Tip luruskan karpet. Perasan tak, karpet rumah yang selalu kita letak di ruang tamu, lama-lama akan terkepak atau tergulung sedikit bahagian tepinya. Salah jalan, mahunya boleh tersepak dan tersandong kaki.
Mungkin sesetengah mak-mak ada cara tersendiri untuk luruskan karpet yang terkepak ini. Tapi berapa lama bertahan dan lepas tu jadi balik. Kalau ikutkan hati mahu saja gantikan dengan karpet baru.
Jangan membazir dan jangan dibuang, Ada cara nak luruskan karpet yang terkepak ini. Ikuti perkongsian video tiktok oleh Julespitch ini, moga ia membantu mak-mak.
DIY ‘Fluted Wall’ kemas dan cantik, kos bawah Rm500 puas hati buat sendiri. Jika di rumah dinding kosong je selama ini, boleh ubah wajah serikan dengan buat sendiri ‘Fluted Wall’. Hasilnya memang nampak cantik dan kemas malah berbaloi dapat lebih jimatkan kos bila buat sendiri berbanding upah kontraktor.
Baca perkongsian daripadaShaher Fuadini sebagai rujukan;
Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.
Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.
1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.
Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.
Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.
Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.
Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.
Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:
1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60 2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00 3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00 4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00 5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00 jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60
Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.
Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..
Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.
1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.
2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.
3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.
4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.
5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Mingguan Wanita: Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.
PAPAN PEMOTONG Lebih Bersih Elak Berkulat, Guna Garam & Lemon! Papan pemotong antara perkakasan dapur yang selalu kita gunakan di dapur. Apabila kerap digunakan setiap hari dan tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan bakteria dan lumut berkulat pada permukaannya.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menjaga papan pemotong ini supaya lebih bersih, tahan lama dan elak berkulat. Hanya gunakan garam dan lemon sahaja.
Garam Halus
Lemon
Tisu Dapur
1. Taburkan garam pada keseluruhan papan pemotong.
2. Potong lemon separuh dan perahkan pada papan pemotong tadi.
3. Kemudian, gosok rata pada keseluruhan permukaan papan pemotong.
4. Lap rata, dengan tisu dapur sehingga kering dan bersih.
Sekarang ini banyak kuali yang boleh dijadikan pilihan mak-mak untuk memasak. Namun, tak mustahil, ada mak-mak yang selesa dengan kuali kampung, jenis kuali ‘bertelinga dua’. Inilah yang selalu digunakan.
Sebab itu, jangan terkejut kalau di dapur ada kuali kampung yang menjadi kegemaran dan itulah yang digunakan untuk memasak. Kuali nonstick atau jenama lain pun ada tapi itulah juga yang jadi kegemaran.
Masalahnya kalau masak makanan, ada saampai berkerak dan susah untuk tanggalkan. Beza dengan kuali moden sekarang, tak melekat pun. Satu hal pula nak bersihkan, lagi-lagi itulah kuali yang sering digunakan.
Ada banyak cara dan ikut cara mak-mak untuk bersihkan kuali kampung yang dah berkerak ini. Mungkin ada yang rendam saja, boleh hilang. Tapi ambil masa beberapa jam juga.
Kali ini, perkongsian video tiktok Julespitch tentang cara paling mudan dan senang untuk tanggalkan kerak yang melekat pada kuali kampung ini.
Cara ini paling mudah dan senang hingga tak perlu nak menyakitkan tangan menyental kuali. Kalau pakai nonstick tidak masalah pun tapi bagi yang guna kuali kampung.
Cara nak tanggalkan kerak yang melekat pada kuali dengan mudah.
1. Letakkan air dalam kuali yang ada kerak tadi.
2. Masukkan sabun pakaian yang selalu guna lebih kurang satu sudu atau lebih, Ikut jumlah yang diingini.
3. Kemudian, rebuskan di atas api. Waktu ini, wap-wap sabun pakaian pun dah bau semerbak dalam satu rumah.
4. Biarkan ia mendidih seketika.
5. Selepas itu, tapis kerak yang telah tertanggal tadi.
6. Bolehlah basuh seperti biasa. Tak perlu nak menyental kuat-kuat pun. Letak sabun dan bersihkan. Cantik berkilat seperti biasa.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada cara tersendiri nak hilangkan kerak yang melekat. Cara ini pun berkesan sangat kalau itu saja kuali yang ada.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.