Bawang Merah antara keperluan dalam masakan yang boleh dikatakan wajib dibeli setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Namun harganya boleh tahan juga mahalnya. Jika mak-mak yang suka berkebun tu, ada baiknya cuba tanam sendiri bawang merah di rumah. Lebih jimat, organik dan bebas racun serangga.
Boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.
“Alhamdulillah.Berhasil juga walaupun tanam dalam botol mineral je.Tanam, tinggal, tuai.Tambah air 2 minggu sekali.Tambah kompos sebulan sekali.”
Jom tanam bawang merah, harga dah naik sekarang!
25 Jun 2020
1. Persediaan Tanah
Persediaan tanah paling penting.Tanah perlu gembur dan cukup khasiat.
Saya campur kompos, cocopeat, tahi ayam dan setelah diperap seminggu baru boleh guna.
Boleh semai cara ni atau yg lebih elok, tanam terus ke botol, pasu atau tanah batas.
2.Pilih Bawang Tunggal
Kedua, sebaik nya pilih bawang yang tunggal. Tidak berkembar. Bawang yang berkilat tanda sihat dan tidak berkulat. Pilih saiz besar untuk dapat hasil besar dan banyak.
3. Rendam Dalam Cuka Kayu
Rendam bawang dalam larutan Cuka kayu (wood vinegar) di campur dengan air hujan sekejap. Sambil tu potong ¼ bahagian atas bawang dan rapikan akar. Akar baru akan senang keluar.
4. Letak Tempat Panas Tapi Teduh
Letak bawang atas media tanam, separuh bahagian dalam tanah.letak tempat panas tapi teduh. Elak kena hujan dan matahari terus selama seminggu lebih kurang.
11 Julai 2020
Tanam satu bawang satu botol.Tanam terus lagi bagus, saya semai dulu tu sebab botol saya belum ready.
Ads
06 Ogos 2020
cocopeat halus dicampur dengan kompos dan najis ayam sebagai media tanah.Sabut kelapa yang kasar tu saya buat mulsa/penutup tanah untuk kurangkan rumput liar tumbuh dan juga supaya tanah tak mudah kering dan air dalam botol bahagian bawah tu dapat tahan lebih lama.
10 Oktber 2020
2 minggu lepas tuai, proses mengering. Sepatutnya kena ikat dan gantung. Aritu masa tuai terlalu sibuk, saya tinggal macam tu je atas talam. Jemur angin, jangan kena direct matahari.Jemur sampai kering. Bawang jadi berkilat dan akan tahan lama.
Kalau nak buat benih, kena simpan sekurang-kurangnya 2 bulan, mengelak busuk masa tanam.
Ads
Saya paling banyak dapat 7 biji, tu tak pakai baja.Penjagaan cara komersil dia orang bagi baja dan racun cegah kulat, boleh beranak berbelas biji.
Info Ekstra!
Cara Buat Kompos:
Kompos tu ialah media tanam yang terhasil apabila kita perap bahan-bahan organik seperti rumput kering, rumput basah, ranting-ranting pokok, sisa dapur seperti kulit telur, kulit-kulit buah dan bawang, sisa potongan sayur, buah-buahan busuk dan sebagainya kecuali daging.
Kita boleh campur tray telur, kertas dan kotak yang di koyak kecil. Letak selang seli bahan kering dan yang basah ke tempat untuk buat kompos tu. Tong/baldi/pasu yang berlubang di bawah atau terus atas tanah. Tambah najis haiwan untuk mempercepatkan proses bahan-bahan itu terurai.
Siram sekali sekala, jangan bagi dia kering. Lambat menjadi kalau kering. Siram biar lembap saja, bukan basah melencun.
Tutup, seminggu sekali boleh buka dan bolak balikkan kompos tu, siram dan tutup balik.
Ads
Mula-mula memang ada busuk, bergantung dengan bahan yang kita guna.
Kompos tu matang dan boleh diguna bila hilang busuk, tinggal bau tanah yang wangi dan kadang-kadang boleh jumpa cacing tanah jika buat kompos tu direct atas tanah.
Omputih panggil ni Black Gold (emas hitam). Sangat bernilai, baja organik terbaik.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun nak cuba tanam bawang merah sendiri di rumah boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Boleh berjimat beli barang dapur.
Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.
Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edge pada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.
Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.
Berikut perkongsian tersebut;
Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG
Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.
Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.
Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.
200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.
Bagi peniaga kuih, daun pisang sangatlah penting sebagai untuk jualan kuih muih nanti. Daun pisang perlu disimpan dengan elok supaya ia kekal segar dan tahan lebih lama untuk stok niaga nanti. Bukan apa, daun pisang jika salah cara penyimpanannya boleh mengakibatkan daunnya cepat lebam, birat dan mudah rosak.Rugi pula bila dah rosak, membazir nanti.Lagi pula daun pisang ini boleh tahan juga harganya.
Boleh ikut cara simpan daun pisang seperti yang dikongsikan oleh peniaga kuih, Puan Ros Zita Burhanini sebagai panduan;
Cara saya menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Daun pisang dalam video ni adalah simpanan saya untuk jualan kuih di bulan puasa.
Mingguan Wanita:Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh lah mencuba sendiri dirumah nanti. Tip ini juga sangat bagus dicuba bagi penjual kuih muih mahupun nasi lemak yang menggunakan daun pisang dalam jumlah yang banyak, jadi tidaklah rugi mahupun membazir jika daun pisang rosak.
Bagi mak-mak yang suka berkebun, memang geram bila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat, hama, kutu,ulat beluncas, Afid, thrip, lalat putih dan sebagainya.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri pati semburan kawalan serangga perosak secara organik hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Memang cukup mudah, namun sangat berkesan!
Ikut cara yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah ini sebagai panduan.
Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit dah siap. Namun kesannya sangat power. Boleh pecah perut si thrip and the gang bila kena penangan pati air blender ini.
Petang ni kita proses lagi kawalan serangga secara organik.Kali ni kita buat pati stok untuk 500 ml air.
Bahan-Bahan:
32 gram cili api
32 gram halia
63 gram bawang putih
Cara Membuat:
1. Ketiga-tiga bahan ini dikisar secara berasingan. Lepas tu tapis.
2. Bila siap bertapis baru kita campur kesemua pati tersebut. Masukkan dalam botol dan simpan.
3. Bila nak guna, ambil 30 ml pati ni dan dicampurkan dengan 1 liter air. Nak lagi padu, tambahkan 5 ml minyak tanah untuk satu liter air. Spray bawah daun.
Afid, thrip, lalat putih dan hama memang takut sangat dengan pati ni. Pendek kata, kena je terus pecah perut 4 beradik ni.InsyaAllah pokok kita nanti akan bebas dari perosak.
Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri semburan kawalan serangga perosak ni. Guna bahan semulajadi je, namun berkesan! Tanam-tanaman dan pokok-pokok kesayangan pun dapat diselamatkan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.