Bagi yang pertama kali berpeluang untuk menunaikan umrah di tanah suci memang agak buntu juga untuk menyediakan keperluan yang perlu dibawa. Bukan apa, kalau boleh satu almarilah nak dibawa.
Sebenarnya ada tip ringkas untuk kemas beg dan barang-barang yang diperlu dibawa. Barulah sewaktu pergi beg tak berat dan waktu balik nanti beg pun tak ‘beranak’ atau bertambah-tambah.Namun tip ini juga bergantung pada kesesuaian diri sebagai panduan.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zuraida Lazni ini sebagai rujukan;
Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli.
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut. Konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai.
4. Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5. Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
Ads
6. Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah-basah.
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
8. Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli ubat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Ads
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip ringkas ini membantu para jemaah yang berhasrat untuk kemas bag, pergi ke tanah suci nanti. Apa pun ia hanyalah sebagai panduan, boleh ikut mengikut kesesuaian diri. Jadi takdelah beg tu ‘beranak’, kena caj ekstra pula nanti di lapangan terbang.
Warga kota yang menggunakan khidmat tren komuter sudah pasti akan mengetahui mengenai koc untuk wanita yang telah diperkenalkan oleh KTM Berhad bermula April 2010. Sudah hampir 8 tahun koc pink ini diperkenalkan tetapi masih ada juga lelaki yang seakan buat buat tidak faham apabila mereka berada di dalamnya.
Saya sebagai pengguna tegar tren komuter ini ingin berkongsi cerita mengenai kisah di koc wanita. Boleh dikatakan setiap hari apabila saya menaiki tren ini sudah pasti ada sahaja lelaki yang akan duduk di dalam koc ini.
Setiap kali menaiki tren komuter, sudah pasti akan ada pengumuman dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengenai koc wanita ini. Logo dan tulisan berwarna merah jambu atau pink pula sudah jelas tertulis pada bahagian luar dan dalam koc. Tetapi masih ada lelaki saya fikir yang kurang prihatin atau mungkin mereka itu sahaja buat-buat tidak faham.
Koc untuk wanita khas untuk wanita. Kalau ada lelaki pun hanya untuk bayi dan kanak-kanak lelaki yang menaiki tren bersama ibu mereka. Jika yang menaiki tren itu adalah ibu bapa bersama anak-anak, perlulah mereka berpindah ke koc lain.
Wanita juga memainkan peranan untuk mengingatkan lelaki untuk mengikut arahan tersebut. Biasanya ada juga wanita terutamanya ibu yang menaiki tren bersama suami dan anak-anak membiarkan suami mereka duduk sama di koc tersebut. Alasan mereka senang ada suami untuk menjaga anak-anak.
Sedarkah mereka itu koc wanita. Jika mereka mahu suami meneman dan menjaga anak-anak, apa kata mereka terus menaiki koc ‘universal’ atau koc yang boleh dinaiki oleh lelaki dan wanita tanpa sebarang halangan. Biarlah koc wanita hanya untuk wanita.
Kalau arahan dan peraturan mudah itu pun ibu bapa buat-buat tidak endah, bagaimana pula cara mereka mendidik anak? Sedarkah mereka kelakuan itu secara tidak langsung telah dilihat oleh anak-anak mereka. Wahai ibu bapa, tunjukkanlah perbuatan baik kepada anak-anak kerana setiap perbuatan tidak baik anda itu akan menjadi acuan kepada sikap anak-anak pada masa hadapan.
Koc wanita disediakan demi keselamatan wanita itu sendiri. Hargailah usaha pihak KTM Berhad ini. Kalau kita wanita sendiri tidak memperjuangkan hak untuk wanita, siapakah lagi yang mahu melakukannya.
Tegur secara sopan
Daripada pengalaman saya apa yang boleh kita buat kalau ada lelaki yang sengaja atau tidak sengaja duduk di kerusi yang terdapat di koc wanita?
Perkara pertama yang saya buat adalah beri lelaki itu masa lebih kurang beberapa saat sebelum menegurnya. Kita anggaplah dia tidak tahu atau tidak perasan.
Setelah melihat lelaki itu buat tidak tahu, bolehlah kita memberitahunya secara sopan bahawa koc ini untuk wanita. Mereka boleh berpindah ke koc lain. Biasanya cara saya ini akan berkesan.
Apa cara anda kalau melihat lelaki duduk di dalam koc untuk wanita?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Udang kering sering dijadikan rencah dalam sesuatu menu masakan. Kebanyakan mak-mak hanya membeli udang kering ke kedai, padahal membuat sendiri udang kering bukanlah sesusah mana. Mudah sahaja. Paling penting kebersihannya terjamin, murah dan senang cara penyediaannya.
Ikuti perkongsian, Siti Salehah bagaimana caranya menghasilkan udang kering sendiri di rumah:
Nak beli udang kering kadang mahal sangat… Beli udang sayur ini RM 15 saja sekilo.. Buat udang kering, berbulan tak habis makan.. Di sini, saya share cara-cara buat udang kering sendiri.
Bahan-bahan:
Udang sayur
Garam kasar (ikut tahap masin- saya guna 3 hingga 4 genggam
Cara-cara:
1. Basuh udang dan toskan.
2. Masukkan udang dalam kuali dan garam kasar.
3. Masak sampai kering air udang itu.
4. Selepas itu, boleh letak dalam penapis jemur sampai kering..
p/s : Kalau tak mahu kulit udang tak menjadi masalah, nanti setelah kering… Masukkan dalam bekas kedap udara. Goncang-gonjang saja, nanti kulit udang tertanggal sendiri. Buangkan kulit dan ambil isinya sahaja untuk simpan. Paling penting, terjamin kebersihan buat sendiri.
Ramai yang cakap je tapi tak juga buat. Itulah punca kerja tak settle. Sesiapa pun ketika sibuk pasti terasa masa begitu suntuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan dalam satu masa. Serabut kan? Kusut kan? Saya juga sering berperang dengan masa, mak-mak di luar sana pun mesti sama kan. Hidup kita sentiasa terkejar-kejar.
Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berlalu. Kita mesti sedar hakikat ini dan mula belajar mengurus masa dengan baik. Memang kita bukan sempurna, ada sahaja kekurangan yang menjadi halangan untuk memanfaatkan masa dengan maksimum.
Usah tertekan kerana kekurangan diri.Isi masa yang ada mengikut keperluan kita, jangan bandingkan dengan orang lain. Kita lebih mengenal diri dan memahami keperluan kita.
Jangan Tangguh Kerja Buat Terus
Ramai orang yang memvisualkan perkara yang mahu dilakukan di dalam minda. Namun mereka tidak mengeluarkan visual itu agar dapat dilaksana dengan baik. Cara saya, apa sahaja yang mahu saya lakukan, saya senaraikan di dalam buku atau kertas.
Kemudian, saya susun tugasan atau urusan ini mengikut keutamaan. Agar semuanya dapat saya lakukan dengan baik, saya letakkan anggaran tempoh masa untuk setiap urusan. Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam urusan kerja dan seharian.
Tapi ada syarat tau. Jangan tangguh kerja! Ini disiplin yang mesti kita pegang. Tidak guna jika kita merancang namun gagal melaksanakannya. Ramai antara kita yang gagal mengurus masa kerana leka dan suka menangguhkan kerja.
Apa sahaja yang boleh diselesaikan pada hari ini, sudahi. Jangan dibawa sehingga ke hari esok kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih mampu melaksana urusan tersebut. Bagaimana jika kita sakit atau ada kecemasan lain?
Dalam hidup ini kita sering berperang dengan dua komoditi iaitu masa dan wang. Jika banyak wang, kurang masa kerana komitmen yang tinggi. Namun jika banyak masa, biasanya wang akan berkurangan.
Kita perlu membuat pilihan untuk menentukan kehidupan kini dan masa hadapan. Jika mahukan kesenangan dan keselesaan keluarga, sudah pastilah kita perlu bekerja keras dan meraih peluang untuk menambah pendapatan.
Tidak mengapa masa kita untuk diri dan keluarga sedikit asalkan kita tahu memanfaatkan ia dengan cara berfaedah. Bagi saya tiada guna juga jika masa yang banyak bersama keluarga tidak diurus dengan baik. Ini pandangan peribadi saya, maafkan jika ada yang tidak setuju.
Jangan gantikan masa dengan kemewahan untuk menebus rasa bersalah kepada anak-anak ketika kita sibuk. Gantikan dengan layanan serta kasih sayang, usah malu memohon maaf kepada anak-anak atas kekhilafan kita.
Hidup ini sentiasa ada pilihan, pilih yang terbaik ikut keperluan kita. Jangan bandingkan kita dengan orang lain, keperluan mereka tak sama dengan kita. Bahagia itu di tangan kita, usaha dan doa. Yakinlah kita akan bahagia dengan keluarga.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya,...