Rupanya ada cara dan tip untuk buat kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik kulitnya dan tak pecah keluar air gula. Bukan apa jika salah teknik dan caranya, kuih ni mudah pecah dalam kuali dan air gulanya terkeluar.
Kuih Cek Mek Molek ini sangat popular di negeri-negeri pantai timur. Diperbuat daripada keledek, tepung dan gula. Memang sedap makan panas-panas lepas digoreng, lagi-lagi bila buat sendiri.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Ju Mohamadsebagai panduan;
Tips rahsia kejelitaan Cek Mek.
Selepas Uli Adunan, Biarkan Semalaman
Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.
(*bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).
Ads
Besarkan Api Masa Mula Menggoreng
Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.
*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.
*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.
Ads
**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sabab manis sangat.
Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat Kuih ‘Cek Mek Molek’ yang jelita, cantik tak pecah keluar air gula.Boleh lah cuba buat sendiri ‘Cek Mek Molek’ nanti di rumah.
Memang panik juga bila tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang diri yang berada di rumah.Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan/ umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak pun, janji diri selamat.
Sebenarnya ada cara paling jimat untuk ‘adjust’ tombol ni, pintu tetap boleh dibuka tanpa perlu pecahkannya. Jadi hanya yang perlu diganti baru nanti adalah tombol berbanding tukar keseluruhan pintu.
Hari ni saya nak share sikit ilmu.Incase terjadi tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik air sorang diri dengann phone tak bawak. Dan ni cara paling jimat selain dari pecahkan pintu.
Harap ilmu ni berguna untuk semua. Pakat-pakat share kot-kot terjadi malang tak berbau.
Pisau/Gunting
1. Perhatikan pada bahagian ‘gegelang’ tombol, ada lubang kecil.
2. Cucuk lubang tersebut, dan cabut ‘kepala’ tombol.
3. Kemudian, cabut bahagian belakangnya.
4. Cabut dan buka skru yang ada.
5. Tolak keluar bahagian tombol tersebut.
6. Cungkil bahagian ‘lock’ dan pintu boleh dibuka seperti biasa.
Nak rawat gout bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi nak dapatnya senang pula. Salah makan, akan rasalah kesakitannya. Kena ada pantang larang makanan yang tak boleh diambil.
Bagi mereka yang ada masalah gout akan tahu betapa ‘seksanya’ bila dah kena. Setakat makan ubat tahan sakit terus boleh rawat gout. Tapi itu hanyalah sementara saja.
Jadi, apa kata anda cuba eawat gout dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur. Perkongsian daripada Ana Mahabu ini mungkin boleh membantu dan dikatakan ubat gout paling berkesan untuk dicuba.
Halia bersifat anti radang dan boleh mengurangkan keradangan yang berlaku akibat gout yang dialami. Anda boleh masukkan halia ke dalam makanan yang dimakan setiap hari atau boleh juga minum air halia.
Cara membuat air halia adalah seperti berikut:-
Ambil 1 inci halia, ketuk sehingga hancur.
1 ketul gula batu atau satu sudu madu asli.
Campurkan kedua-dua bahan tadi dengan satu gelas air panas.
Kacau sehingga sebati.
Minum setiap pagi dan malam.
2. HALIA, HALBA, KUNYIT & MADU
Minuman halia, halba, kunyit & madu sangat berkesan untuk menghilangkan gout.
Caranya:-
Ambil 1 inci halia, ketuk
1 sudu halba
Ambil 1 sudu serbuk kunyit.
Sedikit madu untuk rasa manis.
Campurkan kesemua bahan tadi dalam satu gelas air panas.
Kacau sehingga sebati. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam.
3. TEH HALIA
Bagi pesakit gout, amalkan minum teh halia setiap hari. Bancuh teh bersama halia yang diketuk untuk meneutralkan asid urik yang terkumpul dalam badan anda. Apabila asid urik dalam badan anda berkurangan, secara automatik penyakit gout juga akan beransur-ansur hilang.
4. PES HALIA
Selain itu, anda juga boleh jadikan halia sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang sakit. Apabila anda diserang kesakitan, anda boleh buat pes halia dengan cara:
Tumbuk halia sehingga hancur.
Campurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
Tampalkan pada sendi yang sakit.
Biarkan selama satu jam, cuci bersih.
Lakukan setiap kali sendi anda berasa sakit.
5. EPAL
Buah epal mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dengan cara meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Anda boleh makan sebiji epal setiap pagi dan malam, atau boleh juga dijadikan sebagai jus.
6. CUKA EPAL
Cuka epal telah lama digunakan di negara barat sebagai ubat gout. Ia bersifat asid membantu menghilangkan kesakitan akibat gout dan artritis. Caranya:
Ambil satu sudu cuka epal
Larutkan dalam satu gelas air suam.
Kacau sehingga sebati.
Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripa mengambilnya semasa perut kosong.
7. CUKA EPAL & MADU
Anda juga boleh menambahkan satu sudu madu ke dalam cuka epal untuk diambil setiap hari.
Caranya:-
Ambil satu sudu cuka epal & satu sudu madu asli.
Larutkan dalam satu gelas air suam.
Kacau sehingga sebati.
Minum 3 kali sehari selepas makan. Elakkan daripada mengambilnya semasa perut kosong.
8. CERI HITAM
Ceri hitam mempunyai antosianin yang membantu mengatasi keradangan akibat gout. Apabila keradangan berkurangan, sakit anda juga akan hilang. Selain itu, ceri hitam berfungsi untuk membuang toksin dari badan. Ada beberapa cara untuk anda menggunakan ceri sebagai ubat gout iaitu:
Amalkan makan 20 biji ceri hitam setiap hari. Boleh dimakan sekali gus atau sedikit demi sedikit dari pagi hingga malam.
Anda juga boleh kisar ceri hitam untuk dijadikan jus.
9. CERI HITAM & BAWANG PUTIH
Anda juga boleh amalkan minum jus ceri hitam & bawang putih setiap hari.
Cara membuat jus ini ialah:-
Ambil 20 biji ceri hitam.
Ambil satu las bawang putih
Bersihkan dan kisar kedua-dua bahan tadi bersama satu gelas air.
Minum setiap pagi.
10. JUS LEMON
Lemon yang bersifat asid mempu meneutralkan lebihan asid urik dalam badan anda. Amalkan minum jus lemon setiap pagi dan malam.
11. LEMON & BAKING SODA
Selain jus lemon, anda juga boleh amalan jus lemon yang dicampur dengan baking soda.
Caranya:-
Perah jus dari satu biji lemon.
Campurkan satu sudu baking soda, tunggu sehingga desiran hilang.
Campurkan jus lemon dan baking soda tadi dengan satu gelas air suam.
Minum setiap pagi dan malam.
12. BAKING SODA
Baking soda mempu mengurangkan asid urik dalam badan dan mengurangkan keradangan akibat gout.
Caranya:-
Ambil satu sudu baking soda.
Campurkan dengan satu gelas air kosong.
Minum 4 kali sehari.
13. PISANG
Kandungan kalsium dalam pisang mampu mencairkan kristal asid kepada cecair untuk dibuang dari badan melalui sistem perkumuhan. Selain itu, pisang juga membantu mengurangkan bengkak pada sendi sekali gus mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Anda boleh makan 2 biji pisang setiap pagi dan malam untuk mendapat kebaikannya.
14. PISANG & YOGURT
Anda juga boleh campurkan pisang dan yogurt sebagai ubat gout yang berkesan.
Caranya:-
Potong 2 biji pisang.
Campurkan pisang tadi dengan satu mangkuk yogurt asli.
Makan 2 kali sehari.
Rasanya sangat sedap, dan ia membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan yang anda alami.
15. TIMUN
Timun yang sejuk mampu meneutral asid urik berlebihan yang ada dalam badan anda. Anda boleh gunakan timun sebagai ubat gout dengan cara:
Makan timun sebagai ulam setiap hari.
Masukkan menu dalam masakan.
Jadikan timun sebagai jus untuk diminum setiap pagi dan malam.
16. PES TIMUN
Selain itu, anda juga boleh jadikan timun sebagai pes untuk ditampal pada sendi yang bengkak dan sakit. Caranya:
Hancurkan timun sehingga menjadi pes.
Tampalkan pada sendi yang bengkak dan sakit.
Biarkan selama satu jam.
Ulang jika anda masih berasa sakit.
Mingguan Wanita : Jangan main-main dengan sakit gout ni. Kalau gout datang menyerang, kaki tersentuh kain batik yang dipakai pun sakit ya amat.
Jika selalu mak-mak nak buat telur separuh masak, perlu rebus telur dalam air mendidih dan masak guna dapur gas. Sebenarnya ada cara lebih senang nak buat telur separuh masak ni, setting masa dan masak air fryer je. Memang jimat masa. Telur separuh masak ni letak kicap dan lada sulah memang sangat sedap.
Ada peminat telur separuh masak kat sini? Ni kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Meh rina nak share cara paling senang. Takyah guna air atau bekas macam kat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer.
Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Haa..
Ok cara Rina buat telur separuh masak ni senang sangat.
1.Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
2.Telur straight amek dari counter (suhu bilik) bukan dari peti ais.
3.Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
4.Selesai 10 minit, kalau suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, kena keluarkan terus lepas AF stop.
Tapi kalau suka jenis kuning telur keras sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, biarkan je dia dulu dalam AF tu. Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi tittt..tittt.
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat Rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Try and error dulu eh.Rina lagi suka jenis A. Ini letak lada hitam, makan dengan roti sapu marjerin then bakar atas pan, fuhhhh..ke bintang pergi dia.
Mingguan Wanita:Menariknya buat telur separuh masak guna air fryer. Memang menjimatkan masa di dapur. Setting je dalam air fryer, biar je sampai masak.Memang senang.