Tiga Hari Argentina Berkabung, Legenda Bola Sepak Dunia Maradona Meninggal Dunia
Kredit foto : The Guardian, cnn.com

Pagi ini, rakyat Argentina sedang berduka. Meratapi pemergian bintang legenda bolasepak negaranya malah dunia, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam usia 60 tahun, pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina meninggal di kediamannya dekat Beunos Aires.

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh jurucakap keluarganya. Dan Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari.

Membayangkan betapa bersedihnya rakyat Argentina ketika ini di atas pemergian bintang negaranya yang banyak berjasa.

Kongsinya lagi di laman Twitter,

Anda telah meletakkan kami di puncak dunia. Anda membuatkan kami rasa tersangat gembira. Andalah yang terbaik, terima kasih kerana hadir untuk kami, Diego. Kami semua akan merindui kamu sepanjang hidup.”

IKLAN

Rita Rudaini pesan, mak ayah jaga sikap. Itulah penentu jatuh naik anak di padang.

Maradona Baru Saja Jalani Pembedahan Otak

Awal bulan ini Maradona baru saja menjalani pembedahan darah beku di otak. Beliau juga dirawat kerana masalah alkohol.

Malah, beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.

IKLAN

Sewaktu Piala Dunia 1986, Maradona menjadi kapten dan negaranya, Argentina menjuarai kejohanan itu. Jaringan gol ‘hand of god’ ketika menentang England pada suku akhir sehingga ke hari ini masih diingati para peminat bola sepak seluruh dunia.

Persatuan Bola Sepak Argentina turut menzahirkan perasaan berduka menerusi media sosial mereka.

Anda akan selalu ada di hati kami.”

IKLAN
Tiga Hari Argentina Berkabung, Legenda Bola Sepak Dunia Maradona Meninggal Dunia
Diego Maradona dan Pele / Kredit foto : wartakota.tribunnews.com

Sementara itu, legenda Brazil, Pele turut melahirkan perasaan sedihnya dengan kehilangan bintang yang tiada gantinya.

Tulisnya, “Satu hari nanti, kita akan bermain bola bersama-sama di atas langit sana.”

Sepanjang kariernya, Maradona telah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan bersama Argentina. Beliau juga mewakili pasukan itu dalam empat kejohanan Piala Dunia.

Begitu masyhurnya nama Maradona ini sehinggakan anak-anak kita pun turut sama mengenali. Lagi-lagi aksi hebatnya ketika bermain bola sepak di padang.

Sumber : Harian Metro, Malaysiakini, Utusan Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI