Kredit Foto : Sinar Harian

Lapan tahun kumpul duit bersama suami beli kereta, sekelip mata air banjir hanyutkan. Kereta dibeli untuk kegunaan keluarga, namun takdir penentu segala.

Biarpun sedih kerana kereta masih baru, namun keluarga ini redha dan pasrah dengan Ketentuan Ilahi. Allahuakbar.

Ternyata ramai yang terkesan dengan banjir yang berlaku kali ini dan rata-rata merasakan ia bagaikan episod ngeri kerana apa yang berlaku sekelip mata tanpa menyelamatkan apa pun harta benda melainkan nyawa sendiri.

Lapan Tahun Kumpul Duit

Luluh hati seorang wanita apabila kereta yang baru dibeli tiga bulan lalu dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Menurut Nuarjan Sulaiman, 36, lapan tahun dia bersama suami mengumpul duit bagi membeli kereta Perodua Bezza untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia hanya mampu melihat dari atas siling, kereta yang diletak di hadapan rumah dihanyutkan arus banjir pada malam Sabtu.

Bersama Suami Beli Kereta

“Kejadian memang tidak disangka. Tidak pernah kawasan ini banjir, tiba-tiba air sungai melimpah dan naik mendadak, satu barang pun tidak sempat diselamatkan.

“Nak selamatkan kereta dah tak boleh, nyawa yang lebih utama. Kami terpaksa naik hingga siling untuk menyelamatkan diri. Lima jam duduk atas siling sebelum diselamatkan,” katanya lagi.

Di samping itu, jelas Nuarjan, keretanya itu ditemui 100 meter dari lokasi asal bersama timbunan kereta lain yang turut dihanyutkan semasa kejadian itu.

IKLAN

Sekelip Mata Air Hanyutkan

“Kereta saya tersangkut pada pokok, kalau tidak mungkin hanyut lebih jauh. Keadaan kereta rosak teruk, tercabut di bahagian bonet belakang serta cermin sisi.

“Buat masa ini kereta masih belum dialihkan. Kos baik pulih mungkin cecah RM5,000, saya tidak pasti dapat tuntut insurans atau perlu keluar modal sendiri,” katanya.

Perlu Keluarkan Belanja Sendiri

Sementara itu, tambah seorang penduduk di Padang Jawa, Asrul Muhammad, 40, dia perlu bersiap sedia menyediakan hampir RM10,000 untuk baik pulih kerosakan dua kereta miliknya yang ditenggelami banjir.

“Kedua-dua kereta tidak ada insurans bencana. Mungkin nak dijadikan asbab, kereta yang sebelum ini ada perlindungan bencana tidak disambung kerana tiada bajet susulan NCD (no claim discount) tinggi lepas alami kemalangan beberapa bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, hati saya sedikit lega, motosikal yang turut tenggelam banjir tidak mengalami kerosakan teruk dan itulah satu-satunya kenderaan yang boleh digunakan sementara menunggu kereta rosak dibaiki,” katanya.

Katanya, banjir yang melanda Lembah Klang benar-benar menginsafkannya dan menerima dugaan itu dengan reda.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Selamat Pengantin Baru Uyaina & Raja Syahiran, “Banjir Terburuk Dua Hari Sebelum Nikah Cabaran Kepada Kami”

Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK

Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana

Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga semua mangsa banjir tabah berdepan ujian ini dan dikurniakan kekuatan meneruskan hidup di hari mendatang.

Sumber : Sinar Harian

IKLAN

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita