lelaki yang nak bahagia

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita.

Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai bagi lelaki yang nak bahagia, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ini Cara Lelaki Nak Bahagia

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih.

IKLAN

Pengorbanan Kaum Wanita

Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Pengalaman Sendiri

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

IKLAN

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya.

Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…

IKLAN

Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.
Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga.
Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI