Sebagai seorang ibu pada anak yang sedang lasak dan membesar, macam mana kita jaga dan perhatikan pun, adakalanya hanya terlepas pandang seketika boleh menyebabkan anak tercedera. Bila anak luka dan sakit, perasaan bersalahnya tu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Apatah lagi bila melihat anak menangis kesakitan sehingga perlu dijahit lukanya.Luluhnya rasa hati.

Itulah perasaan yang dialami oleh pelakon dan pengacara Yana Samsudin. Anaknya Aisy Mateen menerima enam jahitan di bahagian kening kiri selepas mengalami kecederaan sewaktu pulang ke kampung halaman artis terbabit di Yong Peng, Johor, baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram semalam, Yana memberitahu, kejadian tersebut berlaku begitu pantas dan di luar kawalannya.Malah atas rasa bersalah tersebut, Yana atau Norliana Samsudin, 34, turut meminta maaf kepada anak dan suaminya kerana kurang berhati-hati sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Berikut luahan isteri kepada Fadzil Zahari ini;

“@aisymateen mommy so sorry last night, tak jaga mateen dengan baik.sorry @fadzilzahari”

“Kami balik kampung di Yong Peng semalam dan dalam sekelip mata sahaja mommy tak tengok Mateen. Mateen lari dan terjatuh sehingga terhantuk pada meja kaca,”

Rasa Bersalah Mateen Cedera Kena Enam Jahitan Di Kening, Yana Samsudin Minta Maaf Pada Anak & Suami

Melalui posting tersebut, para pengikutnya turut bersimpati dan mendoakan agar Aisy Mateen cepat sembuh. Tidak kurang ada juga yang berkongsi pengalaman anak sendiri yang pernah luka berjahit.

IKLAN

ezan_razali Allahu..semoga cepat sembuh ye sayang. Be strong mommy!

mdm_najwa Anak saya pun macam tu jugak, kepala dia berjahit macam mateen..budak laki kalau tak nakal tak sah..apa-apa pun moga cepat sembuh mateen.

nurulmiraaziraajis tak pe..jangan sedih-sedih. Adakalanya mereka kena lasak-lasak explore semua benda.sikit-sikit takpe..mateen kuat

unularifin Mateen good boy strong boy! Get well soon mateen! Mummy pun kena kuat tau.

IKLAN

nedzirisar Allahhu tengok mateen berjahit teringat anak teruna saya dekat dahi dia dah ada empat tanda di dahi memang trauma mak kalau tengok dahi anak berjahit.

farafain Sama macam anak saya. Berjahit juga kat area yang sama. Aisy mateen sama dengan anak saya Ahmad Aisy Al Baihaqi. Get well soon Aisy Mateen.

azzai_sya Memang anak laki ni kena ada tanda kat dahi.Anak laki saya pun camtu..gi taman main dengan ayah dia..terjatuh tempat orang buat senaman terkoyak kening dekat dengan mata. nasib baik tak kena mata. Sampai sekarang ada parut.Kena 6 jahitan.

IKLAN

firman_humaira Kadang benda dah nak jadi, kalau kita jaga rapi pun tetap nak jatuh dia akan jatuh, anak-anak kecil adat luka sana sini cam anak-anak saya cuma bernasib jahit bengkak tak sampai kena jahit. Tapi saya faham perasaan seorang ibu dia punya sedih dan bersalah pasti ada. Saya pon dulu selalu minta maaf dekat husband saya kalau saya tak take care anak dengan baik. Semoga anak yana kembali pulih amin.

Yana Samsudin turut mengucapkan terima kasih pada yang mendoakan anaknya, serta para petugas kesihatan, doktor dan jururawat yang bertindak pantas dalam merawat anaknya.

Aisy Mateen, 2, merupakan cahaya mata sulung pelakon filem Rise: Ini Kalilah bersama Fadzil selepas mendirikan rumah tangga pada 2015.

Semoga Aisy Mateen cepat sembuh dan aktif seperti biasa. Buat Yana Samsudin jangan terlalu rasa bersalah. Adat anak lelaki yang sedang lasak dan membesar, jatuh dan luka adalah perkara biasa.Cuma perlu lebih berhati-hati dengan tingkah laku mereka.

Sumber: yana samsudin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI