Cerai Fast Track, Sebenarnya Selamatkan Isteri Teraniaya Yang Digantung Tak Bertali

Tak semua proses penceraian di mahkamah mengambil masa yang singkat. Ada yang bertahun baru selesai. Situasi sebegini sebenarnya memberi beban emosi kepada isteri terutamanya.

Bila suami enggan lepaskan, isteri dah tak ada hati sudahnya rumah tangga yang dibina yang sepatutnya mengundang rahmah Allah, dah jadi mengundang dosa pulak untuk suami isteri itu.

Orang kata, isteri digantung tak bertali. Punya seksa nak tanggung, beban gelaran sebegitu. Orang rumah yang teraniaya saja tahu emosinya bagaimana.

Cerai Fast Track, Bukan Selesaikan Kes Cerai Sewenang-wenang

Bila mana Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Jalaludin Alias bangkitkan isu penceraian dalam masa enam jam di Selangor dan mendakwa proses penceraian ekspress sebegitu antara punca negeri terbabit mencatat kes penceraian tertinggi, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) keluarkan kenyataan rasmi.

Terangkan sejelasnya apakah fungsi proses ‘cerai fast track’ yang diperkenalkan ini.

Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada tahun 2015 bukan proses yang diwujudkan semata-mata untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya.”

Bermakna pemohon juga perlu melalui langkah-langkah sewajarnya dalam memenuhi prosedur cerai fast track ini.

IKLAN

Sebelum ini pasangan suami isteri yang datang ke mahkamah untuk memfailkan kes cerai, mereka akan berjumpa dengan Pegawai Runding Cara Keluarga di unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah. Di situ mereka mencari jalan penyelesaian konflik dalam rumah tangga mereka.”

“kes akan Difailkan di Mahkamah Syariah apabila semua usaha melalui rundingcara gagal. bermakna Perkahwinan itu tak dapat lagi diselamatkan.”

Cerai Fast Track Selesaikan Aduan Pelanggan

Dengan itu tujuan diwujudkan kerja kes cerai secara fast track ini bertujuan menyelesaikan aduan dan rungutan pelanggan di Mahkamah Syariah Selangor yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk selesaikan kes-kes cerai di negeri Selangor.

Ini adalah satu prosedur operasi standard yang dibangunkan oleh JAKESS untuk kurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes-kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama suami isteri.

Sedangkan prosedur sebelumnya mengambil masa sehingga 90 hari untuk diselesaikan.

IKLAN

Syarat Pelaksanaan Cerai Fast Track

Mestilah ada,

  • Dokumen telah lengkap
  • Suami isteri hadir di mahkamah
  • Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni.
  • Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut
  • Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.

Apabila segala syarat telah dipenuhi, yang mana pasangan suami isteri telah bersetuju untuk bercerai maka kes akan diselesaikan dalam tempoh 6 jam.

Iaitu dari masa pemfailan kes dan mereka akan menerima Perintah bertulis bermeterai mahkamah dalam tempih masa tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan pengeluaran Sijil Cerai.

Satu Langkah Untuk Para Suami Ceraikan Isteri Secara Baik

Prosedur ini dilihat telah menggalakkan para suami yang melalui perkahwinan yang telah becah belah, menceraikan isteri mereka secara baik.

Selaras dengan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud, “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutunya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”

IKLAN

Secara tak langsung, ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah ‘digantung tak bertali’.

Prosedur ini dapat menjimatkan masa dan kos pihak terlibat.

Memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baru secara damai tanpa perlu bermusuhan antara satu sama lain. Beza dengan pasangan yang melalui prosedur penceraian yang panjang di mahkamah.

Prosedur ini juga bukan proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sehingga menyumbang kepada kadar kes penceraian tertinggi di negeri Selangor.

Kadar penceraian yang tinggi yang dicatatkan di negeri itu adalah disebabkan jumlah penduduk yang ramai di Selangor berbanding negeri lain di Malaysia.

Sumber/Foto : Kenyataan Akhbar JAKESS

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI