Panas balik pasal isu mak ayah bagi anak main gajet, kali ini bukan di rumah tetapi macam ‘umpankan’ anak di kedai makan sebab na diamkan anak.
Agak-agak mak ayah setuju tak dengan cara ini? Tetapi betul ke hanya bagi di kedai makan atau di rumah pun anak diumpankan dengan gajet sebab mak nak buat kerja lain.
Hah, itu macam mana pula? Sebelum anak jadi mangsa, mak ayah WAJIB baca perkongsian daripada Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist), Puan Liyana Raya yang sangat berpengalaman melebihi 10 tahun dalam mengatasi masalah-masalah berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Anak Main Gajet
Bukannya perli kalau benda tu dah terang terangan salah.
Kita sebagai ibu bapa,harus tahu bagaimana nak mengawal anak-anak kita.
Saya tak perli ye….
Saya pandang dari sudut perkembangan anak tu sendiri.
Tuan/Puan…
saya bukanlah jenis restricted sangat on gadget ni. Saya pun bagi anak saya tengok gadget,tapi….
BUKAN WAKTU MAKAN. BUKAN WAKTU RUTIN HARIAN ANAK. BUKAN WAKTU NAK TIDUR.
Saya bagi ketika anak-anak bosan.
Saya bagi ketika travel dalam kereta/train/flight.
Saya bagi dalam waktu yang saya sendiri kawal penggunaannya.
Waktu makan bukanlah waktu yang sesuai utk tengok gadget.
Jangan ambil mudah waktu makan.
Penting untuk anak makan sambil tengok apa yang dia makan supaya membantu deria penglihatannya berintegrasi dengan deria bau,rasa dan sentuhannya utk tahu bahawa itu makanan.
Ads
Berapa ramai kanak-kanak yang saya jumpa picky eater;yang mana waktu makannya sering diberi gadget? RAMAI.
Berapa ramai kanak-kanak yang masih memasukkan benda dalam mulut walaupun sudah berusia 2 tahun ke atas tapi waktu makannya sering diberi gadget? RAMAI.
Berapa ramai kanak-kanak yang saya jumpa ada masalah tingkah laku mudah mengamuk,mudah teremosi disebabkan oleh masa makan bagi gadget? RAMAI.
Kesan Anak Main Gajet
Berapa ramai kanak-kanak yang ada speech delay disebabkan waktu makan mereka diberi gadget? RAMAI.
Tapi disebabkan saya ni seorang therapist,saya harus pegang kpd etika profesion saya supaya tidak mendedahkan kes sebegini kepada umum. Ianya melanggar etika privacy anak-anak dan keluarga mereka yang saya jumpa.
Tapi,saya memang jumpa kes-kes mcm ni sebab bila anak dah ada masalah dalam semua yang saya sebutkan di atas,therapist mcm sayalah jugak yang parents bawa jumpa utk merawat! Bukan doktor. Doktor bagi diagnosis dan referral aje bila jumpa kes2 mcm ni!
Oh,tuan/puan bolehlah cakap:
“Alah.. puan jumpa kes-kes mcm tu kes terpencil je…. tak mungkinlah anak saya jadi mcm itu!”
Ads
Eh! Eh! Amboi… mentang-mentang lah anak tak ada masalah yang disebutkan di atas,suka hati je nak cakap bukan-bukan pada kanak-kanak yang memang ada masalah macam ni.
Jangan cepat berkata takkan kena pada anak sendiri ye…. saya dah nasihatkan tapi kalau sendiri rasa tak nak ikut,bukan salah saya lagi dah ya.
Tolonglah…. waktu-waktu rutin tolong jangan bagi anak tengok gadget. Sangat buruk padahnya.
“Dah tu,kalau time makan kat kedai, tak boleh makan dengan aman… nak buat macam mana? “
BERKORBANLAH WAHAI IBU AYAH SEKALIAN….
Usia 0-6 tahun ni usia emas anak-anak kita.
Saya tahu memang susah nak makan dengan anak-anak. Saya sendiri ada 4 orang anak yang di usia “emas” ni. Saya tahulah mcm mana susahnya nak jaga especially time makan!
Semuanya bermula dari rumah.
Waktu makan di rumah, gunakanlah apa-apa aksi yang anak suka ketika nak bagi makan. Aksi Ultraman,bunyi kereta, bunyi kucing, bunyi.
Yang menarik perhatian anak untuk makan.
Ads
Struggle. It requires your time.
Memang macam tulah bila kita dah ada anak.
Kalau tak sanggup nak struggle mcm ni,better tak payah buat anak! Senang. Tak payah hidup dengan manusia kecil yang banyak kerenah mencabar ni!
Tegas dan disiplinkan anak di rumah walaupun ketika masih kecil.
Bila makan, duduk.
Masa duduk ni buat aksi untuk galakkan anak makan.
Tapi kalau dia berasa nak lari,nak panjat,nak bergerak.. biarkanlah.
Tapi sampai masa makanan nak masuk dalam mulut,ketika mana kita panggil anak untuk makan semula, kita pastikan anak duduk dulu. Bagitau perkataan duduk dan makan.
Masa duduk ni buat aksi sikit utk anak makan. Ada masanya gunakan waktu ini untuk sembang-sembang dengan dia pasal apa yang dia makan. Tunjuk aksi makan makanan dia depan mata dia sendiri.
Susah sangat ke?
Masa makan mcm ni pun dah dikira bonding time tau dengan anak-anak. Dalam sehari, pastikanlah sekali buat mcm ni. Everyday kot kena buat macam ni.
Baru anak faham konsep yang waktu makan kita duduk. Nak letak mainan dia dekat dengan dia pun tak apa.
Apa Mak Ayah Boleh Buat
Bila di kedai… bergilirlah seketika ibu dan ayah pun.
Kalau rasa nak aman makan tanpa anak,set lah masa lain utk makan berdua bersama laki bini. Masa tu letaklah anak-anak kat rumah pengasuh ke.. mintak tolong orang lain jaga ke… itu masa kalian berdua. Fikirkan masa lain.
Tapi always be prepared untuk masa makan di luar bersama anak-anak. Communicate with each others as husband and wife. Siapa nak jaga anak… siapa nak makan dulu… siapa nak bawa anak jalan sambil pasangannya makan. Decide it with your own thing!
Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk susah nak makan dengan tenang.
Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk kita tak boleh ada masa untuk diri kita sendiri.
Sebab esok bila anak dah besar, mereka boleh saja jadikan kita sebagai alasan untuk susah nak jaga kita time kita sakit, nyanyuk, dah tak berdaya lagi.
Sebab kita yang mulakan alasan itu dulu.
Ini bukan kes perli.
Ini adalah ilmu keibubapaan yang patut kita tanam dalam diri kita sendiri.
Dah jadi ibu bapa kan….
Kalau rasa susah nak lalui ni semua, jangan buat anak! Jangan ada anak!
Waktu rutin anak adalah waktu yang sangat berharga utk kita entertain mereka.
Anak bukan alasan utk kita tak boleh nak entertain diri kita sendiri .
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mempunyai kepakaran didalam bidang perbidanan dan sakit puan, memberikan peluang dan pengalaman manis buat Dato’ Dr. Hamid Arshat, 73 untuk menyambut kelahiran cucu-cucu beliau sendiri.
Dr. Hamid Arshat,merupakan antara Pakar Sakit Puan Melayu yang terawal dalam arena perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan ramai berkaitan masalah kesuburan dan sakit puan.Perkongsian hidup selama 47 tahun bersama isteri tersayang,Toh Puan Maimon pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang anak dan 12 orang cucu. Lebih istimewa, peluang dapat mengazankan dan menyambut sendiri kelahiran 8 daripada 12 orang cucu-cucunya, daripada keturunan sendiri memberi pegalaman cukup bermakna buat beliau.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat dalam facebook miliknya baru-baru ini.
NIKMAT SAMBUT KELAHIRAN CUCU SENDIRI
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak. Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth, Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut oleh pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
7 Secara Normal & 1 Pembedahan Ceasarean
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah ceasarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di Malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli-ahli keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur-prosedur pembedahan. Manusia memang lemah.
Nikmat Sambut Kelahiran & Azan Keturunan Sendiri
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri.Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya ke jalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak-anak islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk-datuk dan nenek-nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu-cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Menyambut kelahiran cucu ke12. Mohammad bin Arief pada 23.4.16
Wariskan sifat kehambaan pada Allah SWT dalam diri anak kita. Itu tugas kita sebagai ibu bapa. Apabila melihat bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa, mengimbau keadaan diri kita yang sememangnya faqir dan lemah yang harus berpegang kepada sesuatu yang Maha kuat dan Maha kaya, itulah Allah yang sememangnya amat mengasihani dan menyayangi hamba-Nya.
Lebih kuat rasa kehambaan dalam diri dengan penuh faqir dan kelemahan, lebih hebat lagi limpahan kasih sayang-Nya yang bakal kita rasakan. Persis bayi kecil, lebih kuat dia menangis menagih perhatian dan kefahaman lebih lagi rasa empati menerjah diri ibu bapa dan penjaganya. Sungguh kalam Allah itu benar, tiada satupun yang Allah jadikan sia-sia. Setiap inci penciptaan-Nya apabila direnungkan memberi inspirasi dan motivasi diri untuk kekal menjadi hamba-Nya. Maha hebat Allah!
Apa Yang Allah Ingin Didik Kita?
Rakan penjaga yang dikasihi, betapa banyak daripada peristiwa harian kita bersama anak-anak yang benar-benar kita tekuni dan kita tanyakan pada diri, apakah sebenarnya yang Allah ingin didikku melalui peristiwa ini?
Saya percaya, jika soalan ini kerap menerjah pemikiran kita rentetan daripada peristiwa-peristiwa bersama anak yang kita lalui saban hari, pasti akan bertambah rasa kehambaan kita kepada-Nya. Benar anak itu adalah amanah. Namun sejauh mana kita mengimani kata-kata itu dan sejauh mana kita terjemahkannya dalam kehidupan kita bersamanya.
Sudah menjaga amanahkah kita jika keperluan fizikalnya dipenuhi? Sudah jaga amanahkah kita jika material untuk kelangsungan hidupnya sudah tersedia? Apakah sudah cukup amanah jika dia di mata kita sudah cukup berjaya?
Anak-Anak Indikatornya
Ia berbalik kepada apakah takrifan cukup dan amanah yang kita fahami. Jika ianya disandarkan kepada kefahaman al-Quran maka indikatornya anak-anak ini kenal akan Tuhannya, cinta akan Rasulnya dan menjadikan Islam sebagai cara kehidupan dan pandangan alamnya.
Masya-Allah, dalam keadaan semasa kehidupan kita, cabarannya amat kuat. Mehnahnya hebat.Memerlukan kekuatan dalaman yang kuat untuk kekal dalam arus iman dan takwa. Hakikatnya, kita tidak berdaya mengharunginya sendirian apatah lagi dengan membawa beban amanah. Jadi kembalilah mengadu dan merengek di hadapan Allah Yang mempunyai kekuatan dan Allah yang mempunyai perbendaharaan. Pasti kita akan dibantu-Nya.
Persiapkan Diri Dengan Sifat Hamba
Justeru, persiapkan diri kita untuk benar-benar menjadi hamba kepada-Nya. Hamba yang memiliki sifat hamba, tidak akan pernah merasakan dirinya lebih daripada orang lain hatta dengan anaknya sendiri. Hamba yang memiliki sifat hamba, tidak akan pernah meletakkan apa yang diperkatakan adalah mutlak.
Hamba yang memiliki sifat hamba memiliki sifat tawadhuk yang membenarkan dirinya untuk menghormati dan bertolak ansur dengan yang lain. Dan yang paling penting, hamba yang memiliki sifat hamba akan sentiasa mencari jalan untuk mengagungkan pemiliknya bahkan mengajak orang disekelilingnya untuk melakukan hal yang sama. Begitulah serba sedikit indikator yang boleh kita renungkan dalam diri, melihat kembali, perteguh dan perbaiki. Kerana tiada seorang pun daripada kita yang sempurna.
Kisah ini harus dijadikan contoh. Betapa Nabi Ibrahim memastikan dirinya mengekalkan rasa kehambaan dalam diri sehingga apa sahaja yang diperintahkan Allah kepadanya dilakukan tanpa gagal hatta perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Rasa kehambaan yang baginda miliki bukan sahaja diterjemahkan melalui perlaksanaan setiap perintah Allah malah manifestasi sifat hamba tadi menyebabkan baginda bertindak untuk bertanyakan pandangan anaknya Ismail ketika ingin melaksanakan perintah tersebut.
Ia bukan bermakna baginda ingin mengelak daripada melaksanakan perintah malah sebagai tanda hormat dan kasih sayangnya kepada anak. Dua keadaan ini menjelaskan bagaimana hakikat sifat hamba termanifestasi dalam diri kita selaku ibu bapa. Jawapan Nabi Ismail ketika itu pula mengukuhkan tarbiah ibunya untuk sentiasa menjadi hamba kepada Allah dalam setiap keadaan dan peristiwa kehidupan.
Tidak Bermakna Di Sisi Allah
Itulah hakikat kehidupan kita yang harus kita benar-benar tahu dan faham. Kita bukan sesiapa di dunia ini walau mempunyai jawatan yang tinggi, harta yang banyak, ilmu yang tinggi mahupun kuasa yang besar. Ia tidak bermakna apa pun di sisi Allah. Bahkan yang termahal di sisi-Nya adalah rasa kehambaan yang mutlak daripada hamba-Nya. Masya-Allah!
Jadi, rasa itulah yang harus kita miliki dan diwariskan kepada anak-anak kita. Percayalah rasa kehambaan kepada Yang Berhak menidakkan rasa dimiliki dan ditakluki sesama makhluk. Yang ada hanyalah rasa kasih sayang dan hormat sesama insan atas arahan dan perintah daripada-Nya. Allahuallam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah binti Muhamad (USIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.
Berikut antara perkongsian beliau;
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar;
1.Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2.Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.
Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang...