Makan

Telur Masin Bahagian Kuning Warna Oren, Ini Rahsia Cara Nak Buat

Share

Bagi peminat telur masin, tentu anda paling suka bila bahagian kuning telur berwarna oren bukan? Nampak cantik dan menyelerakan. Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri telur masin dengan menggunakan telur ayam.

Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi. Boleh cuba buat telur masin

seperti yang dikongsikan oleh Are Peace via MAHN ini.

Telur Masin Bahagian Kuning Warna Oren

Bahan-Bahan:

30 biji telur ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tenggelam)

Ini Rahsia Cara Nak Buat

Cara membuat:

  1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.

3. Sejukkan dulu baru masukkan telur.

4. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari.

5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa hendak makan baru rebus.

Tip Ekstra!

Petua hendak bagi telur kuning menjadi warna oren, masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Boleh dalam kabinet dapur.

Sumber: Are Peace via MAHN

Baca artikel berkaitan: Buat Sendiri TELUR MASIN Guna Cuka & Garam, Bersih! Tiada ‘Bedak Hitam’

Buat Sendiri TELUR MASIN Guna Cuka & Garam, Bersih! Tiada ‘Bedak Hitam’

Telur Masin Home Made Guna Telur Ayam. Rasa Pun Lebih Sedap!

IKLAN