TOP

Tepung Bunga atau juga dipanggil Kuih Bunga, antara kuih manisan asli Terengganu yang makin sukar ditemui hari ini. Kuih ini terkenal di kalangan orang dulu-dulu di Terengganu.

Rasanya ramai di kalangan generasi muda asli Terengganu hari ini yang mungkin dah tak kenal kuih ini. Mungkin ada yang tak pernah makan pun kan? Maka, tiba saatnya untuk kembali memperkenalkannya kepada generasi baru hari ini.

Tepung Bunga Imbau Kenangan

Bila menikmati kuih manis ini, mengimbau kembali zaman kecil-kecil. Sepatutnya kuih tradisi orang lama seperti inilah yang perlu dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman. Betul tak?

Bagi yang bukan berasal dari Terengganu, kuih ini sebenarnya sedap kerana ada rasa lemak dan manis serta aroma wangi telur yang menyeliputinya.

Tepung Bunga ini sangat mudah untuk dibuat dan cara penyediaannya juga ringkas saja. Bagi yang ingin mencuba, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Lailatul Aishah https://www.facebook.com/lainatul.aisyah yang memang anak jati Terengganu.

IKLAN

Jom Semak Apa Resipi Tepung Bunga Ini!

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
3/4 air biasa
1 biji telur untuk di salut sebelum goreng
Gula kasar secukupnya

Cara Membuat:

IKLAN

Tepung Bunga Kuih Tradisi Orang Terengganu, Guna Tiga Bahan Saja!Dalam satu mangkuk, satukan tepung pulut bersama air dan adun hingga menjadi doh. Jika keras, boleh tambah air dan jika lembik, boleh tambah tepung.

Setelah itu, bulat-bulatkan doh kecil-kecil sebesar duit 50 sen. Leperkan. Ia umpama membuat kuih Puteri Mandi. Ulangi langkah hingga selesai. Pecahkan telur dalam satu mangkuk lain. Dalam masa yang sama, panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali. Celup doh kecil tadi ke dalam adunan telur dan kemudian goreng dalam minyak yang panas.

IKLAN

Tunggu garing dan kuih merekah. Hati-hati kerana kuih ini biasanya akan ‘meletup’. Angkat dan toskan.


Tepung Bunga Kuih Tradisi Orang Terengganu, Guna Tiga Bahan Saja!Bila sejuk, golek-golek dan gaul ia ke dalam gula. Siap untuk dinikmati. Sedap!

Resipi mudah sangat…Selamat mencuba.

https://www.mingguanwanita.my/kuih-lipat-terengganu-mudah-buat-dijamin-sedap/

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI