Sumber Foto : Instagram Che Ta

Che Ta dedah Zain & Aaisyah positif Covid-19 bulan lalu, begitulah yang diluahkan oleh pelakon yang juga pemilik nama sebenar Rozita Che Wan.

Dek kerana itu juga sambutan ulang tahun kelapan perkahwinan pasangan ini terganggu. Selain Zain anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana juga turut terpalit sama.

Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu

Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu, “Sejauh Mana Kita Berhati Hati Pun Nak Jadi.. Jadi Juga”

Malah rancangan asal untuk bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.

“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu.  Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.

“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” ungkapnya yang juga akui tidak suka dengan situasi yang berlaku.

Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu, “Sejauh Mana Kita Berhati Hati Pun Nak Jadi.. Jadi Juga”

Tidak Daya Menghalang

Akui Che Ta lagi, segala yang berlaku di luar perancangan dan tidak ada daya menghalang takdir.

“Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.

IKLAN

“Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.

“Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga,” sambung Che Ta.

Ibu & Adik Beradik Che Ta Turut Positif Covid Beberapa Bulan Lalu

Tambahnya lagi ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19  beberapa bulan lalu. Ketika insiden itu suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

“Kesian tengok Aaisyah kena virus ini. Walaupun deria rasa tak hilang, sampai kena paksa dia makan. Kebetulan masa kejadian, mak saya ada di rumahnya di Subang Jaya. Kebiasaannya mak memang banyak berada di Kedah menghabiskan masa di rumahya di sana.

“Kebetulan juga unit rumah mak di sini berdekatan dengan kediaman saya. Jadi saya dan Aaisyah memilih untuk duduk di rumah mak. Suami pula terus kuarantin di bilik di rumah kami sendiri.

“Dua anak lelaki pun memilih menemani suami saya di rumah tetapi buat hal masing masing di bilik,” luah Che Ta lagi.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Che Ta Boleh Tidak Bersolek, Nafi Hanya Terima Watak ‘Control’ Cantik  

Ulang Tahun Ke-48, Che Ta Sambut Kesyukuran Berbentuk Kuliah Dhuha & Jemput Pendakwah

Artikel Menarik : Rezeki Murah, Usia Hampiri 50 Tahun, Che Ta Bukti Masih Relevan Watak Heroin

Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu, “Sejauh Mana Kita Berhati Hati Pun Nak Jadi.. Jadi Juga”

Pejam Celik, 8 Tahun Usia Perkahwinan

Seperti lazim meraikan ulang tahun perkahwinannya kali ini, pasangan suami isteri itu tetap ‘bersanding semula’ dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota. Bercerita tentang usia perkahwinan yang sudah mencecah usia lapan tahun, Che Ta akui masa yang berlalu begitu pantas.

“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.

“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah. Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” luahnya lagi.

IKLAN

Untuk rekod Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI