Rita Rudaini Pesan, ‘Mak Ayah Jaga Sikap, Itulah Penentu Jatuh Naik Anak Di Padang’

Tegas pelakon Rita Rudaini, sikap segelintir mak ayah yang terlalu mendabik dada boleh menjadi penghalang potensi sebenar kejayaan seorang anak di padang bola.

Ibarat melentur buluh dari rebungnya, begitulah dalam mendidik minat seorang anak terhadap sukan bola sepak. Mak ayah tak perlu terlalu over protective sehingga mahu menentukan anak berada di kedudukan mana dalam padang.

Sikap yang salah inilah akhirnya men’jatuh’kan anak daripada melangkah jauh ke hadapan.

 

Rita Rudaini Pesan, ‘Mak Ayah Jaga Sikap, Itulah Penentu Jatuh Naik Anak Di Padang’
Rita Rudaini Fans Club

 

Ketika berkongsi momen kemenangan pasukan anaknya, Rita Rudaini menitipkan pesanan ini diinstagram miliknya,

Hero mommy… saya bukan nak anak saya jadi pemain bola sepak. Saya cuma support minat, saya tak de la nak ambik serius or mengamuk kalau anak tak dapat main, nama tak selected.

Semua tu bukan hal saya. Semua boleh cakap ‘ank aku bagus’ ‘anak aku cerdik’ ‘anak aku pandai main bola’ tapi saya takkan.”

IKLAN

 

Rita Malu Nak Puji Anak Sendiri

Saya malu nak puji anak sendiri dekat orang. Biaq orang saja yang bagi pujian kat anak saya. Anak saya pandai kat sekolah ke biar cikgu yang nilai, anak saya pandai or tak pandai main bola ke biar coach je yang nilai.”

Tugas saya hanya bagi support, antar ambik, bagi semangat dan nasihat pada anak. Sape saya untuk tentukan mana ‘kedudukan’ anak saya? Saya tidak akan masuk campur setiap urusan anak-anak di luar.”

Tanggungjawab kat sekolah pada cikgu, tanggungjawab kat padang pada coach, tanggungjawab di rumah hanya pada saya. Saya support minat mereka, saya serah pada coach.”

“Naik nama, syukur…tak de nama, cuba lagi. Buat yang lebih baik itu pesan saya selalu pada mereka. Ada yang anak baru kecik main bola, mak bapak dah demand dan sombong sebab anak pandai main.”

Hancur minat anak-anak semua punca dari mak bapak sendiri. Kecik-kecik anak dah cakap besar menyombong sebab perangai contoh depan mata. Belum jadi player sebenar lagi.

IKLAN

Haiih.. depan mata macam-macam perangai. Terkejut saya tengok. Pada saya, kesiannya anak. Tak ke mana kalau berlagak angkuh sombong. Attitude adalah salah satu punca utama untuk turun naik jatuh nya seseorang..”

Wahai parents… lepas kan lah mereka bermain, kecik lagi.. bina attitude ank-anak, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ Jauh lagi perjalanan mereka. Jaga attitude kita depan mereka kerana kita adalah contoh terdekat dan kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil.”

 

Rita Rudaini Pesan, ‘Mak Ayah Jaga Sikap, Itulah Penentu Jatuh Naik Anak Di Padang’

IKLAN

Tubuh Fan Club Bola Sepak Demi Anak-anak

Sememangnya Rita cukup cemerlang memberi sokongan moral dan mendidik kedua-dua hero kecilnya ini di padang bola sepak. Malah turut mendapat sokongan padu daripada Rita Rudaini Fans Club.

Yang mana katanya, ahli fans clubnya itu sanggup berpanas dengannya selama dua hari di padang untuk kejohanan bola sepak terkini pasukan anaknya.

Tak hairanlah pasukan anaknya, RR Cougars Academy berjaya menjulang gelaran Naib Johan Bawah 8 tahun untuk kejohanan bola sepak RR Junior Cup 2019 di Eco Ardence Fottball Arena, Setia Alam.

Begitulah hati seorang ibu yang memahami minat anak-anaknya. Demi Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, dengan menggunakan wang simpanan sendiri Rita Rudaini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC.

Malah kelab ini juga berjaya mencipta beberapa kejayaan antaranya Naib Juara KDFC President Cup, Tempat keempat Bola Sepak Cilik U6 dan tempat ketiga B8 dan keempat B9, Kejohanan RR Junior Cup.

Begitulah hebatnya ibu tunggal ini yang mahukan anaknya menjadi pemain bola sepak profesional bukan semata-mata mengejar populariti.

Sumber/Foto : Rita Rudaini, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI