Timang cahaya mata kelima. Tahniah diucapkan buat pelakon, Ashraf Muslim yang telah menimang cahaya mata kelima. Bukannya mudah sebenarnya hidup bermadu namun keluarga Ashraf boleh dijadikan contoh kerana hidup dalam harmoni.
Seperti mana yang dikongsi pelakon tersebut, Ashraf telah memuat naik foto bayinya yang baru berusia sembilan hari.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH, keluarga Ashraf Muslim semakin bertambah ahlinya.
“Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” tulisnya.
Semoga Anakanda Membesar Menjadi Anak Soleh
Ashraf yang juga suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi cukup gembira dengan anugerah dari Allah.
“Hadirnya membawa sejuta syukur dan selaut harapan.
“Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga. Membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian. Terima kasih ALLAH atas segala-galanya,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana pada 24 September 2011, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 10.
Ashraf juga mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada Julai 2013. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 11, Adam Ashraf, 10, dan Safiyyah Ashraf, 6.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Ads
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Koperal Muhamad Akmal kongsi gambar bersama keluarga, posting terakhir sebelum terkorban kemalangan. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam, sempat berkongsi momen terakhir bersama keluarga tercinta hanya sehari sebelum tragedi meragut nyawanya.
Menurut rakan baiknya, Mohd Shafik Zainorin, arwah memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak di Facebook, lengkap dengan latar lagu ‘Kembalilah’, seolah-olah memberi petanda pemergiannya yang tidak disangka.
“Posting terakhir arwah semalam (kelmarin) sangat menyentuh hati – gambar dia bersama keluarga dengan lagu yang membuatkan saya rasa seperti dia tahu dia akan pergi meninggalkan mereka,” ujar Mohd Shafik menerusi sebuah video di TikTok.
Shafik turut meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui sahabatnya adalah antara mangsa yang maut dalam pertembungan antara trak FRU dan sebuah lori membawa batu.
“Tak sangka Yoh (nama panggilan arwah) termasuk dalam senarai yang terkorban. Semoga segala kebaikan dan pengorbananmu menjadi bekalan pahala di akhirat,” katanya sebak.
Di ruangan komen media sosial, ramai warga maya turut menzahirkan kesedihan mereka apabila melihat gambar terakhir arwah bersama anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih seorang ayah. Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan ini.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah dikebumikan pagi ini dengan penuh penghormatan polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau.
Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan insurans anaknya ditolak walaupun memiliki pelan takaful bernilai RM1.2 juta sejak anaknya berusia 42 hari.
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital swasta selama 20 hari akibat sawan berulang dan pulih sepenuhnya pada hari ke 17 dan rawatan dibuat menggunakan surat jaminan takaful pada usia anaknya setahun lima bulan.
Namun, selepas rawatan selesai dia diminta membayar sendiri bil hospital sebanyak RM59,250,20 di mana alasan penolakan penyakit anak dianggap congenital (sejak lahir) walaupun tiada laporan doktor yang menyatakan begitu.
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital bermula 22 Oktober hingga 11 November 2024 selepas mengalami serangan sawan berulang. Lebih 10 kali sehari di mana dirinya melalui situasi yang sangat merisaukan. Selama hampir tiga minggu, dirinya dan suami setia menemani anak mereka di wad dan turut terlibat dalam sesi konsultasi bersama pakar neurologi yang merawat.
Rawatan intensif yang berterusan akhirnya berjaya menghentikan serangan sawan pada hari ke-17 dan anak dibenarkan pulang tiga hari kemudian dengan ubat-ubatan susulan.
Namun apa yang mengecewakannya, selepas anaknya kembali sihat dan pulang ke rumah, pihak takaful telah menolak tuntutan insuran tersebut sekali gus menjadikan dirinya berhutang dengan pihak hospital.
Dalam memperjuangkan haknya sebagai pemegang polisi insuran, Fatimah turut memaklumkan pakar neurologi yang merawat anaknya turut menafikan secara lisan bahawa punca penyakit adalah bersifat semula jadi.
“Kami tak pernah diberitahu penyakit anak congenital. Doktor sendiri kata puncanya tak dikenal pasti dan kemungkinan besar akibat jangkitan. Tapi bila tuntutan ditolak, mereka guna alasan tu. Macam mana boleh jadi begitu?”, luahnya.
Lebih mengejutkan, selepas lebih 200 hari sejak tuntutan pertama dikemukakan, dirinya mengakui tiada sebarang panggilan atau komunikasi aktif dari pihak syarikat. Dirinya perlu menguruskan segalanya termasuk menghubungi pihak insuran berkali-kali namun gagal bercakap dengan pegawai bertanggungjawab.
Viral Di Media Sosial, Baru Syarikat Bertindak
Kecewa dengan layanan yang diterima, dirinya berkongsi kisahnya secara terbuka di media sosial melalui platform Threads pada awal Mei 2025. Dalam posting pertamanya, beliau turut mendedahkan jumlah bil hospital mencecah RM59,250.20 dan syarikat takaful tidak membayar satu sen pun.
Posting itu menjadi tular dalam masa 24 jam meraih lebih sejuta tontonan (kini sudah mencecah 2 juta) menjadikan ia antara isu viral paling hangat minggu ini. Ramai netizen menyuarakan sokongan moral dan berkongsi pengalaman dilalui bersama syarikat insuran masing-masing.
Selepas isu ini viral, barulah pihak takaful terlibat menghubunginya namun pertemuan pertama agak mengecewakan termasuk dirinya dimaklumkan pihak insuran belum menerima ringkasan discaj dan laporan perubatan lengkap.
“Selesai pertemuan semalam.
Outcome? Tak ada apa.
Minggu lepas declined. Harini decide nak reinvestigate. Lagi.
Medical reports yang HLMT belum dapat dari hospital sebelum ni, baru nak amek dari aku hari ni selepas hampir 200 hari. SELAMA NI BUAT APA???!!!
“Pastu nak salahkan third party, nak salahkan hospital, nak salahkan doctor, nak salahkan client. Semua lah salah, kau je betul,” luahnya di threads miliknya @fatimahshasni.
Meluahkan apa dilaluinya kini ibarat satu trauma, jelas Fatimah Shasni ketik anaknya sakit dirinya sudah cukup trauma dan melalui karenah syarikat insuran juga semakin membebankan perasaannya.
“Anak masuk hospital 20 hari sudah cukup bagi trauma dalam hidup aku. 1 episode yang aku tak nak ingat dah bila anak discharged. Jadi bila aku terpaksa go through balik semua medical reports yang ada kat tangan aku, recall balik chronology yang berlaku, recall apa doctor cakap secara verbal…
Sangat trigger mental aku. Aku menangis berhari-hari hadap document, tulis chronology, call mak menangis2 macam orang tak betul. Bayangkan kalau terpaksa buat benda sama tapi anak tu dah takda?
Sehingga kini, dirinya masih “berperang” dengan insuran tafakulnya dan ianya masih belum selesai. Dan pastinya bagi orang ramai khususnya yang mempunyai medical card ternanti-nanti apa akhirannya.
Mungkin sudah kecewa dengan pengalaman buruk dilaluinya, Fatimah Shasni turut menyindir agen insuran yang menurutnya hanya pandai menunjuk kemewahan dan gaya hidup senang atas duit orang lain.
“Boleh dah berhenti flex rumah mewah, kereta, percutian mewah, award mewah, komisen mewah, grand dinner mewah. Kau bermewah-mewahan atas HASIL kesengsaraan orang lain?
“Ini ke visi asal Takaful / Life Insurance? Untuk beri hidup mewah kepada agents & agency? Sumber :- Threads@fatimahshasni.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Orang lain hisap rokok tapi yang terlantar dan ditebuk paru-paru itu saya…
Itu luahan pilu seorang isteri, Fatty yang berkongsi pengalaman di Tik Toknya @sistihah00 yang melalui pengalaman paru-paru ditebuk dua kali gara-gara berdekatan dengan perokok tegar. Dirinya berkongsi pengalaman dilaluinya selepas viral di media sosial bahaya perokok dan penghisap vape.
Jelasnya, walau tidak pernah merokok namun berdekatan dengan perokok tegar membuatkan paru-parunya ditebuk sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2017 (sebelah kiri) dan pada 2019, paru-parunya sebelah kanan pula ditebuk bagi membuang cecair di dalam paru-paru.
Ketika kejadian dirinya masih muda dan kini biar masa semakin berlalu, namun dirinya mengakui hingga kini dirinya masih trauma sehingga sampai satu tahap tengok perokok dari jauh pun dadanya sudah berdebar-debar.
Menyedari ramai perokok dan penghisap vape yang tidak suka dan tidak percaya bahawa bukan perokok juga ditebuk paru-paru kerana situasi ini, namun kata Fatty inilah realiti yang terjadi di mana orang lain tidak berdosa menjadi mangsa walau tidak pernah merokok sekali pun.
“Saya tak pernah merokok pun tapi sudah dua kali memasuki dewan bedah untuk mengeluarkan cecair di paru-paru. Hingga kini, doktor memaklumkan saya ada pneumothorax (ada udara di dalam paru-paru di mana udara terkumpul di ruang antara paru-paru dan dinding dada) dan ianya sangat memeritkan.
Ditanya akan gejala dialaminya, Fatty berkata tanda-tanda awal dia menyedari tidak sihat yang mana asalnya hanya batuk dan selesema tapi akhirnya jadi semput.
“Bila nak bernafas tu rasa mcm mencucuk-cucuk dekat paru-paru. Nak tarik nafas macam tersekat. Waktu tu rasa macam orang nak nazak dah. Bila x-ray tengok paru-paru dah penuh dengan udara kotor,” jelasnya mengakui selepas dua kali paru-parunya ditebuk, tubuhnya tidak sekuat mana.
“Sekarang buat kerja sikit jadi semput dan badan mudah sakit-sakit. Saraf pun banyak dah rosak. Jadi kerap demam urat,” katanya yang menasihati perokok dan penghisap vape agar memikirkan juga nasib mereka yang tidak berdosa kerana hobi mereka ini.
“Kalau tegur pada perokok atau penghisap vape, orang lelaki akan melenting dan tak mahu mengakui kesalahan mereka,” katanya yang meminta doa dari orang ramai agar suaminya bebas dari vape/ rokok secepatnya,” katanya yang memaklumkan ujian dihadapinya ini ketika dirinya masih belum berumahtangga.
“Kalau boleh tak nak kena lagi sebab dan trauma selain perit untuk melalui kesakitan seperti ini.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Naluri hati isteri tak pernah salah, ini kisah seorang wanita yang mendapat khabar berita suaminya pergi disebabkan kemalangan. Tiada siapa yang akan menyangka akan terima berita kehilangan insan tersayang.