengan Allah. Insya Allah dia juga akan jaga kamu dengan baik.

IKLAN

Memilih pasangan hidup ini juga menentukan soal bahagia kita dan bahagia itu ada pada agama. Dan memilih pasangan hidup ini juga tentang kehidupan akhirat kita selepas dah mati nanti.

Tapi kalau selama kenal dengannya dia tak meletak kan Allah number satu, tak menjaga solatnya, tak menjaga hubungannya dengan Allah. Jangan jadikan dia teman hidup kamu. Sebab apa? Kalau Allah dia boleh lupakan tak mustahil bila lepas dah nikah nanti dia juga boleh tinggalkan kamu.

IKLAN

Kerana nikah itu bukan magic yang boleh mengubah seseorang seratus peratus menjadi soleh solehah lepas dah nikah nanti. Tapi andai kamu nyakin yang dia akan berubah atau kamu mampu untuk mengubah dia. Silakan kamu menikah dengannya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan dia.

Satu Lagi..

Soal lelaki ini andai sebelum nikah dia tak ajak kamu berzina, tak sentuh kamu. I meant tak buat ‘ringan-ringan’ dengan kamu. Sesungguhnya kamu tak salah memilih dia menjadi bakal imam kamu. Menjadi ‘ketua keluarga’ untuk anak-anak kamu.

IKLAN

Tapi kalau sebelum nikah lagi dia dah buat bukan-bukan dekat kamu renungkan kembali hubungan kamu dengannya. Kerana dia bakal imam kamu. Janganlah memilih pasangan hidup semudah membeli kangkung di pasar pagi. If you know what i meant.

Silakan share tulisan ini kepada semua, tag adik-beradik, kawan-kawan yang mungkin tengah bercinta. Semoga Allah satukan kalian dalam ikatan yang sah iaitu Nikah.

Oh ya, andai sudi jemputlah join channel telegram saya. Semoga ada kebaikan dan manfaat yang kita boleh ambil bersama. Sila ke link ni http://telegram.me/themuhammadshafri

Sumber/Foto : Muhammad Shafri , Faisal Hafiz