‘Tidak mampu sewa rumah.’ Sembilan bulan 3 beranak ini tinggal dalam bangsal yang hanya berbumbung dan berdindingkan kanvas semata.
Sedih sungguh melihat keadaan keluarga kecil ini apatah lagi anak mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Tidak Mampu Sewa Rumah
Sudah sembilan bulan Nurul Alya Elyanie Mohd Johari bersama suami dan anak perempuan berusia 17 bulan berteduh di bangsal yang jika dilihat dari jauh, ia seakan tempat menyimpan besi buruk.
Bangsal berdindingkan kanvas dan hanya memuatkan sebuah katil yang dialas bangku, sebuah kipas berdiri serta dapur memasak itu dibina di belakang rumah sewa mentuanya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sebelum ini, tiga beranak berkenaan menumpang mentua bersama lima lagi ahli keluarga lain tetapi disebabkan rumah sewa itu kecil, mereka memutuskan untuk tinggal berasingan.
Sembilan Bulan
Jelas Nurul Alya, 19, mereka berhasrat untuk mencari rumah sewa tetapi dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ia sukar untuk direalisasikan.
Katanya, suaminya, Mohd Hafiz Fikri, 22, menyara keluarga hasil menjual besi buruk.
Ads
“Jika hujan melanda, air melimpah masuk. Kami juga risau jika hujan lebat berserta angin kencang kerana bangsal ini diikat pada sebatang pokok, kami bimbang bangsal tumbang.
“Jika keadaan agak tidak terkawal, kami akan berlindung di rumah mentua, cuba bertahan dalam keadaan sesak sementara situasi kembali tenang.
“Saya juga jarang memasak di sini kerana risau apinya akan menyambar kanvas sebaliknya membeli nasi bungkus atau tumpang memasak di dapur rumah mentua,” katanya.
3 Beranak Ini
Tambah Nurul Alya, dia dan anaknya, Nur Syiffa Humaira, sering mengikut suaminya mencari besi buruk di kawasan pelupusan sampah di Kampug Kok Bedullah di sini, dan pendapatan yang diterima sekitar RM10 hingga RM15 sehari.
Katanya lagi, keadaan mereka semakin genting kerana keluarga mentua sudah beberapa kali diarahkan keluar dari rumah sewa kerana pemiliknya ingin membina rumah lain.
Ads
“Ini bermakna kami dua keluarga perlu mencari rumah sewa lain dan dalam keadaan suami serta adik ipar sahaja yang bekerja sebagai pencari besi buruk, sangat mustahil untuk kami mampu menyewa rumah baharu yang kadar sewaannya sangat mahal bagi kami,” katanya.
Pihak yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nurul Alya di talian 014-9752863.
Manakala jelas ibu mentuanya, Noriza Su, 41, sewa rumah mereka sudah 11 bulan tertunggak disebabkan tidak mampu walaupun kediaman itu hanya disewakan pada kadar RM150 sebulan.
Noriza yang menghidap kencing manis kronik dan buah pinggang tahap empat berkata, mereka kini hanya menunggu masa sahaja untuk dihalau pemilik rumah dan pada masa sama, berdoa supaya ada pihak tampil membantu.
“Saya kerap dimasukkan ke wad kerana pelbagai penyakit termasuk anemia dan dalam keadaan sukar begini, tidak tahu apa yang harus dilakukan terutama apabila mengenangkan cucu yang masih kecil serta dua anak yang bersekolah,” katanya.
Empat jari kaki Noriza juga sudah dipotong akibat kencing manis.
Mingguan Wanita : Semoga kesusahan keluarga mendapat perhatian pihak berwajib. Tinggal dalam bangsal sebegitu pastinya tidak selesa apa lagi buat anak yang masih kecil.
Ibu terkejut anak maut kemalangan – “Malam tadi hantar Fatin naik bas, pagi ini dapat berita dia dah tak ada.” “Baru malam tadi kami sekeluarga menghantar anak sulung menaiki bas, namun pagi ini saya dapat berita dia meninggal dunia dalam kemalangan,” kata Fieza iaitu ibu kepada Fatin Nasrin Fadli, 22, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Lebuhraya Timur Barat berdekatan Tasik Banding, Perak pada jam 1 pagi tadi.
Ibu Terkejut Anak Maut Kemalangan – “Malam Tadi Hantar Fatin Naik Bas, Pagi Ini Dapat Berita Dia Dah Tak Ada”
Kemalangan tragis itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza, mengakibatkan 15 nyawa pelajar melayang manakala tujuh lagi mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik.
Menurut Fieza, keluarganya hanya mengetahui tentang kemalangan tersebut kira-kira jam 6 pagi selepas terbaca maklumat mengenainya di Facebook.
“Waktu itu saya cuma tahu anak terlibat dalam kemalangan, tapi saya tidak pasti keadaannya, sama ada cedera atau telah tiada. Kami terus bertolak dari Jertih, dan dalam perjalanan, pihak hospital menghubungi memberitahu anak saya telah meninggal dunia,” katanya sebak.
Fieza memaklumkan, setakat jam 10.50 pagi, beliau masih berada di Tanah Merah, Kelantan akibat kesesakan jalan raya dan tidak pasti berapa lama lagi akan tiba di Hospital Gerik.
“Allahuakbar… sedih sangat sebab dia baru balik beraya dan malam tadi, kami menghantarnya dengan gembira kerana sepatutnya anak ada kelas hari ini,” katanya.
“Kami masih terkejut. Arwah anak sulung daripada lima beradik dan sepanjang berada di rumah untuk sambutan Hari Raya, dia nampak sangat ceria,” katanya lagi.
Dalam kejadian tragis itu, kesemua 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbalik di Jalan Jeli – Gerik, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.
Lemak yang terdapat dalam aliran darah atau sel badan ini diperlukan dalam pembentukan dinding sel ini dipanggil kolesterol. Jika jumlahnya tinggi, ini boleh mengakibatkan penyakit. Jangan kata orang gemuk saja yang ada kolesterol, orang bertubuh kurus pun boleh dikesan berkolesterol tinggi jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul.
Sebab itulah, anda tidak digalakkan mengambil makanan yang tinggi kolesterol ‘jahat’ ini antaranya makanan bergoreng, lemak daging mahupun kulit haiwan.
Ada cara nak turunkan kolesterol dalam badan dengan kadar yang cepat. Caranya, rawat kolesterol ‘jahat’ dalam badan dengan 4 jenis tumbuhan liar ini.
Pokok Letup-letup
Sekarang ini, sudah ada individu yang ada kesedaran dan mula menanamnya di rumah mereka. Tumbuhan jenis menjalar ini juga tidak sukar untuk ditanam di dalam pasu baik tanah.
Ikhtiar perawatan yang anda boleh usahakan adalah memakan daunnya dua helai sekali makan dan tiga kali sehari.
Hempedu Bumi
Percayalah pokok ini boleh mengelakkan pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah berbanding minyak ikan omega 3. Sebab itu ia sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi.
Anda cuma perlu mengambil beberapa helai daun, masukkan dalam bekas minuman dan tuangkan air panas. Tutup dan tunggu sehingga boleh diminum. Rasanya memang pahit, namun berkesan untuk menurunkan tekanan darah.
Daun Salam
Dalam perubatan herba, ia digunakan untuk ikhtiar perawatan penyakit kencing manis, cirit-biri dan darah tinggi.
Caranya, 20 helai daun salam direbus dengan tiga gelas air sehingga menjadi satu gelas. Airnya diminum dua kali sehari, pagi dan malam.
Kajian dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan. Nak dapat cendawan yang betul-betul elok bukan senang ya, sebab kita pun tak kenal jenis yang sesuai untuk dijadikan ubat.
Tetapi ada 15 jenis cendawan liar dari serata dunia dengan Beta-Glukan sebagai bahan aktif digabungkan dalam satu bentuk makanan kesihatan dinamakan yLifeXtra.
Haaa… secara tak langsung produk ini memudahkan anda dalam mencari remedi merawat kadar kolesterol tinggi yang anda hadapi.
Bonusnya, makanan kesihatan ini bukan saja boleh merawat kadar kolesterol anda, tapi siap membantu mengatasi masalah kulit yang kronik, anda yang ada masalah tidur pun boleh cuba! Begitu juga kalau anda jenis susah nak fokus, in shaa Allah produk ini adalah pilihan tepat untuk anda.
Alahan ibu hamil ini macam-macam, ada yang jadi cantik, tak kurang yang mengubah wajah asal ibu. Samalah halnya dengan Amma Malik ini. Dua kali hamil, dua kali jugalah wajahnya berubah rupa. Dari secomel-comel isteri, muka jadi hitam, kembang malah bersuara garau.
Kongsinya, dia mengambil masa 6 bulan selepas melahirkan untuk dapatkan kembali bentuk asal. Tapi tidaklah sepenuhnya. Katanya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.
Begitulah hebatnya seorang ibu, walau diuji dengan perubahan hormon semasa hamil hingga mengubah wajah asal, kadangkala alami morning sickness yang teruk, ibu tetap lalui fasa kehamilan dengan cekal.
Ini cerita alahan Amma,
Orang Yang Sama, Tudung Yang Sama
Bukan rosak sebab produk mercury. Dan bukan kembali ke wajah azali. Bukan sebab tak makeup.
“Bila lagi nak rasa jadi hodoh”
“Hidung buh silicon”
Ni alahan time pregnant!
Yang komen hina-hina Amma, Amma maafkan dan harap hampa, bini hampa tak jadi lah macam Amma.
Kenapa lama menghilang jarang muncul di fb ig? sebab down sangat. Yang alami ja memahami. Sekarabg pun tak berubah habis lagi. Tapi alhamdulillah la bentuk hidung dah kembali ke bentuk asal.
Kulit ja tak berapa nak ok lagi dan masih “berisi” 49kg. Dan dengan bantuan makeup jugak la buat rasa diri ada keyakinan sikit nak selfie up kat fb.
Akuinya, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi baik positif mahupun negatif daripada netizen. Niatnya yang cuma mahu berkongsi gambar alahan semasa hamil rupanya mendapat pelbagai tafsiran daripada masyarakat.
“Ramai ja orang di luar sana senasib macam Amma. Tapi tak update buat posting macam Amma, malu nak tonjol wajah ‘berubah’ depa.
Sebab rata-rata komen yang Amma baca, semua pakat share balik previous pregnancy depa. Cuma cakap takda gambar sebab rasa malu, rasa sedih nak ambil gambar waktu muka ‘berubah dan macam Amma cakap, yang mengalami sahaja faham macam mana perasaan kami waktu perubahan, penerimaan suami dan orang sekeliling.
Paling penting, cara nak kawal emosi kami ibu-ibu yang senasib ni. Memang sedih dan sangat down. Malu nak tampil depan orang ramai dengan wajah macam tu.”
Dua Kali Hamil, Dua Kali Alahan Muka Jadi Hitam
Amma akur yang perubahan wajah disebabkan alahan itu tak kekal lama. Macam dirinya, cuma sepanjang kehamilan saja. Malah, dia ambil masa paling kurang 6 bulan untuk dapatkan bentuk wajah asal.
“Macam Amma, dah dua kali ‘berubah’. Memang tak dinafikan susah untuk berubah ke bentuk dan warna kulit asal kalau tanpa sebarang supplemen atau produk skincare.
Sekarang memang kulit Amma belum pulih elok macam sebelum. Muka masih ada saki baki breakout. Dan berat badan asal (masih belum turun sepenuhnya).”
Suami Tetap Puji Cantik
Pemilik nama sebenar, Nurul Asma Abd Malik, 25 ini juga mengakui sepanjang melalui fasa alahan kehamilan penuh menduga itu suaminya selalu memujinya cantik. Terutama ketika hatinya sedih dan mengadu kulit muka berubah hitam, tumbuh biji-biji dan mulut serta hidung mengembang
“Kata perangsang suami itulah yang menguatkan semangat saya untuk melalui fasa alahan.”
MW :Isteri hamil yang alami alahan mahupun morning sickness yang teruk akan jadi lebih tenang jika suami sentiasa ada di sisi dan terus memberi sokongan.
Sumber/Foto : Amma Malik, Harian Metro*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Amma Malik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...