enggan bayar sewa

Tragedi menyayat hati ini gara-gara penyewa yang enggan bayar sewa. Ragam penyewa, ada yang pembersih hingga rumah berhias cantik, ada yang pengotor sampai rumah jadi lubuk sampah. Ini kisah penyewa kejam yang bertindak menyimbah asid ke tubuh anak-anak pemilik rumah sewa sehingga ia menjadi kes jenayah dan tindakan mahkamah telah diambil.

Penyewa Enggan Bayar Sewa, Anak Tuan Rumah Pula Yang Disimbah Asid

Ketika itu, Khairul Izzat dan dua orang adiknya, Hasbullah Mohsin dan Ahmad Humaidi menjadi mangsa. Turut tercedera ialah Lukman Hakim dan Mohd Sufri.

Khairul Izzat ditahan selama 13 hari di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan.

Cerita ibunya, Salmah Salleh, 53, dia menyewakan sebuah rumah sewa bulanan RM200 kepada seorang penyewa yang hanya mahu disebut sebagai Pak Mat.

Saya meminta duit sewa dengan cara baik. Bulan-bulan pertama, dia membayar dengan baik tetapi selepas itu mulai bertangguh-tangguh. Dalam setahun dia duduk rumah sewa saya, cuma RM600 bersamaan tiga bulan sewaan sahaja yang dibayar.

Mulanya kami masih boleh bersabar, cakap pun baik-baik, namun permintaan kami tidak diendahkan.  Akhirnya kami terpaksa mengambil tindakan lebih tegas dengan meminta bantuan pihak lain. Pada hari kejadian iaitu, 25 Julai 2015, selepas solat Asar, saya meminta bantuan Pak Imam Masjid, Tok Siak, Tok  Bilal dan JKKK untuk berbincang secara baik dengan penyewa tersebut.

Ketika kami sampai, penyewa baru keluar rumah. Melihat saya datang dengan beberapa orang lain, isterinya salah faham. Katanya saya bawa rombongan nak mencari gaduh sedangkan kami datang untuk berbincang dengan cara baik, sebab itu saya bawa orang masjid.a

Kami menanti di rumah tetapi hingga ke petang Pak Mat tidak balik ke rumah. Bila hari menjelang Maghrib, Pak Iman, Pak Bilal dan Tok Siak terpaksa minta diri kerana mahu ke masjid semula, sementara anak-anak lelaki saya dan sepupunya terus menanti di batas bendang berdekatan rumah sewa kami itu.” Ujar Salmah yang ditemui di kediamannya di Kampung Bary, Alor Setar, Kedah.

IKLAN

Bila dirasakan Pak Mat takkan pulang, dia pun balik ke rumah mengikut rombongan JKKK itu. Nak dijadikan cerita, sampai di tengah jalan, terserempak pula dengan Pak Mat. Cepat-cepat mereka berpatah balik sebab nak selesaikan kes sewaan rumah tertunggak petang itu juga.

Belum pun sempat saya sampai di pintu rumah, saya dengar anak saudara, Lokman Hakim menjerit jangan dekat dengan mereka sebab di tangan Pak Mat ada sebiji botol. Anak-anak juga sedang menjerit kepanasan.

Rupanya mereka telah disimbah asid oleh Pak Mat. Paling teruk terkena simbahan itu adalah Khairul Izzat, begitu juga Hasbullah yang hampir buta matanya dan ada yang tercedera di telinga, tangan dan beberapa bahagian tubuh yang lain.

Dalam keadaan kelam kabut itu, saya nampak anak-anak saya terjun terjun ke dalam sungai berdekatan. Mereka seakan menggelupur kepanasan. Mereka menjerit meminta agar saya tidak mendekati Pak Mat yang seakan-akan berada dalam keadaan luar sedar itu.”

IKLAN

Ekoran kejadian itu, Salmah segera membuat laporan polis.

Polis Ke Rumah Pak Mat

Tak lama kemudian, polis terus ke rumah Pak Mat dan lelaki itu telah ditahan untuk siatan atas tuduhan telah mendatangkan kecederaan pada orang awam.

Saya sendiri bertembung dengannya di balai polis dengan tangan bergari. Saya terpaksa menunggu di balai polis untuk soal siasat ekoran laporan tersebut. Sehingga jam 1 pagi baru saya berkesempatan ke Hospital Sultanah Bahiyah  untuk melihat keadaan anak yang terkena simbahan asid itu. Luluh hati saya melihat keadaan Khairul Izzat hanya Allah yang tahu. Mukanya menjadi bengkak dan merah. Pihak hospital meminta saya menandatangani surat dengan segera kerana Khairul Izzat mahu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaannya agak parah.”

Semasa di wad inilah kulit Khairul Izzat mengelupas sedikit demi sedikit. Doktor cadangkan agar pembedahan plastik dilakukan kerana kecederaannya terlalu parah. Tapi kosnya amat tinggi mencecah RM30 ribu.

IKLAN

Sampai hari ini, Salmah masih berusaha dan tidak akan berputus asa mencari dana untuk memulihkan kembali anaknya.

Alhamdulilllah, doa orang teraniaya dimakbulkan Allah, sedikit demi sedikit dengan bantuan krim dan ubat antibiotik diberikan hospital, bengkak di mukanya kembali menyurut dan parut-parut pun nampaknya semakin mengering.”

Lumpur Sungai Jadi Penawar Simbahan Asid

Selain meneruskan rawatan di hospital, Salmah mencuba petua orang lama merawat kesan simbahan asid pada anaknya.

Dia menggunakan lumpur sungai dan air kolah di masjid.

Semasa terjun ke dalam sungai itulah, khairul Izzat dan mangsa lain telah melumurkan lumpur sungai untuk mengelak kulit tertanggal atau luruh akibat lecuran yang terjadi.

Itulah petua digunakan oleh anak saya. Alhamdulillah, matanya terselamat dan kulit mukanya juga tidak luruh.  Kalau tidak ia mungkin menjadi igauan lebih ngeri buat saya sekeluarga.” Akuinya anaknya itu masih trauma dan enggan membuka mulut mengenainya.

Ujar Salmah, mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara 3 bulan kepada penyewanya itu dan kini dia sudah dibebaskan. Ekoran peristiwa pahit itu, penyewa tersebut telah berpindah dari rumah sewaannya pada malam kejadian.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI