teknik lembutkan lampin pakai buang

Lampin pakai buang yang tak selesa akan buat anak kecil berjaga malam. Gunakan teknik perah dan ramas agar si manja tidur lebih lena.

Tidaklah nanti mak ayah terpaksa berjaga malam dan kesudahannya, menjelang pagi hari mata mak ayah pun menjadi ‘beruang panda’. Akibat tak cukup tidur melayan anak yang keresahan sepanjang malam.

Salah satu hal yang buatkan anak berjaga malam apabila lampin pakai buang yang dikenakan tidak selesa dan menyakitkan.

Ini perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang teknik nak jadikan lampin pakai buang yang dipakaikan pada ada anak lebih selesa dan tak menyakitkan. Paling penting, cara ini boleh buat bayi anda tidur lebih lena dan lama. Sebabnya lampin pakai buang sudah menjadi lembut dan tak lagi keras seperti sebelumnya.

teknik lembutkan lampin pakai buang

Kaitan Tidur Lena Dan Lampin Pakai Buang

“Sayang, ni caranya nak bagi baby kita selesa ”

Ni la teknik ‘ramas’ dan ‘perah’ pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi!

IKLAN

Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu!

Tu la kenapa kita ‘perah’ dan ‘ramas’ pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni.

Nota

Apa lagi, tag la pasangan masing-masing. Bab keselesaan baby ni jangan buat main-main. Jangan sampai tidur si comel kita terganggu sebab dengan tidur tu la anak kita berkembang dan membesar dengan lebih sempurna.

Sumber/Foto teknik: Taufiq Razif

Ini Cara Nak Pilih Lampin Pakai Buang Yang Sesuai Dengan Bayi Anda

Mak ayah jangan sesekali membeli lampin pakai buang ikut harga yang ditetapkan oleh sesetengah produk di pasaran. Bila dengar ada lampin pakai buang yang murah, cepat-cepat belikan untuk si kecil. Tanpa kita sedari tindakan itu sebenarnya memberi kesukaran kepada bayi kelak.

IKLAN

Beli Pek Kecil Dahulu

Tujuannya nak dicubakan pada bayi kita. Kalau selepas dua lampin bahagian punggung anak masih kelihatan normal, bermakna sesuailah lampin pakai buang itu dengan kulit bayi anda. Tapi bila kulit bayi anda mulai kemerah-merahan selepas mengenakan lampin pakai buang bermakna produk itu tak sesuai dengan bayi anda.

teknik lembutkan lampin pakai buang

Awas! Jangan Tabur Bedak

Jangan sesekali mengenakan bedak pada bahagian alat sulit anak anda. Ini kerana, sesetengah ibu bapa atau pengasuh akan melumurkan bedak pada bahagian itu dengan alasan mahu mengelakkan ruam atau kemerah-merahan.

Partikel bedak ni sangat halus dan boleh masuk ke dalam saluran pernafasan dan akhirnya boleh sampai ke paru-paru si comel kita. Ini boleh menyebabkan jangkitan tapi lebih dasyat lagi kalau pada bayi yang ada alergi.”

IKLAN

Kalau pada anak perempuan pulak, bedak ni boleh masuk ke celah-celah vagina atau clitoris dan boleh menyebabkan jangkitan. Sebab tu saya lebih rela je anak saya busuk di taskanya daripada anak saya harum dan wangi tapi berpenyakit!” – Taufiq Razif

Saiz Biar Tepat

Jangan mak ayah beli ikut dan, sampai terlalu sempit. Badan anak saiz XL tapi nak jimat punya pasal, mak ayah sanggup belikan lampin pakai buang saiz M dekat anak. Ada juga yang berikan anak saiz lebih besar dari fizikal si kecil. Sudahnya, bocorlah bila tidur malam. Dah elok-elok nak berjimat cermat, anda pula yang bersusah payah kena basuh tilam sebab kena air kencing atau ‘poo poo’ si manja.

Sesuaikan Ikut Masa Pemakaian

Sekarang ini ada lampin pakai buang yang dihasilkan ikut masa pemakaian. Untuk siang hari mahupun untuk malam hari. Biasanya jenis yang siang hari ini lebih kurang daya serapan berbanding untuk malam hari. Sebabnya anak akan pakai lebih lama lampin pakai buang di malam hari. Jadi daya serapannya perlu lebih tinggi dan tahan lebih lama.

Mak Ayah Tahan Rasa Ghairah Membeli

Ni salah satu kegilaan mak ayah yang baru dapat bayi. Konon nak buat persediaan awal, dibelinya lampin pakai buang saiz newborn berkarton-karton. Bayi sebenarnya cepat membesar, nanti belum sempat guna habis, saiz newborn itu dah tak boleh guna. Bukankah membazir namanya. Lebih baiklah beli ikut kadar keperluan bayi anda.

Paling Utama, Tentulah Harga

Mak ayah perlu faham ini. Lampin pakai buang yang murah tak bermakna ia tak bagus dan tak berkualiti. Dan tak semestinya mahal itu bagus. Sebaik-baiknya, rujuk kembali poin-poin di atas dan setelah setiap poin dipenuhi bolehlah anda membuat perbandingan harga. Mana satukah yang paling sesuai dan berbaloi lampin pakai buang ini mahu dipakaikan kepada anak anda.

Via Mingguan Wanita