Kalau sebut, balik ziarah atau jenguk mak ayah di kampung, selalu ada yang berkira-kira. Memikirkan tentang perjalanan yang panjang, jalan jem dan sebagainya. Ini belum lagi berapa lama nak tinggal dan kos lagi.
Ini belum lagi nak mohon cuti panjang. Begitulah, selalu berkira-kira kalau nak balik kampung. Untungnya kalau kampung dekat atau tinggal berhampiran dengan orang tua tak fikir pun, kan.
Tak kisahlah apa pun, janganlah berkira semua ini. Sebagai anak, inilah pengorbanan untuk melihat orang tua selagi mereka masih ada. Dengan cara ini jugalah besar ganjaran buat anak-anak yang utamakan orang tua.
Carilah kesempatan untuk balik kampung. Jngan tunggu hari raya atau cuti panjang baru nak balik. Inilah antara perkongsian daripada Mohd Rusdi Abd Halim tentang pengorbanan seorang anak, tak peru nak berkira, cari ruang dan kesempatan balik untuk jenguk mak ayah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Sibuk Menghitung JASA Pada Mak Ayah Sampai Pertikai Sumbangan Adik Beradik Lain
Mak Ayah Jangan Sesekali BERKIRA Dengan Anak, Rezeki Tak Akan Putus, Layankan Saja!
Info Lebih Menarik DI SINI
Jenguk Mak Ayah Selagi Masih Ada
Semasa balik dari solat subuh, aku singgah di warung membeli sedikit kuih-muih untuk sarapan. Kebetulan terserempak dengan kawan sekampung yang tinggal di Putrajaya manakala orang tua masih di kampung.
Aku menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
Lalu dia berkata, “Walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua,”
“Tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.”!
Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
Subhanallah…
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini. Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa.
Jangan tunggu raya, carilah ruang sekerap mungkin.Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Begitu juga dengan aku tinggal berdekatan dengan rumah emak, akan bertanya jika satu hari aku tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari aku akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor aku, cukuplah.
Lepaskan Kerinduan
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak.
Tetapi
Memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
Aku bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dgn membaca nukilan ini.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidahmu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka..
Hargai selagi mereka masih ada. Jika tidak sesal nanti kepada sebuah kerinduan.
Semoga bermanfaat…
Mingguan Wanita : Seronoknya balik kampung, hilang segala stres dan terus lupa maalah kerja bagai. Tenang sungguh.
Sumber: Mohd Rusdi Abd Halim
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI