Tip luruskan karpet. Perasan tak, karpet rumah yang selalu kita letak di ruang tamu, lama-lama akan terkepak atau tergulung sedikit bahagian tepinya. Salah jalan, mahunya boleh tersepak dan tersandong kaki.
Mungkin sesetengah mak-mak ada cara tersendiri untuk luruskan karpet yang terkepak ini. Tapi berapa lama bertahan dan lepas tu jadi balik. Kalau ikutkan hati mahu saja gantikan dengan karpet baru.
Jangan membazir dan jangan dibuang, Ada cara nak luruskan karpet yang terkepak ini. Ikuti perkongsian video tiktok oleh Julespitch ini, moga ia membantu mak-mak.
PAPAN PEMOTONG Lebih Bersih Elak Berkulat, Guna Garam & Lemon! Papan pemotong antara perkakasan dapur yang selalu kita gunakan di dapur. Apabila kerap digunakan setiap hari dan tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan bakteria dan lumut berkulat pada permukaannya.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menjaga papan pemotong ini supaya lebih bersih, tahan lama dan elak berkulat. Hanya gunakan garam dan lemon sahaja.
Garam Halus
Lemon
Tisu Dapur
1. Taburkan garam pada keseluruhan papan pemotong.
2. Potong lemon separuh dan perahkan pada papan pemotong tadi.
3. Kemudian, gosok rata pada keseluruhan permukaan papan pemotong.
4. Lap rata, dengan tisu dapur sehingga kering dan bersih.
Laksam lembut cantik licin elok bergulung, kukus guna pinggan plastik!
Rupanya ada cara mudah dan tip untuk buat laksam supaya jadi tak melekat, lembut cantik, licin malah elok bergulung. Syaratnya kena pakai pinggan plastik yang disapu sedikit minyak.
Flawless teruk guys laksam ni. Siapa yang nk cuba, ini resepinya.
1cawan tepung beras cap teratai
1sdm penuh tepung gandung cap ros
21/2 cawan air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)
Minyak untuk disapu pada pinggan
**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.
1.Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.
2.Bancuh ramuan di atas kacau sampai larut dan jangan bergentel. Curah dalam pinggan yang telah disapu minyak kemudian kukus 4-5minit.
3.Kalau dah menggelembung itu tandanya dah masak. Tunggu sejuk baru gulung ya. Buat sampai habis step ni.
Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.
DIY ‘Fluted Wall’ kemas dan cantik, kos bawah Rm500 puas hati buat sendiri. Jika di rumah dinding kosong je selama ini, boleh ubah wajah serikan dengan buat sendiri ‘Fluted Wall’. Hasilnya memang nampak cantik dan kemas malah berbaloi dapat lebih jimatkan kos bila buat sendiri berbanding upah kontraktor.
Baca perkongsian daripadaShaher Fuadini sebagai rujukan;
Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.
Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.
1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.
Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.
Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.
Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.
Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.
Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:
1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60 2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00 3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00 4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00 5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00 jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60
Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.
Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..
Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.
1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.
2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.
3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.
4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.
5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Mingguan Wanita: Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.