Ya ampun.. derita sungguh bila suami anak mak ini. Kalau dapat mentua yang jenis sayang menantu, bahagialah hati. Payahnya bila mentua sendiri tak sebulu dengan menantu.
Nampak menantu macam nampak ‘perempuan kaki kikis duit laki’. Padahal hakikat sebenar, anak dialah yang paling parah menghabiskan duit isteri.
Sebab nak jaga maruah suami je, isteri pendamkan sikap sebenar suami. Ramai isteri yang macam itu.
Melindungi suami sebab tak nak aib suami tersebar. Tapi, betapa dia usaha menjaga pun mentua tetap tak terbuka hati nak terima.
Malang bagi seorang isteri, apabila mati dan menemui ajal ditangan suami sendiri.Lebih kejam, mangsa dipercayai dibunuh dengan parang milik suami, dengan beberapa kesan tetakan dibahagian tubuh badan.
Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, dekat sini, semalam.Mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh pada kira-kira jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata laporan dibuat orang awam memaklumkan satu kejadian bunuh berlaku di lokasi berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
A Sahak berkata, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.Selain itu, katanya pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.
“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.
Katanya, selepas kejadian, jiran mangsa melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.
Beliau berkata, penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini bertindak mengejar suspek namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek berumur 30-an itu masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga suami mangsa dapat diberkas dengan segera dan mendapat hukuman yang setimpal. Buat pasangan suami isteri, perselisihan yang berlaku selesaikanlah secara baik.Jangan sesekali hilang sabar dan menggunakan kekerasan fizikal.Bila amarah menguasai diri,menyebabkan mudahnya bertindak diluar batasan fikiran.
Nak berumah tangga dan ada keluarga itu mudah, tetapi nak membina satu rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warohmah perlulah lebih istiqomah.
Macam yang Puan NurulAa Mustofaini kongsikan, baik suami atau isteri, masing-masing kena sedar dan bertolak ansur jika mahu bahagia.
Membangkang bukan bermaksud benci. Bangkang sebab sayang. Untuk check and balance kan? Kalau ada salah suami/isteri kena lah tegur. Kalau tak tegur, tak betulkan, diri sendiri juga nak menjawab nanti sebab itu tanggungjawab kita.
Dalam memerintah kena telus, boleh di kritik dan menerima kritikan. Baru bangkang sekali dah kena cop macai susah laa kan. Haha.
Suami: Yang, jangan pakai lah tudung ni, macam pendek je. Pakai bawal je, kasi labuh sikit. Isteri: Haaa abang ni nak jadi macai tudung bawal lettewww. #macaibawaldetected
Sebaik-baik sedekah itu ialah kepada ahli keluarga. Kadang kadang kita ni sebab nak nampak bagus, belanja kawan-kawan office, open table sokmo. Tapi bila anak minta mainan RM 5.00 pun sibuk ungkit mainan yang kat rumah padahal anak patung tu dah tercabut kepala, kereta dah terkeluar tayar, basikal dah separuh hancur. Come on lah.
Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik dengan isteri dan keluarganya. Dengan orang lain boleh cakap lembut, dengan suami, isteri, anak-anak kena lah laaaagiiii lembut. Tapi terbalik sekarang ni. Kan? Huhu. Semoga Allah ampunkan kita.
Orang yang paling percaya dengan kita ialah suami/isteri. Sebab bila kepercayaan tu dikhianati, hilang lah sakinah dalam keluarga tu. Sebelum buat janji make sure kaji dulu, bukan main sedap tabur janji lepas tu bagi alasan macam-macam. Dah buat salah sekali, janji taknak buat lagi. Lepas tu tup tup buat juga. Alah, janji je pun, apa ada hal. Haaa. Sebab janji itu benchmark kepada orang munafik. Bila selalu sangat men’capati’kan janji, segala janji yang keluar lepas tu dah tak ada makna lagi. Sebab tu saya tak pernah janji dengan suami nak berhenti online shopping. Kah kah kah. Kalau suami bising, kita senyum jela.
Dalam rumah tangga pun macam tu juga. Job scope kena bertukar-tukar. Kena saling bantu membantu. Kerja rumah adalah tanggungjawab bersama. Kalau suami cakap dia penat kerja, isteri pun kerja juga kat office tu. Tolak ansur lah kan. Lelaki yang sweet ialah lelaki yang rajin tolong cuci berak anak dan tolong buat kerja rumah. Tak kasi bunga coklat segala pun takpe. Hehe.
Ceti utama suami ialah isteri dan ceti utama isteri ialah suami. Hahaha. Kan? Tapi kalau hutang tetap wajib dibayar, unless suami atau isteri tu halalkan dunia akhirat lah kan. Hutang kot. Orang mati syahid pun roh boleh tergantung sebab hutang. Ayat paling panjang dalam Quran pun cerita pasal hutang. Cuba bayar walaupun sikit. Sekurang-kurangnya kita ada usaha nak bayar.
Pemimpin yg adil mestilah taat pada Allah, yg membawa ahli keluarganya dahulu mengenal Islam. Institusi paling dekat dengan kita ialah keluarga kita sendiri. Sayang macam mana kat isteri/anak pun, tapi nanti kat Mahsyar, tetap isteri dan anak tu akan saling mendakwa kita. Masa tu semua orang nak selamatkan diri sendiri je. Kat dunia ni kau sediakanlah mahligai besar, kereta mewah macam mana pun, tapi hal aqidah, aurat isteri dan anak kau tak jaga, tetap isteri dan anak akan jawap depan Allah, “suami/ayah kami tak suruh kami tutup aurat pun. Dia patut diazab. Bukan kami” Huwaaa. Takutnya.
Sebab tu kalau nak pilih suami/pemimpin, bukan setakat nak bahagia di dunia je, it will affect your akhirat. Bukan nak mensyurga dan menerakakan orang, tapi in the end that is the only choice that you have. Nak duduk atas pagar? Silakan.
Kalau kita nampak ada yang compang camping dalam keluarga, betulkan, bina semula keluarga, kekalkan yang baik. Bukan bina lagi satu keluarga. Mempertahankan rumah tangga itu adalah wajib, tambah cawangan satu lagi itu sunnah. Marilah kita mengerjakan yang wajib dahulu sebelum kita kerjakan yang sunnah. Hihi.
Marriage bukan macam PRU ye, setiap 5 tahun tukar pemimpin. Always look for the best in each of you.
Happy wife, happy life!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Subuh itu, apabila saya on saja handphone, terus terbaca mesejnya.
“Bonda, suami baru bagitau tadi, Rabu ni dia ajak saya pergi Pejabat Agama. Dia nak nikah lain.”
Allah. Berderau darah! Apa cerita pulak ni?
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba suaminya nak kahwin lagi?
Isk!
Mood saya swing terus pagi tu. Iyalah. Kami agak rapat juga. Maka, cubit paha kiri, paha kanan sama terasa peritnya!
Saya taip beberapa patah kata untuk reply mesej tersebut. Tapi, delete.
Saya cuba pula dail no telefonnya. Tapi, saya tekan off.
Serba tak kena.
Akhirnya saya putuskan untuk diam tanpa respons.
Benda tengah panas. Biarlah dulu. Biar dia tenangkan hatinya itu.
Yelah, orang baru ditimpa ‘musibah’ ni kadang tak rasional. Saya takut dia mengamuk atau keluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan dosa.
Takpe. Ambil tempoh bertenang.
Esoknya, baru saya call.
“Dia memang ada orang lain ke sebelum ni?”
“Takde, bonda. Memang setahu saya takde. Saya tanya nama perempuan tu pun, dia tak nak bagitau saya. Katanya, nanti jumpa kat mahkamah je. Lepas saya sign borang, diorang nak terus nikah.”
Haih.. menggelegak juga hati. Apa cerita pula ni! Main paksa-paksa macam orang tak tahu langsung ilmu psikologi! Geram pulak saya.
Tapi dalam pada geram dengan perangai si suami, saya turut terkagum dengan respons si isteri.
Bagusnya sahabat tadi, bila suaminya kata nak nikah lagi, dia tak mengamuk langsung tentang perempuan yang mahu mengambil suaminya. Dia langsung tak kutuk apa-apa.
Tapi dia sibuk buat muhasabah diri. Dia cuma sebut berkali-kali tentang layanannya pada suami yang mungkin terkurang di mana-mana.
Subhanallah!
Tiada nasihat mampu saya berikan. Cuma menawarkan telinga untuk mendengar. Cuma mampu menyuruhnya bertenang dan bersabar.
Panggilan ditamatkan.
“Siapa, yang?” suami saya pamer wajah hairan. Maklumlah, saya sangat jarang buat panggilan atau jawab panggilan. Jika tengok saya bersembang dengan phone, tentu penting. Dan memang, ini kes penting!
“Kawan. Suami dia nak kahwin lain.”
Suami menggeleng. Tidak menunjukkan minat mahu masuk campur. Maklumlah. Hal poligami. Silap cakap karang, kami pula yang bertempur.
Rabu tiba juga.
Hari Rabu kali ini bukan saja hari yang mendebarkan buatnya. Bahkan buat saya!
Dalam sibuk dengan pelbagai urusan, hati saya tetap tertanya-tanya. Mereka dah ke mahkamah ke? Apa terjadi agaknya?
Tapi saya diamkan diri. Tak nak busy body.
Dan malam itu, saya terima mesej daripadanya.
“Bonda.. saya dah tahu siapa bakal isteri dia!
.
.
.
.
.
.
. Motor baru.
Alhamdulillah..ingat betul-betul suami nak kahwin lain. Penat daku merajuk, menangis & kecewa. Dia kenakan saya. Cis!”
Saya tarik nafas panjang. Ketap bibir.
Elok saja si isteri ketawa ya? Dah, kenapa aku yang panas dibuatnya?
Cis! Cis! Dan Cis!
Tapi saya tahu, setenang mana pun si isteri cuba berdepan situasi ini, berkocak juga hatinya. Hancur berkecai juga bila hal-hal seperti ini dijadikan gurau senda.
Okey.. orang lelaki, tuan-tuan suami yang sayangkan isteri, ini saya nak pesan ya.
Bab poligami ni jangan buat bahan gurauan. Hati isteri jangan dibuat bahan ujikaji.
Tuan tengok isteri senyum, ketawa, macam boleh terima tapi tuan tak tahu apa ada dalam hatinya. Rabak. Hancur. Hilang rasa percaya. Sarat prasangka.
Ya, poligami tak salah tapi poligami juga tak mudah.
Kalau tak terdesak, tak payahlah. Satu pun kadang tak mampu handle, buat apa nak tambah-tambah masalah?
Kalau tak cukup dengan yang satu, mana mungkin cukup dengan yang dua? Allah… dunia ni kan macam air laut. Makin diminum, semakin haus. So please, hati-hati buat keputusan.
Poligami bukan boleh dicuba-cuba sehari dua. Nak harung seumur hidup segala beban ujiannya!
Kalau dah takdir, itu lain cerita. Betul. Memang ada yang dah cuba mengelak macam mana pun, terperangkap juga. Nak buat macam mana.
Tapi, nak pesannya, selagi boleh elak, elakkanlah.
Isteri bersama suami kerana 2 sebab.
Cinta.
Dan tanggungjawab.
Betul. Isteri, yang sudah terhentak hatinya mungkin masih boleh kekal bersama suaminya.
Tapi ingat, itu mungkin cuma kerana tanggungjawab.
Bukan lagi kerana cinta.
Cinta kalau sudah tiada, hilang sudah satu nikmat kemanisan rumahtangga bila isteri tidak lagi sudi bermanja-manja.
Akhirnya rumahtangga menjadi boneka belaka.
Betapa sayangnya!
MW : Sebenarnya, banyak benarnya pesan Bonda Nor ini. Sebab itulah wahai suami sebelum bergurau fikirlah perasaan isteri itu. Bila dah terasa hati, merajuknya panjang. Silap-silap gelang emas jadi pengeras sebagai merawat luka.. eh!
Tak masuk akal, tetapi harga makanan RM1 memang wujud di kedai makan ini! Kalau peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan akibat kos bahan mentah yang semakin meningkat,