Biasa mak-mak lebih suka beli daripada tanam taugeh. Alasannya, ia susah nak hidup dan kalau ada pun saiznya agak kurus dan pendek sahaja. Malah, tidak semua orang suka makan sebab itulah jarang ada yang mencuba untuk tanam. Kalau yang suka makan, katanya ia senang tumbuh tapi rupanya tidaklah sama dengan saiz yang di beli di kedai.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh boleh dicuba oleh mak-mak dalam menanam taugeh gemuk. Paling penting, kaedah yang digunakan itu berkesan dan dalam masa 4 hari dah boleh makan hasilnya.
“Sejak di Riyadh, saya cuba tanam taugeh menggunakan kaedah botol. Tak pernah berjaya dapat taugeh ada badan. Biasanya ada kepala besar dan ekor panjang. Badan kontot atau tak ada langsung. Kalau berjaya tumbuh, ia teramat kurus, panjang-panjang dan berdaun hijau. Masak 2 saat dah lembik. Tak rangup.
Alhamdulillah, menggunakan kaedah penapis / colander dan dihempap, saya mula mendapat hasil yang menggembirakan. Sekarang saya rendam segenggam kacang hijau tiap malam. Setiap kali saya tuai, saya cambahkan pengganti, jadi InsyaAllah tak putus stok sayur.”
Caranya:
Perbandingan kacang hijau kering (kanan).
(Kiri) Kacang hijau yang telah di rendam 12 jam dan cukup kembang (2 kali ganda besar dari kacang hijau kering – sedia untuk di semai.
(Tengah) kacang hijau Yang telah direndam 12 jam juga, Tapi belum cukup kembang. Sambung rendam sampai rupa macam di belah kiri.
Kacang hijau berbeza ada yang lebih kering dan perlukan masa yang lebih untuk mengembang. Saya pernah rendam 24 jam sebelum kacang cukup kembang (mungkin sebab suhu air dan bilik agak sejuk, mungkin kacang tu dah lama dan terlalu kering).
Jika kacang hijau tak cukup kembang yang disemai, ia akan ambil masa yang lebih lama untuk tumbuh, mungkin tak tumbuh badan, hanya kepala dan ekor, mungkin akan busuk juga sebab terlalu lama di simpan. Jadi lebih baik bersabar dan biar dia kembang betul.
Saya alas di dasar penapis dengan 2 helai kertas kitchen towel. Letak selapis kacang hijau (jangan terlalu banyak / overcrowd). Kalau ada banyak kacang hijau, boleh letak selapis lagi kacang di atas lapisan kitchen towel, dan tutup dengan selapis lagi kitchen towel (kiranya macam rumah flat untuk taugeh).
Ads
Curah air atas taugeh tadi. Buat perlahan-lahan. Kacang tu suka cuba melarikan diri. Saya biarkan air tos sikit.
Saya suka alas bawah penapis tu dengan bekas / mangkuk. Jika ada air yang menitik dari penapis dan masuk dalam mangkuk tu, kita buang air tu. Jangan biar ada air bertakung. Kita tak mahu ada bakteria Yang mengakibatkan kacang tu busuk atau berkulat.
Siram kacang dua kali sehari.
Tutup bekas tadi dengan tuala gelap.
Saya letak bekas tadi dalam kuali hitam, tutup dengan besen. Musuh taugeh ialah cahaya. Kalau dia kena cahaya, ada kemungkinan taugeh akan berwarna pink, atau daunnya akan berwarna hijau dan berasa pahit.
Ads
Nampak tak besen taugeh tu? Tak nampak kan? Ni lah betapa gelapnya bilik stor tempat taugeh tu duduk bila dipadam lampu.
Suhu optima percambahan taugeh adalah antara 20-35 darjah celsius. Jika. Terlalu sejuk, taugeh tetap tumbuh, tapi lambat. Kalau terlalu panas, kacang akan busuk.
Hari ke dua, ada baby taugeh.
Pagi hari kedua, Selepas siram air, kita letakkan piring pada lapisan atas kacang dan kitchen towel yang dah dibasahkan.
Atas piring tu kita letak tin sup / buah/ susu pekat.. apa-apa tin lah. Jangan letak lesung pula. Berat sangat tu!
Ads
Selepas hari ke 4. Nampak tak taugeh bertuah tu dah tolak piring dan tin tu? Habis tergolek ke tepi tin. Jadi separuh taugeh kena berat, setengah lagi happy meninggi.
Beza taugeh kena hempap dengan taugeh tak kena hempap, batch sama, hari sama, bekas sama.
Hari ke 4, bolehlah tuai dan disiang.
Taugeh hari ke 4, selepas disiang keringkan atas kain alas. saya simpan taugeh kering bersiang dalam tupperware beralas kertas kitchen towel untuk tahan lama.
Selamat mencuba!
MW: Boleh cuba dua-dua cara. Baru tahu beza taugeh gemuk dengan taugeh kurus.
Cendawan enoki, antara makanan kegemaran setiap orang. Mungkin. Sebabnya, selain tidak mahal, ia boleh dipelbagaikan hidangan seperti goreng, masukkan dalam sup, tomyam dan sebagainya.
Tak dinafikan harga yang dijual di pasaran pun berbaloi dan tidak mahal. Memang buat kita tak berkira-kira untuk membeli berapa banyak cendawan enoki. Sayangnya ramai tidak tahu kegunaan akar ini dan adan yang buang saja ke dalam tong sampah.
Walaupun murah, kita boleh saja tanam sendiri cendawan enoki ini dan hasilnya pun cepat. Sebab itu, jangan buang akarnya.
Ia antara makanan yang mempunyai kadar kalori yang rendah. Dikatakan 100g cendawan enoki hanya mempunai kalori lebih kurang 60g dan kaya dengan serat. Sesuai sangat untuk anda yang berdiet.
Jangan terkejut, dengan akar cendawan ini, kita boleh dapat kembali hasilnya dengan menanamnya semula.
Caranya:
1. Potong bahagian hujung cendawan. Jangan buang.
2. Masukkan tisu ke dalam bekas/mangkuk.
3. Kemudian, masukkan baking soda, diikuti dengan air.
4. Selepas itu, masukkan akar cendawan ke dalam bekas/mangkuk tadi.
5. Tutup dengan plastik hitam.
6. Selepas 3-5 hari, akan dapat hasilnya yang baru.
Mingguan Wanita : Selamat mencuba. Kiranya beli satu dapat percuma satu la kan..sebab akarnya kita tanam semula untuk dapatkan hasil.
Adat menyewa rumah, nama pun rumah orang janganlah buat sesuka hati seolah-olah rumah itu milik kita sendiri.
Bayangkan kita di tempat tuan rumah, apa perasaan mak ayah jika diperlakukan sedemikian rupa. Lakukan renovasi sesuka hati atau lebih teruk abaikan rumah hingga berlaku kerosakan di sana, sini.
Kongsi Nurul Haslinda, ini beberapa adat atau adab menyewa rumah yang perlu penyewa titik beratkan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Adat Menyewa Rumah :
1. Jangan membuat renovation suka-suka hati pada rumah yang disewa tanpa kebenaran tuan rumah.
2. Jika nak buat dan mendapat kebenaran tuan rumah maka buat yang tuan rumah tahu dan benarkan. Jangan lebih-lebih.
3. Kos jika kata nak tanggung dan urus sendiri, teruskan jangan bebankan tuan rumah kerana rumah yang tuan rumah sewakan itu sudah dipastikan elok dan selamat. Rasa nak duduk rumah ala-ala kayangan beli rumah sendiri dan buatlah suka hati.
Nama Pun Rumah Orang Janganlah Buat Sesuka Hati
4. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Bila ubah kos tinggi mula meminta-minta pada tuan rumah untuk tanggung. Padahal sendiri pandai-pandai konon nak selesa. Sedangkan rumah tu sudah selesa setakat kena cuci sikit saja. Adatlah masuk rumah sewa. 5. Jangan ingat orang yang ada rumah sewa ini kaya raya ya. Buat rumah sewa pun hendak tampung juga hutang-hutang yang ada.
6. Jangan berkira dengan tuan rumah setakat rosak sikit-sikit itu , cubalah baiki sendiri. Jangan sikit-sikit panggil tuan rumah hendak baiki semua walaupun kerosakan itu penyewa yang puncanya. Berkira hendak keluarkan duit tapi nak sewa murah. Tak bersyukur.
Cuba Selesaikan Masalah Sendiri
7. Lagi satu setakat ada masalah sikit-sikit itu, jika ada suami atau jiran, mintalah tolong mereka dan jangan susahkan tuan rumah ya. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.
Mana tahu tuan rumah berada jauh mungkin di luar kawasan atau baru hendak makan dekat restoran yang mahal ke… Tak pasal-pasal kena tinggalkan sebab hendak selesaikan urusan penyewa yang menangis bagai nak rak.
Pengalaman sendiri, bila sampai di rumah sewa.. Tengok masalah tak besar mana pun padahal boleh saja selesaikan sendiri. Saja hendak mengacau.
8. Apa pun bila tuan rumah sudah baik dan bertolak ansur jangan pijak kepala dan ambil kesempatan. Orang sudah bagi sewa berbaloi patutnya bersyukur. Dan saling bertolak ansur. Jangan berkira dan kedekut.
9. Jaga rumah dan semua alatan rumah yang disediakan dengan baik. Kerana sebelum diberi sewa tuan rumah dah periksa siap-siap supaya tiada masalah lagi. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
10. Jangan melampau-lampau ubahsuai atau ‘claim’ pada tuan rumah. Bertimbangrasa sikit. Mana tahu memang tuan rumah tengah dalam kesusahan ke hendak pakai duit untuk perubatan dan sebagainya. Guna otak dan prihatin sikit.
Semoga menjadi penyewa yang bersyukur dan bertimbang rasa.
Mingguan Wanita : Paling penting jika menyewa rumah orang, janganlah jadikan rumah orang macam rumah sendiri. Bertolak ansur dan berbincanglah elok-elok dengan tuan rumah, jangan buat sesuka hati.
“Bersihkan, jemur bawah terik matahari.” Cuba tip ini selamatkan barang elektrik terendam banjir.
Sedih melihat barangan eletrik yang teremdam banjir, mungkin mak ayah yang menjadi mangsa banjir dapat cuba tip ini. Mana tahu ada rezeki, barang tersebut masih boleh diselamatkan.
Cuba Tip Ini
Assalamualaikum, pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik terkena air banjir.
Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV(televisyen) terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik sudah rosak.
Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?
Selamatkan Barang Elektrik Terendam Banjir
Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir sudah surut
TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR
1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih baik atau tidak.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila sudah rasa cukup bersih, jemur tengah panas atau di bawah terik matahari dalam masa dua, tiga hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Bersihkan, Jemur Bawah Terik Matahari
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan eletrik yang baru.
Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir… Doakan kami warga port klang selamat…
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...