Suami jadilah peneman terbaik buat isteri.

“Tengok isteri menggelupur sakit, bantulah.” Suami sepatutnya jadi peneman bukan penunggu di dalam labour room kala menemani isteri semasa proses kelahiran bayi.

Ternyata kesakitan yang dialami bukan sedikit, malah dia sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat ayah-ayah semua. Kontrasi yang dialami kadang-kadang buat ramai serik untuk mengandung dan bersalin lagi.

Oleh itu, ayah-ayah janganlah mengambil mudah tiap kali temankan isteri dalam labour room, lakukan yang terbaik dan bantu isteri sebaik mungkin mengharungi saat sukar ini.

Ikuti perkongsian jururawat Nur Atikah Shaari ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:

Tengok Isteri Menggelupur Sakit, Bantulah

Dalam ramai-ramai husband yang masuk jadi peneman lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, baru semalam jumpa seorang lelaki atau suami yang berfungsi sebagai peneman.

Masuk bilik tengok isteri bergulung atas katil, dia terus lari pergi dekat isteri. Tenangkan isteri, tanya hendak air ke tak, mahu tukar posisi ke tak, tolong lapkan peluh isteri, baca doa dan juga zikir.

Bila kita ajar urut belakang isteri, dia terus saja buat asalkan dapat bantu kurangkan rasa sakit isteri.

Suami Sepatutnya Jadi Peneman

Sepanjang dia masuk teman, tak nampaklah dia duduk dekat kerusi.
Dia punya risau memang jelas nyata.

Malah dia punya caring tak payah ceritalah. Cakap dengan isteri pun soft saja.

Tak tahulah sebab faktor umur ke apa.
Tapi memang boleh pujilah.

Tak macam orang lain yang pernah masuk bilik bersalin (labour room). Tengok isteri menggelupur, dia jadi batu.

Bila start encourage untuk push, dia tak tengok isteri, tapi sibuk perhatikan orang lain buat kerja.

IKLAN

Bukan Penunggu Labour Room

Yang jenis macam ini, dari masuk sampai isteri bersalin, bontot melekat saja dekat kerusi. Bak kata Kak Zuri (teman sekerja), itu bukan peneman sebaliknya itu penunggu.

Malah yang semalam, bila kita ajar cara untuk push, husband pun encourage sekali.

Siap puji isteri bila dia push cara yang betul.

“Good job, honey,”

“Bagus sayang,”

Artikel Berkaitan:

Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Perempuan Keempat “Baby Keluar Awal Seminggu, Terima Kasih Mendoakan”

IKLAN

MP New Zealand Nak Bersalin, Sempat Kayuh Basikal Ke Hospital!

Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat, Lebih Menyakitkan & Mencabar “Lain Macam Sakitnya”

Bagi Kata-Kata Semangat

Bila nampak kepala baby, dialah yang excited suruh isteri teran kuat lagi, bagi semangat lebih dari kami.

“Puan, teran kuat lagi. Geram lagi puan,”

Tiba-tiba si suami pun sambung,
“Marah lagi yang, macam you marah dekat I,”

Elok je suami cakap macam itu, dua kali teran terus baby keluar. “Tengok Isteri Menggelupur Sakit, Bantulah.” Suami Sepatutnya Jadi Peneman Bukan Penunggu Labour Room

#ceritabilikbersalin

IKLAN

Mingguan Wanita : Rezekilah bagi mak-mak yang dapat suami temankan ketika proses bersalin. Buat ayah-ayah di luar sana, kesempatan yang diberi untuk temankan isteri di bilik bersalin, gunakan sebaiknya, jangan disia-siakan.

Sumber : Nur Atikah Shaari

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI