Dalam perkahwinan, lafaz cerai dan lafaz rujuk adalah hak mutlak seorang suami. Tapi, janganlah suami mengambil kesempatan teurtamanya dalam isu rujuk dengan isteri.
Dalam lafaz rujuk seorang suami yang menceraikan isteri, ia masih boleh dirujuk tanpa akad nikah dengan syarat isteri masih berada dalam tempoh iddah.
Malah menjadi isu bila suami lafaz rujuk semasa isteri masih dalam iddah, sedangkan isteri tidak layan dan berkahwin lain. Bagaimana dengan lafaz yang diberikan oleh suami tadi.
Inilah yang diperkatakan oleh Wan Nazirah Wan Bakar, Peguam Sivil dan Syariah di Nazirah Bakar & Co tentnag isu rujuk ini.
Dalam drama yang ditayangkan di sebuah tleevisyen tempatan.
Di hujung 10 minit terakhir drama ni ada babak di mana sang lelaki bertemu dengan bekas isteri nya dan berkata…
“saya nak kita ruju’ semula…” (lebih kurang ayatnya) dan sang wanita menjawab…
“maaf… saya tak boleh terima awak lagi even sebagai kawan…” (lebih kurang ayatnya) isteri berlalu pergi…
Ads
suami menangis sendiri…
Tahukah anda sekiranya lafaz oleh suami tersebut dibuat pada talak yang boleh diruju’ dan dalam waktu iddah maka wanita tersebut automatik kembali menjadi isteri lelaki tersebut semula?
Jadi apa hukumnya kalau keduanya kurang ilmu dan meneruskan hidup seolah-olah mereka telah benar-benar putus bercerai dan tiada ruju’?
Bagaimana jika selepas tempoh iddah si wanita berkahwin dengan lelaki lain sedangkan ruju’ antara dia dan suami pertama rupanya sah?
Hak Suami
Ramai menyangka bila suami nak rujuk isterinya dalam waktu iddah maka dia perlu minta izin isteri dan persetujuan isteri adalah penting.
Hakikatnya,
Sebagaimana hak lafaz talak di lidah suami, hak lafaz ruju’ juga merupakan hak suami secara total.
Ads
Suami boleh dalam waktu iddah dan pada talak yang boleh diruju’ untuk bila-bila masa merujuk isteri dengan niat dan lafaz yang betul. Bahkan dia tak perlu menyuarakan kehendaknya kepada isterinya pun.
Cukup dia menyebut di hadapan mana-mana orang tentang keinginannya yang mana orang tersebut barangkali akan menjadi saksinya apabila mana-mana pihak sama ada suami atau isteri hendak membuat pengesahan lafaz ruju’ pada masa akan datang…
Terlewat 5 Jam
Saya pernah handle satu kes ruju’ yang agak menarik yang mana suami tersebut telah melafaz ruju’ di hadapan keluarga isterinya tepat pada hari terakhir tempoh iddah,
Dia menyangka waktunya masih sempat…
Alangkah kecewanya dia kerana rupa-rupanya waktu dia melafaz ruju’ tersebut telah terlewat kira-kira 5 jam melebihi tempoh iddah mengikut bulan qomariah….ya… hanya 5 jam…
Hakim cuba memastikan sebelum tempoh iddah berakhir dia ada menyatakan hasratnya untuk ruju’ kepada orang lain selain dari keluarga isterinya…
Ternyata dia ada datang ke kaunter mahkamah kira2 seminggu sebelum lafaz di hadapan keluarga isterinya tersebut dibuat…
Ads
Dia ada bercakap dengan staff mahkamah… malangnya dalam keterangan dia memaklumkan dia datang ke kaunter untuk bertanya hukum sekiranya dia berhasrat melafaz rujuk depan keluarga isteri instead of depan isteri terus…
Di situ persoalan tentang ‘pertanyaan’ dan ‘pernyataan’ dibezakan…
Ternyata dia jumpa staff court untuk tanya…bukan untuk nyatakan bahawa dia telah meruju’ isterinya…
Akhirnya Hakim tidak sabitkan ruju’ tersebut… isteri keluar mahkamah dengan gembira sebab dah memang tak sanggup nak kembali jadi isteri kepadanya… dan dia kecewa sendiri…
BAB RUJU’ NAMPAK SIMPLE TAPI KESANNYA AMAT BESAR…
Mingguan Wanita : Bab-bab bercerai dan rujuk, jangan dibuat main-main.
Ya ampun.. derita sungguh bila suami anak mak ini. Kalau dapat mentua yang jenis sayang menantu, bahagialah hati. Payahnya bila mentua sendiri tak sebulu dengan menantu.
Nampak menantu macam nampak ‘perempuan kaki kikis duit laki’. Padahal hakikat sebenar, anak dialah yang paling parah menghabiskan duit isteri.
Sebab nak jaga maruah suami je, isteri pendamkan sikap sebenar suami. Ramai isteri yang macam itu.
Melindungi suami sebab tak nak aib suami tersebar. Tapi, betapa dia usaha menjaga pun mentua tetap tak terbuka hati nak terima.
Baharu semalam menonton siaran langsung di TikTok, hari ini pereka fesyen terkenal dan usahawan, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan telah bercerai dengan isterinya, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.
Untuk rekod, Datin Nina Ismail Sabri merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri ke 9, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Jovian menerusi hantaran dia Instagramnya hari ini.
Meskipun tidak lagi hidup sebagai suami isteri, mereka berdua akan terus menjadi sahabat baik demi kebahagiaan puteri tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie.
“Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan dibuat untuk kekal seumur hidup, tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.
“Pada bulan Ogos, kami saling memutuskan untuk menamatkan perkahwinan 10 tahun kami atas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik,” katanya.
Menurut Jovian, dia pada mulanya mahu merahsiakan hal perceraian itu namun, selepas melihat komen orang ramai yang memuji keutuhan rumah tangganya bersama Nina pada siaran langsung di TikTok semalam, menjadikan mereka berdua nekad untuk berterus terang.
Jovian Mandagie, Nina Ismail sah bercerai
“Semalam, kami mengadakan sesi langsung di TikTok dan tersentuh dengan komen-komen menarik tentang kami sebagai pasangan suami isteri.
“Kami merasakan adalah penting untuk kami berkongsi perkara ini dengan anda semua. Walaupun berita ini mungkin tidak dijangka, sila percaya bahawa kami berdua berada di tempat yang baik.
“Apa sahaja yang anda lihat di media sosial kami selama empat bulan yang lalu adalah nyata. Kami tidak mungkin membenci. Terima kasih sekali lagi atas doa dan sokongan anda untuk kami memulakan lembaran baharu yang berasingan,” luahnya.
Spekulasi mengenai rumah tangga mereka mula diperkatakan di kalangan pengamal media apabila foto percutian Nina bersama sahabat-sahabat rapatnya tanpa kehadiran Jovian sejak beberapa bulan yang lalu. Namun begitu, tiada sebarang pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai khabar angin tersebut.
Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 14 Disember 2013 di Muzium Diraja, Istana Negara Lama. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alahai! Ada saja tak kena di mata anda. Anak-anak sepahkan rumah, anda merungut. Suami terlewat balik kerana jalan jem, anda merungut. Bahkan lori sampah lambat datang kutip sampah depan rumah pun anda merungut.
Pendek kata, ada saja rungutan dan keluhan yang keluar daripada bibir! Mungkin anda rasa tak ada salahnya kalau anda merungut, sekadar meluahkan isi hati. Tapi pernahkah anda terfikir sebagai suami, apa perasaan suami ada isteri yang kuat merungut? Tentu sakit telinga dan sakit hati mendengarnya.
Pening Kepala
Anda bayangkan diri anda di tempat suami. Balik kerja, dengar pula rungutan isteri. Suami mana yang tak pening kepala. Selagi boleh sabar, mungkin dia akan sabar, anggap ia sekadar rungutan isteri yang kepenatan seharian bekerja dan inginkan perhatian daripada suami. Tapi kalau mulut anda tak berhenti merungut, siapa boleh sabar. Jadi, sila kawal sikit ye.
Luahan Perasaan
Wanita memang gemar mempamerkan perasaan mereka dengan tindakan, termasuklah merungut itu dan ini. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan anda tak puas hati dan rasa perlu luahkan perkara itu. Jadi anda merungut untuk mengurangkan perasaan itu. Kadangkala rungutan itu bukan meminta penyelesaian daripada suami pun. Sekadar nak puaskan hati anda saja. Kalau itu alasan yang diberikan, mungkin suami masih boleh ‘pekakkan’ telinga mendengar rungutan anda itu. Tapi hati-hati ye, jangan keterlaluan. Ingat, sabar suami ada batasnya.
Cara Untuk Minta Sesuatu
Ada yang cakap, biasalah wanita memang kuat merungut. Tapi kena tengok juga apa yang asyik jadi bahan rungutan itu. Misalnya kalau anda merungut tentang kepayahan hidup yang perlu melakukan segala kerja rumah tanpa pembantu rumah sedangkan anda sedar suami tak mampu untuk sediakan pembantu rumah, agak-agak suami akan marah tak? Atau anda merungut tentang perabot rumah yang dah bertahun tak bertukar dan membandingkan dengan rumah jiran sebelah. Itu umpama ‘cara halus’ meluahkan keinginan pada suami.
Awas, rungutan sebegitu boleh porak-peranda rumah tangga. Bayangkan perasaan suami yang pasti rasa serba salah kerana sedar dia tak mampu menyediakan apa yang anda ingini.
Tak Mampu Ubah Apa-apa, Hentikan Saja
Katakan pada diri anda, kalau rungutan itu tak mampu mengubah apa-apa keadaan, tak ada gunanya asyik merungut saja. Daripada merungut, lebih baik cari jalan penyelesaian terhadap perkara yang membangkitkan rasa tak puas hati itu. Kalau anak sepahkan mainan, biarkan saja jika tak larat nak kemas. Tapi dalam masa sama, ajar dan didik anak-anak untuk kemas semula permainan selepas bermain.
Belajar Bersyukur
Tak elok jika asyik merungut dan mengeluh. Seolah-olah menyalahkan orang atau perkara lain sehingga terjadinya sesuatu yang tak kena di mata anda. Ia juga umpama tak tahu bersyukur. Bukankah Allah dah kata, jika kita bersyukur dan bertakwa, Allah akan tambahkan rezeki kita?
Adalah sangat penting bagi kita orang Islam untuk menjaga perkataan yang keluar daripada mulut kita kerana ia akan memberi kesan pada hati kita sendiri. Peliharalah hati kita daripada kerosakan kata-kata sendiri.
Dengan merungut, seolah-olah menunjukkan seseorang itu tidak bersyukur dan tidak dapat menerima masalah atau kesulitan yang dihadapinya walau pun perkara kecil dan remeh sahaja. Maka, ajar diri untuk sentiasa bersyukur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...