Dalam hidup ini semua orang mengidam nak sifat isteri yang baik-baik, rupa paras yang menyedapkan mata dan cukup berharap kekal bahagia hingga ke Jannah. Apa yang pasti hidup kaum suami akan berjaya bila bahagia bersama isterinya. Namun saat kaum lelaki mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup bertukar jadi serba tak kena.
Sesekali bertikam lidah itu normal tetapi kalau setiap hari bergaduh sebab perkara kecil dan akhirnya melarat sampai lebih 3 hari, anda patut semak balik dan betulkan mana yang silap. Jom kita baca nota yang dikongsi oleh Mutawwif Anass ini…
Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa isteri yang dikahwininya merupakan perantara yang menjemput rezeki suami. Berhati-hatilah dalam memilih isteri dengan memerhatikan 3 Sifat Wanita Yang Menjemput Rezeki Suamisebelum anda mendirikan rumahtangga.
Yang telah berumahtangga, berusahalah bersungguh-sungguh mengubah isteri anda supaya memenuhi Sifat-sifat Wanita Yang Menjemput Rezeki Suami ini.
Sememangnya formula menarik rezeki ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi ianya dapat dibuktikan secara spiritual yang isteri dapat jadi pemangkin magnet rezeki bagi suami.
1. Isteri yang pandai bersyukur
Wanita yang bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah secara kerohaniannya sedang rezeki rezeki dan mengundang lebih banyak nikmat kepada suaminya.
Mempunyai suami ia bersyukur, menjadi ibu kepada anak-anak ia bersyukur, anak-anak dapat ke sekolah ia bersyukur, suami menghulurkan nafkah dia bersyukur, suami memberikan hadiah dia bersyukur, suami memenuhi keperluan suami isteri dia pun bersyukur.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengatakan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7)
2. Wanita Yang Tawakal Kepada Allah
Pada waktu seseorang hamba bertawakal kepada-Nya, Allah mencukupkan rezekinya.
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(QS. Ath Thalaq: 3)
Jika seorang wanita bertawakal kepada Allah sedangkan dia hanya duduk di rumah melayani anak-anak dari manakah sumber rezekinya? Allah mencukupkan rezekinya melalui sumber yang tidak disangka-sangka melalui suaminya dengan memudahkan rezeki itu.
3. Wanita Yang Baik Agamanya
Rasulullah SAW telah menyebutkan kahwinilah wanita atas empat perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya.
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Sangat beruntung seseorang lelaki mengahwini wanita yang baik agamanya selain dari mendapat keredhaan Allah, wanita yang taat agama juga dapat mengundang rezeki buat suami.
Cuba kita renung-renungkan, jarang sekali kita melihat keluarga yang keseluruhan ahlinya taat pada agama hidup menderita dan mati kelaparan. Setiap hari ada sahaja sumber rezeki yang dibuka oleh Allah untuk mereka.
Jika demikian bagaimana pula dengan seorang suami yang sentiasa berbuat maksiat kepada Allah yang kelihatannya murah rezeki sepanjang kehidupannya? Mungkin saja rezeki yang diperolehinya hasil keberkatan isterinya yang bertaqwa kepada Allah. Allah memudahkan rezeki si isteri melalui tangan suaminya.
Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. Ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran. Mungkin proses untuk anak-anak mendalami dan mencintai Al Quran agak susah berbanding pembelajaran biasa, tetapi siapa yang tak mahu anaknya mempunyai kebolehan menghafaz Al Quran kan?
Kalau ikutkan tip saudara Ws Adli W Muhammad, beliau ada kongsikan apa yang perlu mak ayah buat supaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran, tambahan di bulan Ramadan yang mulia. Jom godek dulu…
Hidupkan budaya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Tak kira siapa, minat kita terhadap membaca al-Quran sebenarnya amat tinggi.
Cuma, sifat malas tu lah kita kalahnya. Untuk itu kita ubah. Buang mana sifat dan sikap yang tak baik, kita ganti dengan yang baik-baik.
Tak kisah tahap mana bacaan kita. Tersangkut-tersangkut atau merangkak, kita tetap kena usaha untuk membacanya dan belajar.
Ajak anak-anak sekali mana yang ada anak. Biar satu rumah bergema dengan bacaan al-Quran.
Lebih baiknya, kita duduk bersama dan mendengar bacaan mereka, membetulkan bacaan serta turut bersama bertadarus.
Dapat habis satu hari satu muka surat pun dah kira satu kejayaan. Tahun depan tambah lagi muka suratnya di bulan ramadan.
Bulan-bulan lain, teruskan membacanya setiap hari. Tak putus, tak tinggal.
Sampai satu tahap, bila tak dapat mengaji kita akan rasa bersalah sangat, rasa rugi sangat. Sampai rasa nak minta Allah undurkan masa supaya kita boleh mengaji.
Ganjarannya usah dipersoal. Untung berlebih-lebih bila rajin mengaji. Insya-Allah, segala berkat, rahmat dan rezeki akan hadir tanpa disangka-sangka.
Nikmat luar biasa sedang menanti. Atas kita mahu atau tidak. Jawapannya sudah ada.
Apa yang penting, mak ayah perlu dulu perlu jatuh cinta dengan Al-Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN.
Hubungan dalam rumahtangga apabila ia dah menjadi retak, memang sukar untuk diperbaiki. Apatah lagi jika ‘keretakan’ tersebut telah sekian lama berlaku namun tidak disedari. Ia boleh menyebabkan rumahtangga tersebut goyah dan boleh mengakibatkan berlakunya penceraian. Buat pasangan suami isteri, jika mempunyai 5 tanda-tanda ini,mohon hati-hati kerana ia menunjukan perhubungan didalam fasa bahaya.
1. Pergaduhan Berlaku Hampir Setiap Hari
Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.Lumrah dalam rumahtangga sesekali pasti berlakunya pertengkaran atau pergaduhan diantara suami isteri. Namun, hati-hati bila pergaduhan selalu je terjadi malah boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang tak kena, ia bukan perkara biasa.Bila masing-masing asyik nak tunjuk hebat, suami dengan egonya, isteri pula menjawab dan keras kepala, tiada lagi kata sepakat maka ia akan menjarakkan hubungan didalam rumahtangga.
2. Asyik Kritik & Komplen Pada Pasangan Sahaja
Dah lah pujian langsung tak diberi, tahunya asyik nak kritik dan komplen sahaja. 10 kebaikan yang pasangan beri, tapi keburukan yang satu juga asyik dikritik berulang kali.Tak nampak langsung kebaikan yang ada.Awas bila perkara ini kerap kali terjadi, ia akan semakin meretakkan hubungan suami isteri. Rasa hormat pada pasangan akan semakin berkurangan, tawar hati malah semakin menghilang.
3. Suami Isteri Malas Nak Berkomunikasi & Pendam Perasaan
Ia rentetan daripada pergaduhan yang berlaku setiap hari. Mulalah suami isteri memendam rasa dan makan hati.Rasa lebih baik berdiam diri daripada asyik bergaduh, bertekak dan tak puas hati.Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangan dan hubungan pun menjadi semakin hambar dan tawar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan berbanding suami sendiri.
4. Tak Suka balik Ke Rumah
Jika dulu rumah adalah tempat yang paling menenangkan dan membahagiakan, kini perasaan itu tiada lagi. Jiwa tak suka nak duduk rumah, rasa lemas dan tertekan duduk dirumah menghadap pasangan.Tiada lagi senyum ceria.Malah lebih parah suami/ isteri lebih senang dan tenang dan bahagia bila pasangan tak pulang dan tiada rumah. Hati-hati iya.
5. Jarang ‘Bermesra’ Diantara Suami Isteri
Suami isteri perlu saling melengkapi, memenuhi keperluan zahir dan batin.Perlu tahu, gurau senda dan hubungan intim diantara suami isteri mampu menambah kemesraan dan pengikat kasih sayang didalam rumahtangga. Tapi awas, jika semakin hilang minat untuk ‘bersama’ dan semakin jarang untuk bermanja-manja bersama pasangan ia merupakan satu petanda yang bahaya.Apatah lagi jika rasa keperluan batin bukan lagi satu keutamaan diri dan rasa ia tidak lagi diperlukan oleh pasangan.
Sebaiknya jika pasangan suami isteri mempunyai tanda-tanda seperti diatas, perbaikilah hubungan tersebut dengan segera. Berusahalah mencari jalan penyelesaian terbaik bagi setiap masalah yang berlaku. Paling penting, komunikasi diantara suami isteri perlulah jelas, serta asas ajaran agama perlulah diamalkan dan menjadi teras didalam rumahtangga.
Baca Disini:
Petua Orang Lama, Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia
Sekali pun sibuk dengan kerjaya, kehadiran anak-anak dan kerja-kerja rumah menjadi alasan utama ramai wanita mengabaikan hubungan intim. Tapi yang ada yang memenuhi keperluan ini bagai melepaskan ‘batuk di tangga’.
Tambah pula hidup zaman IT yang dijamu dengan pelbagai kemudahan teknologi siber sehingga waktu senggang sebelum tidur dipenuhi dengan aktiviti WhatApps atau Facebook. Tanpa disedari kebiasaan ini boleh menghancurkan rutin ‘bermanja’ anda bersama pasangan.
Percaya atau tidak, ini antara kebiasaan yang sering para isteri lakukan:
1. Sibuk dengan gajet
Taksub sangat dengan kemudahan gajet boleh ganggu hubungan manja dengan pasangan. Kalau dah setiap jam sibuk dengan media sosial seperti Facebook, WhatApps, Instagram mahupun You Tube, memanglah pasangan boleh hilang mood.
Ya, mungkin juga anda berdua-dua mempunyai tabiat sama tapi alangkah ruginya. Rugi kesempatan bersama itu tidak digunakan untuk menikmati hubungan intim.
2. Lewat atau banyak makan
Ramai isteri mengatakan stres dan jadual padat menyebabkan mereka makan makan lambat waktu malam. Bukan hanya tidak sihat malah boleh buat anda tidak selesa masuk ke bilik tidur, sedangkan suami sudah menunggu di kamar. Ubah tabiat ini dan tukar persepsi dengan menjadikan ‘hubungan manja’ sebagai hidangan akhir anda nikmati sebelum tidur. Jangan terlalu banyak makan dan makan lebih awal agar anda ada lebih tenaga untuk melayani pasangan.
3. Baju tidur ikut selesa
Jangan tutup selera suami anda dengan pakaian besar. Pakaian tidur sangat mempengaruhi keinginan anda dan pasangan. Baju tidur yang seksi boleh bangkitkan sensual yang lebih hangat sehingga sang suami tak sabar menunggu anda memberikan reaksi.
4. Tak hargai tubuh sendiri
Selalu mengeluh depan cermin? Jangan, buangkan prasangka negatif dan banggalah dengan susuk tubuh. Semua ini bukan penentu kepuasan tapi bergantung kepada keyakinan dan kreativiti anda berkomunikasi dan layanan sepanjang aktiviti seksual bersama pasangan.’bermanja’.
5. Masa ‘bersama’ selalu berubah
Cuba tetapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk anda dan pasangan menikmati hubungan ‘manja’ dan keintiman sebagai pasangan suami isteri. Curi masa atau tetapkan rutin seks sebagai salah satu kerja yang perlu anda lakukan seperti mana pekerjaan lain. Manusia perlukan perhatian, kerelaan, dan keikhlasan kerana hanya anda dan pasangan sahaja dapat tafsirkan kenikmatan batin pasangan yang bergelar suami isteri.
Mudahkan nak bahagia? Bukan pada harta saja, tapi kalau lima perkara ini terjaga anda dan pasangan pasti lebih harmoni sekali gus boleh tepis tekanan hidup setiap hari.