Sibuknya mak ayah mencari rezeki, janganlah sampai mengabaikan keperluan rohani anak-anak. Jika ‘lapar’ rohani anak, bagaimana nanti anak-anak mahu melengkapkan keperluan lainnya.
Mungkinlah anak cemerlang dalam pelajaran. Selalu dapat A, malah itu yang ibu ayah banggakan. Namun, gagal menunaikan tanggungjawabnya dalam kewajiban memenuhi rukun Islam mahupun iman. Walhal sudah pun melepasi akil baligh usianya.
Perkara sebegini usahlah ibu ayah abaikan. Terkesan dengan perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff tentang hal ini.
Sibuk Kerja, Jangan Sampai Terabaikan Keperluan Rohani Anak-anak
Kongsinya,
Ibu ayah yang melorong anaknya ke neraka
Ads
1. Fal’iyazubillahi min zalik…Minta Allah jauhkan kita semua daripada perbuatan ini. Terkesan dengan ceramah ustaz Abdul Muien. Ramai ibu ayah zaman sekarang yang membunuh agama dan akidah anaknya. Terlalu sibuk mencari rezeki sehingga keperluan rohani anak diabaikan.
2. Anak-anak dipisahkan antara dunia dan akhirat. Perkara dunia didahulukan, akhirat pula nanti dulu. Anak tak solat, tak puasa, tak pandai ngaji takpe yang penting setiap kali periksa sangkut A.
3. Banyak jiwa yang berduka, menangis kelaparan rohaninya. Datang sekolah, kawan saya kata ( Cikgu Sekolah menegah) hampir 90% murid kelasnya mengaku tak solat. Bukan kerana tak pandai tetapi tidak ada pembudayaan dan penekanan dari ibu ayah.. Allahu.
4. Membunuh agama dan akidah anak-anak seolah sedang melorongkan mereka ke neraka Allah. Sesibuk mana ibu ayah dengan urusan kerja jangan pernah abaikan amanah yang Allah pertanggungkan. Rezeki Allah yang beri, oleh itu jangan berkerja sehingga membelangi pemilik rezeki. Ingatkah kita… Harta yang menjadi talian hayat ketika ibu ayah dalam kubur nanti bukan wang ringgit, rumah mewah, kenderaan besar, tanah berekar tapi anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.
5. Lazimi membaca ayat 40 hingga 41 surah Ibrahim. Moga kita diringankan untuk melaksanakan solat, begitu juga zuriat dan keturunan kita. Moga Allah juga ringankan lidah kita menyebut KalamNya.
Mingguan Wanita : Bekerja itu penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tapi berpada-padalah agar tidak mengabaikan perkara wajib yang perlu diutamakan.
Mendirikan rumahtangga satu ikatan yang suci dan mengikut sunnah Nabi. Dalam mencari jodoh dan calon isteri, lelaki dinasihatkan agar mempertimbangkan empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agama. Sebagaimana dalam hadis sahih riwayat Al Bukhari ini.
“Wanita dinikahi kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Namun demikian, dalam pencarian mencari calon isteri juga, Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) juga ada berpesan bahawa ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: “Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. AL-ANNANAH :
Al Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial.
Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi Di samping itu si lelaki juga akan mengalami tekanan perasaan. Selain itu ia juga boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mentua atau sahabat.
2. AL-MANANAH :
Wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada si lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat dan ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika si suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada si isteri.
3. AL-HANANAH :
Wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami. Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Dan jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya. Namun yang paling teruk adalah jika si wanita pernah mempunyai teman lelaki dan si wanita membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan
4. AL-HADDAQAH :
Al Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan suka meminta ataupun memaksa si lelaki/suami untuk membelikannya.
Jika jenis-jenis wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan si lelaki. Walaupun si wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika si lelaki/suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai lelaki atau suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak si isteri yang berlebih – lebihan.
5. AL-BARRAQAH :
Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari. Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi .Perkara ini adalah lebih teruk jika si wanita berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai.
6. AL-SYADDAQAH :
Perempuan yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran bukanlah untuk memperbaiki atau pun bermanfaat tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.
Terdapat perkara yang boleh ditegur apatah lagi jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa menegur tanpa unsur periksa. Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya si suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.
Mingguan Wanita : Semoga pesanan daripada Imam Al-Ghazali ini dijadikan panduan dalam memilih wanita untuk dijadikan isteri. Sama-samalah kita menjauhi sikap buruk dalam golongan wanita yang dinyatakan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Bangun sahur sememangnya mempunyai banyak keberkatannya. Bangunlah bersahur bagi orang yang berpuasa walaupun meminum seteguk air mahupun memakan sebiji kurma.Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, antara kelebihannya ia dapat menjemput doa daripada para malaikat.
Baca perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia ini mengenai keberkatan sahur.
Apakah Maksud Keberkatan Sahur?
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
1. Rasulullah sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (HR al-Bukhari)
2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah menyifakan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiqi al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek.
Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:
“(Sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.
3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jatidiri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya:
إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (HR al-Nasa’i)
4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
5. Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya banyak kelebihan apabila kita bersahur ada keberkatan yang diberikan oleh Allah sepanjang waktu tempoh kita berpuasa.
Begini tip Alif Satar latih anak berpuasa rupanya.
Tak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan mukjizat dan penawar bagi apa juga masalah mahupun penyakit. Yang penting kena yakin dalam mengamalkannya. Disamping mendapatkan rawatan moden di hospital dan berjumpa doktor, sebaiknya amalkan juga potongan ayat tertentu sebagai salah satu ikhtiar bersama untuk sembuh.
Banyak kelebihan bila amalkan Surah Al Fatihah setiap hari. Antaranya amalan ayat kelima potongan Surah Al Fatihah yang dikongsikan oleh Puan Mas’z Lyna sebagai rujukan ketika sakit.
Berikut perkongsian tersebut;
Suatu ilmu yang sepatutnya saya sebarkan. Bila kita/anak/pasangan/ ibu ayah/ sahabat tak sihat. Apa yang perlu kita amalkan.
Sebagai contoh pasangan kita tak sihat;
1.Ambil tangan kanan pasangan. Letak dekat dada kiri (tempat jantung)
2.Kita baca dan mintak pasangan ikut. Baca Surah Al Fatihah sampai “Iyyakanakbudu waiyyakanastain” 7x
3. Pada Ayat ke5 niatkan dalam hati mintak diringankan kesakitan, mintak disembuhkan segala penyakit, mintak di kurniakan kekuatan untuk beribadah).
4. Selepas itu, habiskan sampai “waladthollin” Amin.
Waktu Amalkan
Kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat.
Yakinlah dengan ayat ni.InsyaAllah, sama ada pesakit akan muntah keluarkan segala penyakit atau pun sembuh secara perlahan-lahan.
Saya mendapat kiriman ilmu ini dari seorang hamba Allah yang berhati mulia ketika saya menjaga arwah ibu kesayangn saya Rosmah binti Amir 7 bulan yang lepas dan saya amalkan hingga ke hari ini.
Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan & serta di amalkan pada yang memerlukan. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan setiap hari, semoga menjadi salah satu ikhtiar asbab penyembuhan segala penyakit. Namun jangan lupa dapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...