“Tengok-Tengok Je Dah Berbuah” Tanam POKOK BENDI Sesuai Untuk ‘Beginner’ Senang Jaga! Mudah je rupanya nak tanam pokok bendi sendiri di rumah. Bagi mak-mak yang baru nak belajar bercucuk tanam elok tanam pokok bendi ni. Mudah dapat hasilnya nanti, pokoknya tak cerewet ditanam. Boleh jimat belanja dapur.
Boleh jadikan perkongsian daripada Puan Dyra Raisahini sebagai panduan;
POKOK BENDI KESAYANGAN SAYA SEKARANG.
Tips nak tanam bendi daripada pengalaman saya :
1. Pokok bendi tak cerewet sangat sebenarnya. Yang penting kena pastikan siram selalu sabab jika panas, daun pokok ni mudah layu juga. Tapi kalau layu no problem, siram je air pastu mesti segar balik daun dia.
Saya pernah juga tak siram sehari…hujan pun tak. Hari kedua/ketiga baru siram (lupa sebab busy kerja dalam rumah), tak pernahlah lagi mati setakat ni.
2. Perlu juga baja sekali-sekala supaya berbuah. Kadang-kadang saya baja 2 minggu sekali, kadang-kadang kalau dah tak berbuah baru teringat nak baja.
3. Racun serangga saya tak pernah sembur lagi sebab pokok bendi saya ni setakat ni Alhamdulillah macam tiada serangan haiwan perosak.
Ads
4. Jika pokok dah meninggi sampai dah tak boleh petik buah, potong pucuk paling atas pastu tanam dalam pasu/tanah. Dapat 1 lagi pokok baru. Tapi pokok baru ni renek, buah dia pun comel sikit .
5. Daun bahagian bawah yang dah buruk tu kena buang, nanti tumbuh cabang (batang baru) lagi meriah buah.
Ads
6. Pokok-pokok saya ni pun dah berusia hampir setahun dan dah tak terhitung berapa biji dia berbuah. Hampir setiap hari ada buah sebab saya ada 7 pokok.
7. Pokok ni sesuai untuk beginner dan orang yang busy sebab senang jaga, senang juga berbuah. Tengok-tengok je dah berbuah kan best! Yang tak nak tanam pokok buah tu bolehlah tanam pokok bendi ni.
Ads
Semoga bermanfaat. Happy pulak dapat jadi cikgu kebun..hihi
Mingguan Wanita:Mudah nak tanam bendi rupanya. Sesuai untuk ‘beginner’ yang nak bercucuk tanam kali pertama.Senang jaga, banyak pula berbuah mengeluarkan hasil.
Kalau bercakap pasal kurus, sampai esok pagi pun wanita sanggup berjaga. Ramai yang mencari formula nak kurus terutama bagi mak-mak yang lepas bersalin. Dek kerana keghairahan nak kurus, ramai yang terjebak dengan produk pelangsingan. Duit habis beribu tapi badan tak juga kurus.
Daripada dok buang duit guna produk kurus yang belum tentu selamat dan berkesan, lebih baik kita cuba diet yang tengah viral sekarang. Cuba betul-betul diet telur rebus ni, confirm kurus tau. Ramai dah yang cuba dan akui keberkesanan diet telur rebus. Minggu ini Mingguan Wanita kongsi menu diet seminggu telur rebus. Jom cuba!
Isnin
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh
Makan Malam: Salad & ayam masak stim
Selasa
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: salad & ayam panggang
Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau
Rabu
Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup
Khamis
Sarapan-Buah-buahan &2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam
Jumaat
Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus
Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus
Malam: Ikan bakar & salad/ ulam
Sarapan-Buah & 2 biji telur
Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur
Malam: Sup sayur
Khasiat Telur Rebus
1-Sumber protein dan serat yang sihat, ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
2-Membantu meningkatkan metabolisme tubuh
3-Dikatakan dapat membantu membakar lemak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bercucuk tanam dan berkebun ni kena ada ilmu, penting tahu teknik dan cara yang betul barulah tanaman itu menjadi.Mungkin ramai yang tak tahu, rupanya pokok limau kasturi dan apa juga jenis pokok limau boleh disemai menggunakan teknik keratan batang, selain biji benih dan anak pokok.
Bukan apa, Buah Limau Kasturi ni memang selalu digunakan di dapur. Baik nak cuci ikan, masukkan dalam masakan, dibuat air dan macam-macam lagi. Biasanya mak-mak nak guna pun sikit je, jadinya eloklah ditanam dan petik sendiri dekat pokok, elak membazir. Malah lebih jimat dan bebas racun serangga.
Boleh cuba belajar teknik semai keratan batang pokok limau kasturi ini seperti yang dikongsikan oleh Tuan Pyan Sempoy ini;
“Hangpa tau dak selain guna biji benih dan tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan. Mesti ramai yang tak tau kan? Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yang baru.”
Pokok Induk yang sihat dan tengah rancak berbuah.Induk la sangat tanam dalam pasu ja pon..baru 3 bulan lebih dok dalam pasu ni..sebelum tu dok kat polibag 16×16 ja.
Cara saya semai keratan batang Limau Kasturi :
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda dan tidak terlalu tua.
2. Potong dan buang pucuk/daun/duri dan sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun tu.
3. Cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam..padatkan media di sekeliling keratan tak nak bagi bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti.
4. Sungkup menggunakan cawan plastik atau apa-apa. Saya guna cup atas bawah letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar. Siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik.Tujuannya untuk mengurangkan pengewapan tak nak bagi keratan cepat kering lalu mati.
5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil boleh guna teknik ni untuk jenis-jenis limau yang lain..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga.
Taraaaaaaaaaa !!
Ni dia anak pokok yang berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan. Nampak dak ada 2 daun yang dipotong separuh masa semai? masih wujud & sihat daun-daun tu.
Lepas ni nak potong pucuk bagi dia bercabang banyak..ajaq dari kecik baru la nanti pokok jadi rendang macam mak dia bila dah besaq.
Info Ekstra!
Kalau ada hormon penggalak akar boleh guna, lagi cepat dia berakar, kalau takde boleh juga guna bawang merah, tak nak guna apa-apa pon boleh.
Semua jenis pokok limau boleh guna teknik ni tapi ada yang senang ada yang susah. Yang senang termasuk limau kasturi, limau nipis dan lemon.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam dan nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok limau di rumah cuba teknik semai keratan batang yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba, semoga berjaya!
Selain menjaga kebersihan kawasan rumah bagi mengelakkan pembiakan nyamuk, rupanya mak-mak juga boleh menggunakan cara semulajadi dengan menanam beberapa jenis pokok penghalau nyamuk di sekitar rumah.
Memetik perkongsian daripada Public Health Malaysia, terdapat 9 senarai tumbuhan di Malaysia yang boleh berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan agar pihak masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi iaitu sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.
Antaranya adalah penggunaan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam berhampiran kawasan perumahan.
Terdapat beberapa kajian yang mendapati tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain.
Berikut antara pokok-pokok penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan rumah:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak halau nyamuk secara semulajadi tanamlah pokok-pokok yang disenaraikan di atas. Semoga dapat kurangkan nyamuk di kawasan rumah sekaligus mengelakkan penyakit berbahaya seperti denggi.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...