Tip gembirakan hati isteri, tak susah pun, belikan makanan sedap-sedap. Menggembirakan hati isteri tidak semestinya memerlukan usaha yang besar atau mahal. Kadang-kala, hanya dengan menyediakan makanan yang sedap-sedap sudah memadai untuk membuatkan isteri berasa bahagia dan dihargai.
Tip Gembirakan Hati Isteri, Tak Susah Pun
Berikut adalah beberapa cara bagaimana suami boleh menggunakan makanan untuk menggembirakan isteri.
1. Ketahui Kegemaran Isteri
Setiap orang mempunyai makanan kegemaran mereka sendiri. Sama ada makanan tempatan, makanan barat, atau pencuci mulut, mengetahui apa yang isteri anda suka adalah langkah pertama yang penting. Luangkan masa untuk bertanya atau perhatikan makanan apa yang sering dia sebut atau pesan.
2. Masak Sendiri Di Rumah
Tidak ada yang lebih romantik daripada menyediakan makanan sendiri untuk isteri. Anda tidak perlu menjadi seorang chef profesional untuk melakukan ini. Resipi yang mudah seperti nasi goreng, spageti, atau salad sudah memadai. Usaha anda yang ikhlas pasti akan dihargai, lebih-lebih lagi jika makanan itu dimasak dengan kasih sayang.
3. Bawa Makan Di Luar
Sekali-sekala, ajaklah isteri anda makan di restoran kegemarannya atau mencuba tempat makan baru. Pengalaman makan di luar bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, tetapi juga memberikan isteri peluang untuk berehat daripada memasak.
Belikan Makanan Sedap-Sedap
Ads
4. Kejutan Dengan Makanan Kegemaran
Siapa yang tidak suka kejutan? Membawakan isteri makanan kegemarannya tanpa memberitahu terlebih dahulu adalah cara yang sangat baik untuk membuatkan dia berasa dihargai. Contohnya, belikan dia sepotong kek coklat dari kedai kegemarannya atau bawa pulang nasi lemak yang selalu dia idamkan.
5. Pencuci Mulut Istimewa
Pencuci mulut sering menjadi hidangan yang dinanti-nantikan. Belikan atau buat sendiri pencuci mulut seperti kek, puding, atau ais krim. Ia bukan sahaja menutup hidangan dengan manis, tetapi juga menambah rasa bahagia.
6. Aktiviti Memasak Bersama
Selain menyediakan makanan untuk isteri, anda juga boleh melibatkan dia dalam aktiviti memasak bersama. Ini boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan mengeratkan hubungan. Cuba resipi baru bersama-sama atau buat projek baking seperti membuat biskut atau kek.
Ads
7. Sediakan Sarapan Istimewa
Mulakan hari isteri anda dengan sarapan yang istimewa. Sama ada sarapan di atas katil atau menyediakan hidangan sarapan yang lengkap seperti roti bakar dengan telur, buah-buahan, dan kopi, usaha kecil ini pasti akan membuatkan isteri anda tersenyum.
Membahagiakan isteri melalui makanan adalah cara yang mudah dan berkesan. Ia menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang keperluannya dan sanggup meluangkan masa dan usaha untuk membuatnya gembira.
Dengan memahami kegemarannya, menyediakan kejutan manis, atau meluangkan masa memasak bersama, anda boleh membuatkan isteri anda berasa dihargai dan disayangi setiap hari.
Sekali suami menipu isteri, selama-lamanya akan kadi parut dalam rumah tangga. Malah lagi buruk isteri akan mengungkit benda yang sama sampai bila-bila!
Sebab itulah sebelum berniat nak menipu, tolong berfikir dulu. Jangan sampai hilang kepercayaan golongan mak-mak.
Nah, buat encik suami yang suka tipu isteri, jemput hadam dan hafal perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Moga anda boleh berubah sebelum terlambat.
Buat Suami Yang Suka Menipu
Adakah sesebuah hubungan akan kembali seperti biasa sekiranya pasangannya telah menipu?
Mustahil… hampir pasti, tidak akan kembali seperti biasa atau sebelumnya, kenapa?
Dahulu dia diberikan kepercayaan sepenuhnya, tapi masih menipu. Jadi masih perlu lagi untuk bagi kepercayaan yang sama sepenuhnya? Mungkin 50-50 atau mungkin langsung tidak percaya. Pendek kata, telah hilang kepercayaan.
Dahulu dia dilayan dengan baik, lengkap serba serbi, tiptop tapi masih menipu. Jadi masih perlu lagi dilayan sebegitu baik untuk ditipu lagi? Sakitnya ditipu itu yang akan mengubah cara layanan, senyuman dibibir pun akan perlahan-lahan hilang. Apa yang tinggal? Muka masam, kelat, hati sakit, dingin.
Dalam hati, “sia-sia layan dia baik-baik…”
Menipu langsung tidak memberi apa-apa makna melainkan ianya hanya akan menjejaskan hubungan. Tambahan pula apabila penipuan itu terbongkar dgn sendirinya dan dengan pertolongan Allah.
Allah takkan menyembunyikan kebenaran daripada sesiapa pun terutamanya dari seorang isteri yang telah berkorban apa saja untuk rumah tangganya.
Berubahlah Sebelum Terlambat
Jadi, kepada sesiapa yang masih menipu pasangannya, hentikanlah dengan segera sebelum layanan dan kepercayaan isteri hilang. Isteri pun susah nak hormat suami yang suka menipu. Tinggalkan, bertaubat dan berubah, itu lebih baik sekiranya anda masih sayangkan rumah tangga yang anda ada sekarang.
Jika tidak, teruskanlah menipu… orang yang ditipu takkan selamanya bodoh dan takkan selamanya ada untuk terus ditipu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bila saya pandang lukisan tu, dada saya rasa sesak… seolah-olah dia sedang bercerita sesuatu sebelum pergi.”
Itulah luahan penuh sebak seorang ibu, Juariah Abdul Rahman, 48, yang masih cuba menguatkan hati setelah kehilangan anak tersayang, Muhammad Mustaqim Rosde, dalam tragedi yang meragut 14 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak minggu lalu.
Beberapa hari selepas pengebumian, Juariah dan suaminya, Rosde Yaakub, 58, cuba mengemas bilik arwah, ruang kecil yang pernah menjadi dunia peribadi seorang anak yang dikenali sebagai pendiam, penyayang dan kreatif. Tanpa disangka, mereka menemukan satu khazanah senyap yang penuh makna. Lebih 100 keping lukisan tersusun rapi dalam fail.
Namun, tiga lukisan benar-benar membuat hati seorang ibu terasa bagai dirobek perlahan. Satu lukisan sebuah bas, satu lagi jalan raya berlatar belakangkan hutan dan penghadang besi, dan satu terakhir, tulisan kreatif bertemakan kematian.
“Kalau dilihat betul-betul… ia seolah-olah menggambarkan bagaimana dia pergi. Ya Allah, hanya Tuhan tahu betapa luluhnya hati saya ketika itu,” ujar Juariah dalam nada perlahan, menahan tangis.
Juariah tidak menafikan, ia mungkin satu kebetulan. Tetapi bagi seorang ibu yang melahirkan, membesarkan dan menyayangi sepenuh jiwa, lukisan-lukisan itu bukan sekadar contengan biasa.
Setiap garisan pensel, setiap latar yang dilukis, dan setiap bait tulisan yang ditinggalkan – seakan ‘berbisik’ tentang sesuatu yang hanya arwah dan Allah sahaja tahu.
“Kami tahu dia suka melukis, tapi tak sangka dia simpan sebanyak itu. Saya rasa bersalah kerana tak sempat menghargai seni dan perasaannya semasa dia masih ada,” tambah Juariah, mengusap helaian lukisan itu perlahan.
“Lukisan itu akan saya simpan baik-baik. Mungkin satu hari nanti, bila rindu datang lagi, saya akan buka dan tatap perlahan. Kerana melalui lukisan itu, seolah-olah Mustaqim masih berbicara dengan saya,” katanya sambil mengesat air mata.
Sebelum tragedi berlaku, arwah Mustaqim menjalani kehidupannya seperti biasa – seorang anak muda yang bercita-cita, suka berkarya, dan tidak banyak ragam. Tragedi itu meragut jasadnya, tetapi meninggalkan kenangan yang takkan padam dalam hati ibu bapanya.
Solat Isyak Berjemaah di Masjid Hadhari
Sementara itu, Juariah berkata pada malam kejadian, Mustaqim meminta izin daripadanya untuk solat Isyak berjemaah di Masjid Hadhari, Jertih.
“Sejak masuk universiti, dia makin rajin ke masjid untuk solat dan berbuka puasa kerana kebetulan kolej kediamannya berhampiran masjid. Selalunya setiap Isnin dan Khamis, dia berpuasa sunat.
“Aqim sempat pesan kepada rakan sebilik, jangan tinggal solat sebelum pulang ke kampung menyambut Aidiladha,” katanya mengimbau kenangan, termasuk perbualan mereka pada hari-hari terakhir bersama anaknya itu.
Semoga Allah mengampuni dan merahmati arwah serta rakan-rakan seperjuangannya yang turut terkorban. Dan semoga Juariah terus diberi kekuatan sebagai ibu, untuk menyimpan kasih dan kenangan ini selamanya.
Muhammad Mustaqim, 21 tahun, merupakan antara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut bersama 14 siswa lain dalam nahassebuah bas sewa khas di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.Al Fatihah.
Normal ke anak tantrum dan mengamuk apabila masuk umur 2 tahun? Mungkin kebanyakan mak ayah dah lali dengan karenah anak nak buat perangai tetapi tak semua berjaya hentikan anak yang sedang tantrum.
Lebih teruk ramai ibu ayah yang mengambil jalan mudah dengan memukul dan menjerit dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Nak tahu macam mana cara yang betul, baca perkongsian dari Dr Jaa Fauzi ini…
Umur 2 tahun adalah waktu yang nightmare buat sesetengah ibu bapa. Its called as the terrible twos. Ketika umur 2 tahun biasanya anak-anak akan mula tantrum seperti menangis sambil menggelupur, bertempik, lempar barang atau mungkin pukul ibu!!
Umar tidak terkecuali. Pertama kali kami ke occupational therapy, sesi temuramah tidak berjalan dengan baik kerana saya di pukul dan dilempar barang oleh umar. Buntu memikirkan apakah caranya… pelbagai yang dicuba alhamdulillah minggu lepas ditegur therapist umar, En din; ‘eh, umar dah tak pukul ummi?’
Nah, ini tip dari therapist.
Kalau Anak Tantrum Dan Mengamuk
1. Jangan rotan ketika anak mengamuk, biarkan sekejap anak layan perasaan.
2. Peluk anak kuat kuat, rapatkan badan tangan, rangkul sekali dengan kaki.
3. Bisikkan kata kata yang baik seperti ibu sayang, ibu minta maaf atau apa saja, atau doa dan selamat buat 1-3min.
PALING PENTING!
4. Duduk sama level dengan badan dan mata anak, tengok dengan kasih sayang kerana pasti ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan anda.
5. Setelah anak reda, bercakap cakap la dengan anak tentang rasa hati nya. Tanya nak apa, kenapa marah, kenapa kita tak izinkan dan sebagainya, jangan marah anak sewaktu baru reda amuk.
Hamzah selalu amuk jika tak bermain atau kurang perhatian atau jika saya lama tak dukung dia.
Bagi ibu bekerja, pulang ke rumah, dah beribu plan dalam otak; keluarkan ayam, angkat baju, nak masak apa, sampah belum buang, nak ambik anak di taska dan sebagainya.
Realitinya… walaupun ada sejuta tugas menanti, berikan 15-30min pertama adalah dengan melayan anak-anak dengan permainan atau senda gurau. Jika perhatikan, 2 jam lepas itu dia tidak memerlukan anda lagi dan boleh bermain sendiri.
Cuba untuk seminggu, buat setiap hari anda akan nampak perbezaannya. Kerana apa yang anak perlukan adalah sentuhan mak ayahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...