Orang tua cakap, kalau nak pakai kasut baru, gigit dulu kasut baru tu, barulah kaki tak melecet. Sampai sekarang petua ini masih ada lagi yang meneruskan cara ini semata-mata tak nak kaki melecet.

Kalau kasut baru dan masih tak pakai lagi, boleh la digigit, kalau dah pakai baru teringat nak gigit. Geli pulak nak gigitkan. Tak tahulah kenapa bila pakai kasut atau selipar baru mesti kaki melecet. Mungkin nak bagi sesuaikan dengan bentuk kaki kot.

Tak tahu sejauh mana sebabnya. Tapi perkongsian daripada Ana Mahabu ini boleh membantu anda untuk mengelakkan daripada kaki melecet. Tak perlulah nak gigit kasut itu sebelum pakai sebab ada banyak cara lagi boleh buat untuk elak kaki melecet.

Baca Artikel Lain Di Sini: Guna Rak Kasut Susun DECLUTTER Barang Dapur Bawah Sinki, Kemas Hasilnya

Hanya Lukis Corak, Cat Warna Akrilik, Kasut Putih TERUS Nampak Mahal

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

1. Pakai plaster

Ini yang paling biasa kita lakukan selepas beli kasut baru. Sediakan siap-siap plaster untuk ditampal pada bahagian atas tumit dan jari kaki.

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

2. Tabur bedak dalam kasut

Tabur bedak di bahagian dalam kasut dan juga tepi kasut. Bedak akan melicinkan bahagian kasut sekaligus mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet. Selain itu kasut juga akan berbau harum.

IKLAN

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet3. Sapu deodorant pada kaki dan kasut

Kegunaan deodorant bukan saja untuk mengelakkan ketiak berbau tapi juga untuk mencegah kaki melecet. Tapi pastikan anda menggunakan deodarant jenis roll on bukannya jenis semburan.

Sapu pada sekeliling kasut dan bahagian yang boleh menyebabkan melecet. Fungsi deodorant ini sama seperti bedak untuk melicinkan permukaan bagi mengelakkan geseran penyebab melecet.

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet4. Bekukan air dalam kasut

Masukkan air dalam plastik, kemudian letak dalam kasut. Balut dan masukkan dalam freezer, biarkan air tadi beku selama semalaman. Tujuannya adalah untuk mengembangkan saiz kasut supaya selesa bila kita memakainya.

IKLAN

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

5. Tampal tape

Bagi mengelakkan melecet pada bahagian jari, boleh tampal tape pada jari kaki sebelum mengenakan kasut.

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet6. Stokin dan pengering rambut

Pakai stoking yang tebal kemudian sarungkan kasut yang baru dibeli. Ambil pengering rambut lalu halakan wap panas pada bahagian dalam kasut. Ia membantu melonggarkan kasut yang ketat yang selalu menjadi punca kaki melecet.

Gigit Kasut Baru? Tak Perlu, Guna Cara Ini Untuk Elak Kaki MelecetMW: Nanti bolehlah cuba salah satu daripada cara ini. Mungkin boleh membantu.

Sumber: Ana Mahabu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI