“Kesiannya sampai mengigil-gigil tangan” begitulah antara komen netizen di Instagram pelakon popular Maya Karin. Pelakon jelita itu alami serangan panik sebelum naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-32 terharu dengan pertolongan Faizal Hussein yang juga rakan penyampainya ketika mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.  .

Maya akui walaupun tidak sepatutnya dia memegang Faizal namun dia benar-benar perlukan pertolongan ketika itu.

“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan”

Seperti mana yang dilaporkan Maya begitu hargai pertolongan Faizal.

“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Dia juga bantu saya ketika saya melepaskan kasut. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’.

“Walaupun saya tidak sepatutnya memegangnya tapi saya betul-betul perlukan pertolongan ketika itu. Malah dia jaga saya sampai tugas kami selesai.

“Orang lain mungkin tak ambil peduli dan tak faham situasi yang saya alami, tapi dia sangat ambil berat. Sampaikan kasut saya pun dia tolong pegangkan,”

“Sebelum naik atas pentas saya sudah bercakap dengan Faizal boleh tak dia umumkan dua kategori utama itu berseorangan. Bagaimanapun, dia pujuk dan yakinkan saya boleh buat dan minta saya kekal bertenang. Jadi saya pun cakap pada diri sendiri dan cuba kuatkan hati.

“Namun, sebaik berada di atas pentas fikiran saya mula terganggu melihat penonton dan kamera sedangkan sewaktu majlis Anugerah Seri Angkasa sebelum ini semuanya okey.

IKLAN

“Saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku. Serangan panik ini datang tiba-tiba dan boleh dikatakan kerap juga berlaku sekarang ini apabila ada tekanan yang datang,” terang Maya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Tak Sempat Jumpa Doktor Pakar

Maya juga akui dirinya menghidapi serangan panik hampir empat tahun lalu.

“Saya tak sempat ke hospital untuk bertemu doktor pakar. Selepas menjalani penggambaran filem Telaga Suriram, saya terus ke Amerika Syarikat dan melawat empat bandar dalam tempoh tiga minggu. Kemudian saya ke Bangkok, Thailand sebanyak dua kali atas urusan kerja dan sambung berkerja di sini.

“Mungkin minggu depan saya akan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan memandangkan rakan-rakan sudah mula risau selepas melihat keadaan saya di FFM32,” ungkap Maya.

“Rupa-Rupanya Baru Tahu Ada ‘Panic Attack'” Netizen 

Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan serangan panik yang dilalui oleh Maya Karin

IKLAN

“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan” Maya Terharu Faizal ‘Gentleman’, Kasut Pun Tolong Pegangkan “Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan” Maya Terharu Faizal ‘Gentleman’, Kasut Pun Tolong Pegangkan

Baca Disini : Kebun Komuniti Tempat Maya Karin Buat Kerja Sukarela, Sedia Sayuran Percuma

“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan” Maya Terharu Faizal ‘Gentleman’, Kasut Pun Tolong Pegangkan

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Instagram Maya Karin

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI