tanggung jawab suami

Kalau syurga anak di bawah telapak kaki ibunya, syurga ibu itu pada suaminya. Tetapi macam mana pula kedudukan seorang suami, di mana letaknya syurga mereka? Ini memang akan jadi persoalan dan tak pelik kalau ada yang bertikam lidah bab dosa pahala sebab masing-masing nak MENANG! Apa lagi kalau berkait soal tanggung jawab lelaki sebagai suami.

Untuk kesedaran bersama, jom semak balik adakah situasi kita betul dan sejauh mana patut seorang lelaki sedar dalam bab tanggung jawab menerusi perkongsian daripada Nurul Hallawati…

Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat-sangat memberkas di hati. Tak sedar bergenang air mata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz. Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula?

Saya menjawab: Pada ibunya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

IKLAN

Ustaz : SYURGA SEORANG SUAMI ITU… PADA TANGGUNGJAWABNYA!!

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yg ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan utk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak-anak.

IKLAN

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya.

Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya. KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan… maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperan sebagai KETUA KELUARGA yang selayaknya.

IKLAN

Maka pada lelaki-lelaki semua, sebelum memasang angan untuk menikah, atau pun kini sudah menikah, ingatlah tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak.

Ada sesetengah lelaki yang saya pernah dengar dan jumpa, yang mencari calon-calon isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan untuk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang. Sedih dengar.

Buat wanita-wanita, cari jodoh bukan pada harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWABnya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya padamu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya.

Itulah suami dan lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu.

Kredit: Nurul Hallawati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI