
Isi Kandungan
ToggleSetiap hari lambakan kes bayi dibuang merata-rata dengan cara yang cukup menyayat hati.Ada yang dibuang di tong sampah, dibunuh kejam dalam lubang tandas, ditinggalkan dalam semak digigit semut dan binatang liar.
Dilahirkan berpunca akibat terlanjur berzina, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan mangsa mungkin takut, malu, buntu atau tidak tahu tempat untuk dituju ‘membuang’ bayi dengan selamat. Menerusi tempat perlindungan ‘baby hatch’, bayi-bayi ini dapat diselamatkan sekaligus memberi kehidupan lebih baik buat mereka.
Perkongsian thread twitter mengenai ‘Baby hatch’ daripada Muhammad Syafiq Bin Nor Azmi ini mungkin dapat membantu.
1. Boleh bawa bayi tersebut ke Pusat Kebajikan ORPHANCARE yang ada di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
2. Tak perlu jumpa sesiapa, luar garaj rumah ada ‘baby hatch’.
3. Masukkan bayi, PENTING isi nama dan warganegara bayi pada borang yang disediakan.
4. Identiti maklumat dirahsiakan dan bayi selamat.
5. Bayi akan dijaga dan diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang memerlukan.

Senarai ‘baby hatch’ di Malaysia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu ingat, baby hatch ini bukanlah menggalakkan penzinaan. Sebaliknya ia membantu bayi yang tidak berdosa ‘dibuang’ dengan selamat berbanding dibuang merata-rata dengan cukup menyayat hati. Bayi tersebut dapat diselamatkan, diberikan kehidupan kerana ramai pasangan suami isteri yang tiada anak memerlukan mereka.
Sila kongsikan maklumat ini, semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa!
Sumber: Twitter Pika Pika
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Dedah Dipaksa Buat Hubungan Intim, Teman Lelaki Upah Dua Kawan Baik “Buat Kerja”

Isi Kandungan
ToggleGadis dedah dipaksa buat hubungan intim, teman lelaki upah dua kawan baik buat kerja. Kala ini di aplikasi Tik Tok, viral mengenai pendedahan seorang gadis yang dirinya kini mengandung tiga bulan lebih angkara dirogol dua lelaki yang diupah oleh kekasihnya.
Dalam perkongsian @ntsyazzhr di Tik Toknya, gadis ini memuat naik perbualan bersama kekasihnya dikenali sebagai Haziq, menetap di Gombak yang telah memperdayanya konon ibunya mahu bertemu dan mengajak makam malam.
Gadis Dedah Dipaksa Buat Hubungan Intim
Pernah bertemu ibu Haziq sebelum ini, gadis ini mempercayai kekasihnya dan telah pergi ke rumah ibu bapa Haziq sebelum menyedari ibu Haziq tiada di rumah. Yang ada hanyalah Haziq dan dua kawan baiknya yang dikenali sebagai Danello dan Fael dalam rumah tersebut.
Menepis dakwaan pendedahannya adalah content semata-mata kerana dirinya dalam keadaan sedar ketika kejadian rogol itu terjadi, dirinya berkata dia tidak mampu melawan kekuatan tiga orang lelaki selain ditampar semasa kejadian.
Teman Lelaki Upah Dua Kawan Baik “Buat Kerja”
Tiada daya upaya melawan, gadis ini mengakui kejadian malam itu cukup meninggalkan trauma buatnya. Dan dirinya langsung tak menduga, kejadian terkutuk itu dirinya kini mengandung tiga bulan lebih.
Malah dirinya suda pun membuat laporan polis berkaitan rogol ini dan berharap netizen yang tidak berada dalam keadaannya tidak mengeluarkan kenyataan mengguris hati dan mengharap mereka memahami situasi dialaminya.
Dalam pada itu, di akaun Tik Toknya, gadis ini berkata, dirinya tidak mendedahkan gambar Haziq kerana segala bukti sudah diserahkan kepada pihak polis. Malah dua lagi kawan Haziq yang merogolnya, dirinya tidak bukti bergambar kerana dia hanya mengenali Haziq seorang.
Dalam pada mengharungi kehidupan yang membebankan dirinya, dapat dilihat ibu bapa kepada gadis ini amat tabah dan memberikan semangat buat anak gadis mereka. Dalam video dimuat naik, ibu bapanya mahu menemaninya membuat laporan ke balai polis namun kata gadis ini dia sudah melakukannya secara sendirian.
Moga gadis ini diberi kekuatan mengharungi ujian hidup yang maha hebat ini. Dan moga pelaku mendapat balasan atas perbuatan terkutuknya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘Budak 14Tahun DiRogol Penceramah Bebas.” Manusia Jenis Apa, Sanggup Ambil Kesempatan Atas Kanak-Kanak
Budak 5 Tahun Dipercayai Jadi Mangsa Rogol Anak Pengasuh!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
17 Tahun Lepas Kalut Nak Masak Bulan Puasa, Akhirnya Paste Serba Guna Ini Yang Mudahkan Kerjanya Di Dapur

Isi Kandungan
ToggleLebih kurang dua minggu nak masuk bulan puasa, pastinya mak-mak gigih mencari paste serba guna untuk mudahkan masak waktu sahur dan berbuka. Nak-nak lagi, ramai mak zaman sekarang yang keluar bekerja.
Nah, buat dulu paste serba guna yang dikongsikan Puan Pnut Syafinaz untuk simpan dalam peti ya. Apa yang membahagiakan hati, paste ini bukan saja boleh guna buat nasi goreng dengan cepat malahan sesuai juga untuk goreng sayur yang rasanya SEDAP!
Buat Paste Dan Simpan Dalam Peti
Saja nak share benda basic di dapur untuk adik-adik baru jadi isteri dan ibu. 17 tahun lepas mak long jadi emak kelam kabut bila memasak, tambahan bulan puasa, maka kita belajar dari pengalaman. So dah alang-alang nak prepare ni meh nak share moga membantu adik-adik. Suami-suami boleh tag atau share untuk isteri, moga menjadi motivasi rajin memasak kepada isteri.
Paste nasi goreng serba guna mak long..
“Biasanya saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak digoreng.”
Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.
Baik.. senang sangat perencah nasi goreng ni.
Bahan-bahannya:
7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1@2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan.
Ini bahan-bahan diperlukan, nampak tak belacan Tanjung Dawai tu? Sedap ooiihhh.
Bawang-bawang tu memang dah kupas siap-siap stok seminggu punya. So jimat masa dah tak payah kupas-kupas lagi.
Cili tu belah dua, buang bijinya, potong-potong gitu.
Cara-cara Nak Buat Paste
1. Blend semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air. Mak-mak nak tumbuk pun boleh kalau mak-mak rajin.
2. Tumiskan bahan blend, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi yang ini buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Yang bawah tu baki yang lama yang tinggal, ada dalam sesudu je tinggal. Masih beku tu, untuk sahur, keluarkan letak kat peti bahagian bawah siap-siap kang tumis balik, pecah telur je. Yang bekas sebelah dia siap menjadi pewaris generasi perencah sebelum ini yang dah pupus.
Tip Susun Bahan Dalam Blender
Haa… bukan sebarang paste ni, nak kisar pun kena ada caranya. Bawah sekali mak-mak boleh letak belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah haiwan-haiwan yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa.
Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi tu dah siap-siap masak sebelum tidur.
Kalau ikutkan pengalaman masak wanita ini, dia selalu guna buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, dia basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia.

Apa yang bagus, paste ini dah tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti sebab dah secukup rasa.
Guna Paste Untuk Goreng Sayur
Dan kegunaan lain perencah ni, wanita ini selalu guna untuk goreng sayur macam kelisa (botol/botor) entah banyak nama sangat. Atau anda juga boleh guna buat goreng kacang panjang, kacang buncis malah terung (kalau terung, goreng kejap terung tu).
Jadi ini caranya masak sayur kacang kurang dari 3 minit. Okay, kalau mak-mak nak masak pagi-pagi, waktu malam dah kena siap potong sayurnya ya. Nak masak petang balik kerja pun cuma 3 minit siap!
Lawan sayur ni, saya buat kari ayam, kari tu pun guna paste saya siap tumis rempah kari sampai garing, siap garam, nak guna cuma panaskan balik paste, masuk santan, masuk air, kentang dan ayam.
Serius, kalau guna cara ni 30 minit kat dapur pun siap masak dua menu tapi dengan syarat, weekend spend masa prepare bahan paste untuk frozen.
Lepas ini, tak adalah istilah tak sempat masak walau waktu sahur dah nak habis! Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut 5 Syarat Ni, Kalau Nak Gambar Cantik Waktu Jelajah Pantai Persis Cermin Di Kuala Selangor

Isi Kandungan
ToggleTengok gambar 5 sekeluarga ini buat mak-mak pun rasa teruja nak ada foto simpanan yang seumpama sama kan? Sebenarnya tak susah pun nak dapatkan gambar keluarga yang cantik macam ini. Syaratnya ikut tip yang dikongsikan ini.
Ketika cuti Tahun Baru Cina, Dina Syukrah Zakaria, suami dan anak-anak decide bercuit ke Pantai Persis Cermin, Sky Mirror Pantai Sasaran di Kuala Selangor.
Menariknya, Puan Dina kongsikan panduan berguna untuk mak ayah yang plan nak bawa anak-anak ke sana.
“Cuti Chinese New year tahun ni teringin nak pergi holiday bawa anak-anak. Memandangkan semua tempat full dan traffic jam sana sini, saya google tempat-tempat best sekitar Selangor.
“Bila nampak Sky Mirror Sasaran, hanya terletak di Kuala Selangor, 40 minit drive jer dari rumah di Saujana Utama Sg. Buloh, terus google detail pasal tempat ni.
3 Sebab Buat Teruja Nak Pergi
1. Nampak gambar-gambar yang cantik-cantik seolah-olah dalam studio atau kanvas putih yang sangat cantik.
2. Jadi teruja nak pergi. Terus contact Mr Dyven, dari Sky Mirror Travel & Tour Sdn Bhd untuk book tempat.
3. Dia kata next date available is 17hb, means keesokan hari. Kalau tak, lepas tu 20hb onwards pula available. Cepat-cepat bayar untuk booking slot yang 17hb punya.
Cara Nak Dapatkan Gambar Cantik Lepas Booking Slot Di Sky Mirror
1. Nak Selamat Stay Di Hotel Terdekat
Kami stay 2 malam kat sana. Malam sebelum bertolak ke Sky Mirror dan malam selepas sebab dengan anak-anak.
Memang takut terlambat sampai ke jetty, so to be safe kami stay kat hotel VI boutique.
Terletak dalam 3 minit perjalanan menaiki kereta ke jetty Sky Mirror harga RM142/nite untuk standard king bed room.
Paling best hotel ni ada swimming pool. “Sukalah anak-anak boleh mandi-manda skali kat situ.
Kami ambil 2 malam sebab next day pergi Bukit Melawati pula jalan-jalan tengok monkey.
2. Kena Tahu Harga Pakej Dan Apa Yang Ditawarkan
Okay berbalik kepada cerita Sky Mirror. Harga tiket adalah per pax:
RM80 untuk dewasa
RM60 untuk kanak-kanak
Dan ada additional 20% discount untuk OKU child.
Total saya bayar untuk pakej ni RM328.
Pakej termasuk semua perjalanan pergi balik naik bot dan semua gambar-gambar cantik yang ada kat sana.
Team Sky Mirror Travel & Tour yang akan ambilkan. And they give you all photos in softcopy without any additional charges.
Semua props yang ada pun mereka bawa eskali. Paling best they are so professional siap posing apa pun mereka suggest sebab tengah-tengah tanah lapang kadang kita kekeringan idea.
3. Pastikan Pukul 8 Pagi Dah Ada Dekat Jeti, Ini Sebabnya..
Kena ingat juga tak boleh berlama-lama kat sana nanti pukul 1 tengahari air akan pasang semula dan semua kena balik ke jeti tepat pada masa.
Okay, sedikit fakta tentang Sky Mirror. Tempat ni hanya akan jadi satu padang hamparan yang sangat luas pada satu-satu waktu tertentu, iaitu pada masa air surut.
So kalau nak pergi make sure pagi-pagi pukul 8 dah tunggu dekat jeti.
4. Anda Akan Naik Bot Laju.. Get Ready!
Perjalanan akan ambil masa 45 minit menaiki bot laju untuk sampai ke Sky Mirror. Kita ada masa lebih kurang sejam lebih untuk ambil gambar kat sana. Nanti nak balik naik bot ambil masa lagi 45 minit.
Waktu kat sana, memang sangat kagum dengan ciptaan Allah. Terasa tenang tengok hamparan luas saujana mata memandang.
Dikatakan hanya ada 3 Sky Mirror di dunia, 1 di Bolivia, South America, 1 juga di luar negara dan satu lagi ada di bumi kita Malaysia.
5. Waktu Atas Bot Laju Simpan Phone Ya, Atau Guna Cara Ini
Sepanjang naik bot, kalau bernasib baik boleh tengok kapal kargo besar sebab laluan dekat Sky Mirror tu pun adalah laluan kapal antarabangsa.
Boleh tahan gelodak air laut bila kapal baru lepas lalu. Memang thrill juga la waktu nak redah gelombang tu, tapi alhamdulillah tekong bot pun memang sangat pro mengemudi bot.
Waktu balik boleh nampak nelayan tempatan kutip kerang sepanjang sungai. Boleh nampak burung-burung udan terbang di atas lautan luas mencari rezeki.
Tapi tak sempat snap pic burung atau nelayan sebab waktu bot tengah laju, kami dinasihatkan simpan phone takut tercampak ke laut.
- advisable kalau korang nak pergi, prepare waterproof casing so boleh sangkut kat leher, kalau terlepas selamat sikit.
Bila sampai semula ke jetty, memang sangat puas sebab dapat pengalaman baru.

Explore Pula Kelip-kelip Waktu Malam
Sebelum ni selalu jalan-jalan stay saja dekat hotel tapi this time explore something new.
Malam pula kami naik bot tengok firefly. Yang ni tak termasuk dalam pakej tadi.
Untuk firefly price dia:
RM15 dewasa
RM10 kanak-kanak.
First time dalam hidup tengok firefly yang sangat banyak dekat habitat dia sendiri.
Berkelipan pada pokok-pokok dan jumlahnya sangat banyak. Macam dalam cerita Upin Ipin tu. Saya rasa kali terakhir saya tengok kelip-kelip masa kecil dulu zaman sekolah rendah.
Cuma gambar untuk kelip-kelip pula tak ada sebab kami dinasihatkan agar tak guna flash dan tak boleh bising.
Jadi hanya mampu share pengalaman tanpa ada gambar.
Untuk Yang Ada Anak Kecil Tak Digalakkan, Melainkan..
Tapi pengalaman naik bot waktu malam, memang agak menakutkan. Waktu tengah-tengah menyusuri sungai untuk tengok kelip-kelip, gelombang air sungai buat kami kecut perut juga.
Kalau orang ajak pergi tengok lagi sekali sumpah tak nak pergi lagi. Haha.
Untuk yang ada anak-anak memang saya tak galakkan Tapi untuk yang sukakan cabaran boleh lah cuba.
Sewaktu menyusuri sungai tu juga, ada satu tempat kita boleh nampak burung-burung udan/burung putih tido pada pokok. Memang penuh pokok tu dengan burung-burung.
Sayangnya tak boleh nak snap gambar. Tapi pengalaman meredah kegelapan malam untuk mengagumi ciptaanNya saya kira satu pengalaman berharga.
Kalau rasa sharing ni membantu dan baik boleh share supaya orang lain pun boleh ke sana. Seriously memang berbaloi lagipun masih ramai yang belum tahu kewujudan tempat ni.
Sumber/Foto/Video : Dina Syukrah Zakaria
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI