Rupanya nak buat tapai pulut yang sedap, manis berair elok menjadi kena jemur dulu ragi. Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Lind Razak ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
TAPAI PULUT MANIS
Memang nikmat bila dimakan sejuk-sejuk.
Bahan-Bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang. (saya guna bekas dadih)
Cara Membuat:
1.Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
Ads
3.Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik.. (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap.
5.Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6.Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut)
8.Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (saya letak dalam tong toyogo)
10.Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
11.Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk.
Mingguan Wanita: Buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Pastikan jemur dulu ragi, barulah tapai sedap manis berair elok menjadi.
Jadi mak-mak memang risau bila anak tak nak makan nasi yang menjadi salah satu sumber karbohidrat ni. Walaupun macam-macam dah masak lauk untuk pancing selera anak makan, tetap tak nak juga. Macam mana badan nak naik dan membesar dengan sihat. Buat mak-mak yang hadapi masalah sama macam ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini. Nasi diolah menjadi nugget, pasti anak suka dan tertarik untuk makan.Malah kalau nasi tak habis pun, selain buat nasi goreng boleh juga buat resipi ini.
Berikut antara perkongsian resipi oleh beliau;
Anak langsung tak nak makan nasi macam-macam dah mama ni masak tetap tak nak makan,hari ni buat macam ni Alhamdulillah selera makan.
Nugget Nasi
Bahan-Bahan:
200gram Isi ayam
1 biji telur
5 ulas bawang putih
1 mangkuk nasi
sedikit minyak masak
Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh gantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.
Cara Membuat:
1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut dan masukkan sedikit minyak masak.
2.Setelah hancur, masukkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
3.Setelah sejuk, potongkan adunan tersebut berbentuk kiub/ ikut pilihan bentuk yang suka.
4.Celupkan dengan telur dan boleh digoreng sehingga warna keperangan.
Siap!
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.Mak-mak tak perlu risau anak tak makan nasi lagi. Boleh cuba resipi ini.
Punyalah sedap resepi Roti Nan Cheese gebu yang Puan Maria Nazri Said ini kongsi. Sampai tak sempat nak buat pencicah, dah licin anak-anaknya makan. Yang penting, mudah disediakan dan boleh difrozenkan. Bila nak makan, cuma panaskan atas kuali saja.
Kata ibu ini lagi, dia tak kisah pun walau anak-anak makan roti nan cheese gebu sampai licin. “Takpe mama always work from home. Tak PKP pun memang itulah kerja mama.
Esok buat sambal bilis dulu baru buat rotinya. Anak-anak cakap macam tu je pun dah sedap. Hmm.. suka hati mu lah nak.
“Saya nak share kat sini. Nan cheese ini boleh juga difrozenkan atau kalau tak nak frozen letak kat bahagian sejuk biasa tu pun boleh. Bakar je nan cheese macam biasa. Dan dah sejuh, buh dalam bekas dan letak kat fridge.”
Kalau Buat Banyak Dan Nak Bagi Tahan
Letak dalam freezer (peti sejuk bahagian beku). Bila nak makan, ambil dan panaskan dalam microwave atau atas kuali pun boleh. Masih lembut teksturnya.
Cara Buat Roti Nan Cheese GEBU
Bahan-bahannya dalam gambar
Gaulkan bahan bancuhan yis; susu suam, air suam, gula, dry yis. Biar sampai kembang.
Masukkan tepung dalam bancuhan yis. Beserta garam halus. Gaul-gaul masukkan minyak. Uli sekejap je sampai tak melekat. Perap lagi dalam sejam.
Dah kembang bahagikan kepada 6 bahagian, uli bulat. Masukkan cheese.
Tabur tepung sebelum bakar, bagi roti nan cheese gebu ni tak melekat.
Leperkan macam ini.
Bakar atas kuali non stick sampai sedikit garing. Dah siap!
Ni roti nan cheese yang di frozen kan… saya buat semalam.. hari ni dah tinggal sekeping ni.. berebut dengan anak bongsu. Dah panas kan.. masih lembut dan gebu.
Selamat mencuba.
Saya halalkan resepi. Dan terima kasih atas doa-doanya. Semoga yang baik-baik diberikan buat kita semua.. Aminnn.
Cuti hujung minggu seperti hari ini tak salah jika ibu-ibu di rumah sediakan sedikit menu yang berbeza dari kebiasan. Apa kata mak-mak sediakan Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken, mesti anak-anak seronok.
Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken Sedapnya
Jadi pada mereka yang teringin makan Honey Butter Biscuits di Texas Chicken, korang boleh saja buat sendiri. Guna Air Fryer saja lebih kurang 10-15 minit siap. Tekstur dan rasa memang sebiji ya.
Santapan ini mesti jadi rebutan pada anak-anak. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Shida Yasin menerusi akaun facebooknya @shidayasin.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...