Tular di media sosial perkongsian wanita muslimah yang memberi tip percutian bajet bersama BF iaitu duduk sebilik, berkongsi tidur sekatil. Katanya, dia tidur bertudung dan berselimut.
Akuinya lagi percutian sedemikian bukan saja jimat duit malah ‘rasa selamat’ bercuti dengan teman lelakinya itu. Bila ditanya, tidak takutkah berzina. Jawabnya, ‘jaga niat’.
Biar apa pun alasan yang wanita ini berikan, lelaki dan wanita tidak boleh berdua-duaan apatah lagi berkongsi satu bilik semacam ini. Kerana, apa yang dilakukan itu menjurus ke arah maksiat.
Hadamkan penjelasan Najmi Farisham ini betapa konsep percutian jimat sebegini mengundang maksiat malah amat membimbangkan sekali.
Berdua-duaan Dengan Bukan Mahram Sebilik
Astaghfirullah!
Ini sebenarnya maksiat. Duk berdua-duaan dengan bukan mahram dalam 1 bilik.
Biarpun yang perempuan tu tidur bertudung, pakai stoking, berpurdah sekalipun. Yang lelaki pula siap berserban contohnya, itu tetap maksiat.
Dah tu pula, tidur sekatil. Eh, boleh pula letak bantal di tengah kononnya nak elakkan sentuhan. Jangan menormalisasikan perkara sebegini weh.
Lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan sebegini. Nabi SAW dah kata, akan datang yang ketiga iaitu syaitan untuk menghasut itu dan ini.
Dekat sini bolehlah gebang kuat iman. Bila dah sebilik, tak ada iman dah jadinya. Bukan kita tak pernah dengar berita pak imam, pak ustaz, ustazah yang buat hal.
Secara logiknya, mereka lagi kuatlah imannya kan? Tapi percayalah, godaan dan hasutan syaitan ini sangat dahsyat. Hafal al-Quran 60 juzuk sekalipun, kalau dah tergelincir memang parah.
Sebab itu, al-Quran pesan supaya kita menjauhi zina. Zina, bukannya bila melibatkan hubungan s4ks sahaja. Bahkan perkara yang mendorong ke arah itu juga perlu dijauhi.
Tak payah lindunglah benda maksiat sebegini dengan kononnya solat asing-asing. Masa mandi, seorang turun lepak bawah. Heyyy heyyy!
Maksiat tetap maksiat.
Batasan Pergaulan Lelaki Dan Perempuan
Kena fahamkan balik apa itu batasan pergaulan lelaki dan perempuan. Nak berkawan tak salah, tapi sampai tidur sebilik weh, ini sangat salah. Jangan duk buat rileks, tak rasa salah apa-apa.
Peranan dakwah, berada di pundak setiap daripada kita. Sampaikan perkara yang benar dalam agama. Kena banteras perkara sebegini sebelum ia menular lebih parah dalam masyarakat kita.
Ads
Ingatlah, kita ada agama yang menjadi panduan. Kita ada iman yang perlu disemai. Kita ada maruah yang perlu dijaga. Jangan ambil mudah. Bila agama dah larang, itu maksudnya hal tersebut sangat serius.
Sumber/Foto : Najmi Farisham,
Jangan menormalisasikan aktiviti maksiat.
#NF
Mingguan Wanita : Tak semua perkara boleh dibuat ikut logik akal semata. Selagi belum berkahwin, ada batasan yang perlu anda jaga. Maruah diri seorang wanita itu amat mahal harganya.
Paksa anak tidur di koridor empat hari berturut-turut, ibu bapa abai anak ditahan polis. Tular gambar seorang remaja berusia 13 tahun yang tidur di kaki lima rumahnya kerana tidak dibenarkan memasuki rumah.
Paksa Anak Tidur Di Koridor 4 Hari Berturut-turut
Dalam tularan di media sosial tersebut, jiran menangkap gambar remaja berusia 13 tahun ini sedang lena tidur di koridor rumah pangsapuri kos rendah di Pasir Gudang memasuki hari ke empat berturut-turut.
Jelasnya remaja ini dihalau dari rumah selain memaklumkan remaja ini buang air besar ditangga kerana tak dibenarkan masuk ke rumah. Masa yang sama, menurutnya remaja ini seorang yang baik dan sentiasa gigih pergi ke sekolah walau kerap dihalau dari rumah. Bahkan makan minumnya diberikan oleh jiran yang kasihan dengan nasibnya.
Selepas kes ini tular di media sosial, remaja lelaki berusia 13 tahun ini berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan ibu bapanya tahan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dalam sidang medianya memaklumkan, remaja ini diabaikan oleh ibu bapanya sejak 7 Julai lalu.
Susulan hal pengabaian anak ini, Sohaimi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun yang merupakan ibu bapa remaja terbabit.
4 malam berturut-turut remaja ini tidur di koridor rumahnya selepas dihalau. Kredit gambar :- @zaidahmad_official
Ibu Bapa Abai Anak Ditahan Polis
Dalam pada itu, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut memaklumkan pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Aida Khalida, pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan banyak menerima tawaran sehingga hari ini
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 65 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya..
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Mingguan Wanita : Moga terus sukses dalam kerjaya seninya.
“Tolong Pulangkan Kovu Saya,” Pelakon Kila Fairy Tawar Ganjaran RM2,000 Cari Kucing Hilang.Kucing peliharaan boleh dianggap bagaikan ‘anak’ sendiri.Bagi yang memelihara kucing di rumah pastinya dapat menyelami perasaan bimbang dan kesedihan yang dialami oleh pelakon Kila Fairy ini apabila kehilangan kucing tersayang.
Tawar Ganjaran RM2,000
Pelakon Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.
Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.
“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.
“Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katanya menerusi status di Instagramnya.
Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.
Ramai yang bersimpati akan kehilangan kucing kesayangan Kila Fairy ini, serta turut mendoakan semoga kucingnya kembali ke pangkuan pelakon ini.
Mingguan Wanita:Kasihannya. Hanya tuan kucing yang benar-benar memahami bagaimana bimbangnya perasaan apabila kehilangan kucing tersayang. Semoga dipermudahkan urusan buat Kila Fairy dan kucing yang hilang dapat dijumpai kembali.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...