Pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada macam-macam warna dan cantik kiranya tanam ros Jepun sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Uniknya bunga Ros Jepun ni akan kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.
Pokok ini mudah dibiakkan dengan kaedah keratan batang, namun kena ikut cara yang betul.Barulah pokoknya berbunga meriah dan cantik merimbun. Mak-mak yang berminat nak tanam pokok Ros Jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini. Barulah pokoknya subur berbunga meriah!
Keratan pendek diperlukan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunasnya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok menutupi pasu. Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.
Apa jadi kalau saya tak kerat pendek, cucuk je ke tanah?
Ads
Tak salah. Pokok tumbuh macam biasa. Tapi tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek-pendek.
Pokok juga lambat besar kerana akar yang tumbuh terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yang masih ada pada keratan yang ditanam. Kalau anda kerat, nutrisi itu digunakan untuk membesarkan tunas/pucuk baru disisi keratan pokok.(rujuk gambar). Saya buang semua bunga pada keratan.
2. Tanam Jarak-Jarak
Kenapa perlu tanam jarak-jarak dalam pasu ?
Supaya pokok tidak bersaing ( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sihat.
Ads
3. Perlukan Tempat Panas Matahari
Rumah tak kena panas pagi dan terlindung, lupakan niat untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasilkan pokok berbunga banyak. Pastikan tempat anda tanam Rose Jepun kena panas. Jangan tanam bawah pokok atau tepi rumah yang redup. Matahari dan Rose jepun berpisah tiada.
Nak tanam boleh, tak ada masalah. Tapi tak de lah secantik kena panas pagi.
4. Letak Tempat Panas Selepas 4 Hari
Lepas tanam apa saya perlu buat ?
Siram keratan batang yang telah dicucuk ke tanah dan letak tempat redup. Letak tempat panas hanya selepas 4 hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Namun, lepas tanam nak letak tengah panas terus pun boleh.
Ads
*Siram tiap-tiap pagi kecuali hujan.
*Baja 1 kali setiap seminggu. Paling lewat 1 kali setiap 2 minggu.
Pada peminat ros jepun. Cuba lah Insha Allah menjadi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak peminat pokok bunga Ros Jepun boleh cuba tanam di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah pokoknya subur, bunga cantik merimbun.
Bawang putih goreng selalunya ‘menu wajib’ bagi wanita dalam berpantang, mahupun pembangkit selera dimakan dengan hidangan lain seperti meehoon, bubur dan sebagainya. Namun nak buat bawang putih goreng rangup yang tak pahit dan tak ‘bertempek’ sesama sendiri ada caranya. Jika salah teknik, bawang putih goreng akan mudah lembik, tak tahan lama, melekat antara satu sama lain dan jadi pahit.
Jika nk buat bawang putih goreng yang elok kejadiannya, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Azita Amir ini sebagai panduan.
Selalu orang tanya saya macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap.
Selepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video dekat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Info Ekstra
Lepas bilas bawang tu tos kejap je, sementara tunggu minyak panas nak goreng bawang.
Simpan isi balang siap-siap biasa boleh tahan 3 bulan.
Mingguan Wanita : Nak goreng bawang putih boleh cuba cara yang dikongsikan ini, barulah rangup, tak pahit dan bertempek sesama sendiri. Pastikan lepas sagat, rendam sekejap dengan air garam. Tos baru goreng seperti biasa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Tip hilangkan simen melekat pada lantai dan jubin, boleh cuba cara tukang rumah ini kongsi. Kebiasaannya apabila rumah baru siap dibina, masalah kesan simen yang melekat pada lantai kerap berlaku.
Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat. Hendak pijak pun rasa ‘tak sanggup.’ Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Bunga tulip. Selalu kita tengok dalam video dengan macam-macam warna yang sangat cantik. Mulalah berangan-angan nak ke tempat yang ada tanaman itu sebab ia antara bunga yang berbeza dengan lain.
Lagipun, dengan keadaan cuaca di Malaysia, mustahil untuk kita tanma sendiri bunga tulip. Dikatakan terdapat 100 jenis bunga dan ia hanya hidup di kawasan selatan Eropah, utara Afrik, Asia dan Iran.
Rupanya, kita sendiri boleh tanam bunga tulip di rumah. Ztak perlu ke luar negara pun semata-mata untuk melihat keindahan bunga ini.
Ini cara yang boleh kita buat untuk tanam bunga tulip di rumah.
1. Masukkan bebawang tulip dalam peti ais selama seminggu.
2. Kemudian, Isi botol kaca yang tidak berpenutup dengan beberapa biji batu dan masukkan sedikit air.
.
3. Letak bebawang tulip atas batu tadi. Pastikan bebawang tulip tak bersentuhan langsung dengan air untuk elakkan bebawang dari reput. (Tetapi bebawang tulip perlu dekat dengan air untuk merangsang pertumbuhannya)
4. Letak dalam suhu bilik sahaja.
5. Kalau air makin kurang. tambah sikit demi sedikit supaya air kekal di bawah batu.
.
6. Selepas beberapa hari, akar mulai tumbuh dan menuju ke arah air di bawah batu.
7. Batang tulip akan mula mekar di bahagian atas.
.
8. Lama-kelamaan akan bertukar menjadi tulip dewasa
.
.
Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita : Menarik ni. Bolehlah beli benih tulip nanti. Cuba tanam kat rumah dan tengok hasilnya.
Himpunan solidariti buat Zara Qairina, bergema laungan tuntut keadilan. Ribuan orang membanjiri kawasan himpunan di Sandakan pada malam Jumaat bagi menunjukkan solidariti terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir.