Berapa kekerapan yang biasa mak-mak buat untuk tukar dan cuci langsir. Mungkin setahun sekali, itu pun masa raya atau ada tempoh tertentu. Tiga bulan atau 6 bulan.
Maklumlah, ada masa mak-mak boring tengok langsir yang sama di pakainya. Masalahnya bab nak tukar dan nak cuci langsir tu memang bercinta. Bimbangnya kalu jenis kain yang mahal-mahal, tak boleh cuci sebarangan.
Jadi, ada tipnya untuk cuci langsir yang betul supaya tak rosak. Bolehlah silih ganti gunanya nanti.
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
Ads
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
Ads
7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan ke dalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
Ads
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Mingguan Wanita : Kena tengok jenis kain. Kalau dah banyak, nak mudah hantar dobi layan diri.
Memang jenuh nak bersihkan habuk-habuk yang mudah sangat melekat pada perabut mahupun perkakas rumah. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Multipurpose Dust Spray di rumah. Lebih mudah bersihkan habuk melekat dan menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini sebagai rujukan.
“Saya ni memang suka tip dan trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan dan cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air dan softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.”
“Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.”
Multipurpose Dust Spray
Bahan-Bahan:
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Cara Membuat:
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza.
*Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.
Pastikan !!
*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.
Kegunaan:
1. Kurangkan Habuk Melekat Pada Perabot & Kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.
2. Mengilatkan Perabot Kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
3. Menaikkan Warna & Melindungi Sofa Dari Kulit Sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
4. Mengurangkan Habuk Terkumpul Pada Gril Pintu & Lapisan Minyaknya Mengelakkan Dari Berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni.
5. Membersihkan & Melicinkan Trek Pintu/Tingkap Jenis Sliding Serta Melancarkan Trek Yang Tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.
6. Sebagai Lapisan Perlindungan Dari Kotoran Untuk Jubin Dinding & Sinki
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).
Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..). Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat.
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga).
MW: Banyaknya kegunaan Multipurpose Dust Spray ni. Pastinya lebih menjimatkan masa dan tenaga, memudahkan kerja-kerja rumah nanti.
Salah satu jenis sandwich yang mudah nak disediakan oleh mak-mak ialah sandwich telur mayonis.Ia sesuai disediakan baik untuk bekalan sarapan anak-anak waktu pagi mahupun untuk minum petang buat keluarga.Namun kerana berasaskan telur rebus dan mayonis membuatkan sandwich ini mudah muak.
Mak-mak boleh cuba resipi Sandwich Telur Mayonis oleh Puan Nur Laila Norharmimini. Menurut wanita ini, resipi tersebut telah diolah berpuluh kali untuk mendapatkan rasa yang sedap dan tak muak. Malah resipi yang sama ini juga digunakan untuk jualan sandwichnya.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!) Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.”
“Egg mayo saya bukan semata telur & mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya. Haha.)”
Bahan-Bahan:
5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 sudu kecil lada hitam
Salad Romania
Tomato
Marjerin
Roti Potong
P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih. Tak pernah beli pun sebenarnya. Boleh je guna mana-mana yang ada stok.
Cara Membuat:
1. Lenyek ikut suka ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
2. Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.
3. Kacau rata.Tadaaa, dah siap.
4. Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
5. Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti dan potong kepada 4 bahagian.
6. Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MW: Mudah je kan cara nak buat Sandwich Telur Mayonis ini. Anak-anak pun boleh je buatb sendiri di rumah. Paling penting ia sedap dan tak muak!
Sebelum berpindah ke rumah flat ini, Siti Mariam Kamsan dapat kepingan foto kediaman yang bakal disewa. Katanya, hari pertama masuk rumah tak boleh tidur memikir macam mana nak jadikan rumah yang bakal didudukinya itu nampak teratur.
Dengan kemahiran yang ada, Siti Mariam dan suami mengubah kediaman sewa yang biasa-biasa menjadi luar biasa. Cantik sungguh konsep ‘simple modern’ yang digunakan. Terus berubah seratus peratus rumah sewanya itu.
Kongsinya lagi, “Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk TV kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaligus.”
Ini Kisah Makeover Rumah Flat To Simple Modern Style
Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flat ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni.
Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.
Tak Boleh Tidur Fikir Pasal Rumah
Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni.
Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.
Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga.
Detail Kos Makeover Rumat Flat Sewa
Ruang Tamu
Mesin basuh kami pindah belakang. So ada ruang lain yang boleh dicipta
Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppeSofa bed- RM 199 – Lazada
bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco
Bantal cloud – RM 25 beli dari sis Nur Hidayah MY
Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah.Partition dari kedai karpet – RM 150
Meja – RM 50
Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
Kerusi – dari tuan rumah
Ruang Makan
Tv tuan rumah kami minta izin untuk dibuang sebab dah tak boleh berfungsi. Akuarium tu kami pindah masuk bilik jadikan rak letak selimut dan bantal . Yang lain perhiasan dari tuan rumah kami simpan
Daun-daun berjurai ni beli kat Ikea . Memang bawak dari rumah lama kami di Pasir Gudang.
Sofa tuan rumah ni pun kami minta izin untuk disemadikan ke tapak pelupusan kerana dah tak boleh duduk dah. Sakit punggung kami anak beranak rasa kayu bila duduk.
Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama .Lampu nordic- RM 74 – Lazada
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
Tikar getah – RM 115 -shoppe
Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe
Dapur
Yang ni buat aku tak boleh tidur malam dapat gambar ni. Seorang pengemas tahu apa perasaan susah hati tengok rumah seperti ini
Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh.Rak ikea hylis- RM 59
Kitchen mat 2 set – RM 36- shoppe
Penting Dalam Bab Deko
Kabinet Tv – RM 165- Shoppe
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran .
Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar.Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je.Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap
Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada
Pasang sendiri yang chest drawer ni. Berkicap ketial laki kita
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...