beli barang keperluan sekolah

Masa cuti sekolah inilah mak ayah sibuk nak beli barang keperluan sekolah anak-anak. Tetapi kalau ikut kehendak, memang kelautlah bajet. Tambah kalau anak ramai yang sekolah.

Jadi apa barang-barang keperluan sekolah yang patut didahulukan dulu, baju, beg atau kasut? Haa… dan peralatan tulis pula tak kan lah nak beli semua!

Ok, mari kita jenguk perkongsian daripada Puan Wan Fadzlina W. Mahadzer ini. Nampak gaya tip beli baju sekolah ini dikongsikan ramai netizen…

Jangan risau mak-mak, ni ada kod promo yang boleh digunakan untuk dapat diskaun.

Tip Beli Barang Keperluan Sekolah Anak, Tak Boleh Salah Gaya Nanti Bajet Lari!

Ini Antara Yang Patut Didahulukan…

1. TAK PERLU beli uniform sekolah sampai 5 pasang konon nak senang pakai untuk seminggu terus.
BELI MAX 3 PASANG SAJA.

Dalam seminggu, budak akan ada PJK 2 kali. Pakai baju sukan dari pagi sampai balik.

2. Sediakan pakaian sukan 2 pasang untuk elak kelam kabut membasuh baju pjk anak tgh malam sambil jemur bawah kipas.

Yelah buatnya dalam jadual PJK dua hari berturut, lap peluh mak. haha

IKLAN

3. Untuk anak boy darjah 1, tak payahlah bagi pakai belt bagai. Rasanya sekolah tak marah pun kalau tak pakai belt. Bukan apa, takut seluar basah dulu sebelum belt sempat bukak.

4. Elok beli singlet untuk elak baju sekolah bau masam ya amat.

5. Beli baju tu elok bawak anak. Then silalah try kat badan anak, suruh anak pakai. Aidi sampai bukak baju seluar tinggal sepender je kat Tesco tadi.

Bukan apa, tak semua brand uniform ni suit elok dgn badan anak kita. Nak nak yang badan macam Aidi, pinggang besor, kaki pendek. Jenuhhh cari size.

Kemeja brand canggih elok kat badan. Seluar brand canggih huduh benor Aidi pakai. Mujur Tesco ada 3 4 brand berbeza bolehlah try satu-satu mana paling okey Aidi pakai. Last beli kemeja brand Canggih, seluar brand U- Cemerlang.

6. Stationery beli kat Mydin kot better. Beli borong terus banyak-banyak. anak-anak kita ni time rehat makan pensel bukan makan nasi. Memanjang hilang stationery tu. Kalau tau mana lagi lubuk stationery murah bagitau please….

IKLAN

7. Beg sekolah kalau aku lah, elok beli yang berkualiti sikit. Maksudnya kalau anak nak beg boboiboy, beli yang original boboiboy (price range RM70 to RM120)

Tak ada masa nak pergi beli dan risau bersesak-sesak orang ramai. Beli aje dari online. Nah guna kod promo ini ya.

Tip Beli Barang Keperluan Sekolah Anak, Tak Boleh Salah Gaya Nanti Bajet Lari!

Sebab apa?

Sebab memang tahan lama. Beg tadika Aidi (harga dalam rm90) beli awal tahun 2016, sampai sekarang masih elok. Rasa nak je suruh Aidi pakai beg sama naik darjah 1 takyah beli baru tapi macam ‘kedeks’ sangat mamanya pun.

Tapi apapun depends la pada perangai anak memasing. Dapat jenis Aidi yang akan pakai beg selagi tak rosak dia takkan mintak beli baru, berbaloi la beli yang mahal sikit. Kalau jenis tiap bulan mintak ganti beg baru, errrr…

8. Botol air/ bekas makanan beli yang biasa-biasa je tapi of course la kita mak mak nak cari yang helok cantik jugak kan. Maksudnya elak beli yang mahal utk kurangkan risiko makan hati sebab botol air/bekas makanan semedang hilang tak dapat dikesan.

IKLAN

Sila jangan bagi anak bawak bekas makanan tupperware uols pegi sekolah. Smiggle smiggle tu pun aku seriau nak belikan Aidi, uiii kalau hilang mama nanges nak oii.

9. Tempahlah sticker kekecik nama anak. Font jelas, mudah dibaca untuk ditampal pada barang-barang anak kita. Yelah kemungkinan tertukar dengan kawan tu besar sangat.

Kalau rajin, tulis guna permanent marker pun ok je. Janji berlabel.

Pastu kalau jenis malas menulis macam aku, tempah lah cop nama anak. Senang cop aje kat buku-buku sekolah anak. Haha pemalas punya mama kuikuikui.

Oh jangan lupa beli sticker kaler-kaler tu untuk tampal kat buku anak. Beli 5 kaler berbeza utk 5 hari sekolah. Contoh buku untuk hari Isnin, tampal sticker biru, Selasa sticker merah and so on. So senang sebelah mata pun boleh kita kemas beg sekolah anak nanti. Jangan korang suruh anak bawak semua buku setiap hari pulak. Bongkok cepat la anak tu huhu.

10. Okey nombor 10 korang tambah sendiri kat bahagian komen.

Aku pun 1st time anak naik darjah 1 ni, so banyak benda blur blur tak tau apa nak beli.

Bagi tips please…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI