Selama ini macam mana cara mak-mak lerai jagung terutama bila nak buat bubur. Cungkil satu-satu guna pisau, atau lurutkan saja dengan pisau. Cara pertama itu, akan buatkan tongkol keras ikut sekali. Cara kedua pula buatkan isi manis jagung separuh terbuang.
Haa.. cara yang diajarkan oleh peniaga jagung ini memang mudah dan tak ambil masa yang lama pun. Kalau nak buat bubur jagung ke, corn in a cup ke, popcorn ke memang tak perlu susah hatilah.
Mana yang ada anak-anak tu, boleh ajak anak terut serta melerai.. memang boleh jadi aktiviti seronok ketika di dapur. Ini pun cara nak bagi anak seronok makan. Bila mereka sama-sama bantu mak sediakan bahan masak.
Cara Mudah Lerai Jagung
1. Pastikan ada screwdriver dan jagunglah ya.
Ads
2. Belah jagung kepada dua bahagian.
3. Cungkil jagung dengan srewdriver tadi.
Ads
4. Cungkil sampai jadi kecil-kecil macam gini.
Ads
5. Jagung sedia dileraikan. Tolak saja dah boleh lerai dengan cantik. Anak kecil pun akan berebut-rebut buat benda ni. Sebabnya seronok.
Bukan sekali ini, tragedi kebakaran yang melibatkan anak-anak tahfiz. Sebelum ini, tragedi di Pondok Pak Ya sama pilunya sebagaimana yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Lalu bermacamlah cerita yang disampaikan baik secara sahih mahupun sekadar pandangan. Ada yang tepat, tak kurang juga yang menambah pilu di hati pihak yang terlibat.
Biar apa pun pandangan, anak-anak tahfiz di pusat mahupun madrasah yang lain perlu meneruskan rutin mereka seperti biasa. Di sebalik, kehidupan mereka ada hakikat yang kita takkan faham. Moga catatan ringkas namun menusuk ke dalam jiwa daripada Ustaz Syukri Fairuzmembolehkan anda sedar bukan mudah tugas anak-anak ini. Moga anda juga boleh berlapang dada dan bersangka baik dengan apa juga yang Allah tentukan dalam kehidupan kita ini.
1. Hidup dalam airmata.
2. Kecil-kecil lagi sudah terpisah dengan kasih ibu bapa.
3. Di madrasah juga selalu dirotan dipalu oleh guru setiap kali hafaz lupa juga menjadi bahan rotan guru.
4. Makan disukat dan terhad ..pendek kata semuanya yang sedap ditekak tak boleh makan.
5. Orang lain berbaju biasa.. anak Tahfiz ke sana ke mari memakai jubah serban.
6. Balik kampung kena kutuk…kena jadi kambing hitam diejek-ejek sebab ketinggalan zaman.
7. Tiada game, TV, astro, pasaraya dan wayang… pun rasa sedih …
8. Kena buli itu biasa di tahfiz.
9. Kena belasah. Kena curi barang-barang juga biasa.
10. Tapi bila imam dia no. 1 dalam kampung.
11. Sebaris dengan orang-orang purba yang dah uzur di surau tempatan.
12. Dia jadi guru kepada orang-orang tua di kampungnya.
13. Dah khatam Al Quran sibuk mengaji Arab…dan a’limm…
14. Pengabdian seumur hidup di dalam Tahfiz…juga dalam airmata.
15. Tangisan demi tangisan dalam menghadapi ujian hidup…sebagai seorang Tahfiz.
16. Bila dewasa sudah matang perwatakan dihantar ke Medan perang…yang asing…
17. Buka madrasah di tempat asing…
18. Terus menangis menerima tomahan, tuduhan, cemuhan dan fitnah sebab Tahfiz punya pasal di kalangan masyarakat.
19. Yang lelaki difitnah oleh wanita… jika Tahfiz wanita pula difitnah oleh lelaki asing.
20. Kehidupan Tahfiz tak pernah bising ia terus sunyi dalam jiwa mereka… yang lain dari org lain.
21. Dituduh bermazhab asing dengan orang kampung yang khianat.
22. Dana disekat.
23. Kehidupan terus dengan airmata.
24. Gaji tidak diberi untuk jalankan Tahfiz.. anak-anak mereka terus menangis kelaparan.
25. Tiada suara yang boleh diungkap dengan kata-kata yang bujang ramai yang terlajak… bukan sebab cacat tapi kezaliman dunia terhadap mereka.
26. Walaupun jasadnya tidak rentung dalam kebakaran tapi haqiqatnya namanya dan kehidupan mereka Tahfiz juga sudah lama terbakar.
27. Al Quran sudah lama ditinggalkan… Tahfiz menjadi medan asing di bumi Islam sendiri.
Nama Kak Girl ni dah viral di media sosial. Semua gara-gara video parodi lagu Hindustan Chamiyya.. Chamiyya tu. Aksi lip sync dengan gelagat lucunya boleh buat anda tak kering gusi. Lagi-lagi perati gaya ‘stone’ suami Kak Girl di sebelah. Selamba.. macam tak ada apa-apa.
Siap boleh gosok-gosok mata tanpa perasaan. Bila dah satu dunia tonton, tentu-tentu ada saja suara-suara berbunyi macam ini; ‘Tak malu ke suaminya?’ ‘Kenapa sanggup buat macam ni?’ ‘Tak ada Kerja Lain ke?’ Dan macam-macam lagilah kata-kata kecaman yang menakutkan.
Sebenarnya, kalau anda tahu di sebalik kisah hidup Kak Girl, pasti anda akan buka mata dan berlapang dada. Sebabnya inilah jiwa Kak Girl. Dia buat semua ini pun dengan restu suami dan mamanya.
Bila ditanya reaksi suami yang relaks semacam tu. Ini jawapan Kak Girl ketika di temu bual Web Mingguan Wanita.
“He’s my biggest fan. Tiada apa yang nak dimalukan. Yes. He’s the best! Dia tahu gila-gila saya macam mana. Bak katanya, sebab itu dia suka saya dulu. Tak fake. Alhamdulillah, husband saya seorang yang sporting.” Kata Kak Girl lagi, suaminya itu positif orangnya.
“Dia tahu minat saya, sebab itu dia support apa saya nak buat. Asalkan saya tak melampaui batas. Dia juga tahu saya minat berlakon malah dia sanggup hantar saya ke KL untuk casting. Like he always said, hidup ini sekali je. Why don’t you just try? Do whatever you love to do as long as you always remember me.” Sweetkan suami Kak Girl. Kalau tak rasa terharu tak tahulah.
Perkenalan Kak Girl dengan suaminya berlaku di Singapura sekitar tahun 2013. Mereka sama-sama bekerja di sana. Lepas setahun, mereka bertunang. Dan bernikah setahun kemudian iaitu pada Februari 2015. Sampai sekarang mereka belum dikurniakan cahaya mata.
“Dia terpesona dengan sikap saya yang easy going, full of humor dan tahu macam mana nak survive. Itu kata-kata dia pada saya masa saya tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya. Kalau ditanya pada saya pula, saya suka sikap suami yang tak mudah melenting, soft spoken dan tidak judgemental. Dia seorang yang relaks.”
Hah! Nampak…sebab itulah tuhan marah kalau kita kecam orang tak hengat. Kerana belum tentu hidup kita lebih sempurna dari orang yang kita kecam. Sebab itulah, tuhan memberikan kita ujian setimpal dengan kekuatan kita itu.
Nama sebenar kak Girl, Nur Amira Maslan, 30 Dia yang berasal dari Kg. Melayu Majidee Johor Bahru ini juga dikenali dengan nama Meera James. Suaminya, Mohd Hafizi Marzuki, 26 berasal dari Pancho Muar, Johor.
Macam mana Kak Girl dapat nama? Nama Kak Girl tu sebenarnya gelaran yang diberikan sepupunya yang suka memanggilnya dengan nama Kak Girl. “Saya suka berbual, gelak-gelak sambil dia panggil saya Kak Girl. Sebabnya saya suka bercakap dan tiru gaya ‘adik-adik’. Kawan-kawan saya pun ramai dari golongan itu. Dan saya sangat senang dengan mereka.”
Kalau di rumah, Kak Girl di panggil Kak Long. Kawan-kawan yang rapat menggelarnya Makyam.
“Gelaran je tau. Bukan makyam betul..” pannnndai Kak Girl bergurau.
Sejak kecil, Kak Girl minat betul dengan drama Hindustan. Dari situlah, Kak Girl mula hafal lagu-lagu mereka. Itu rahsianya dan sebab itulah bila Kak Girl buat lip sync lagu Hindustan, aksi Kak Girl nampak tepat.
Awal-awal dulu, Kak Girl buat video untuk suka-suka. Koleksi videonya pun tak banyak. Sebaik tahu Sinar FM buat contest lip sync, Kak Girl dah mula buat video banyak-banyak. Semata-mata nak masuk contest.
“Tak ada niat lain.” akuinya.
Hasilnya, Kak Girl menang tempat pertama. Dia juga mendapat gelaran Jaguh Lip Sync (2016). Kalau tengok videonya mesti dalam kereta. Kata Kak Girl itu memang trademarknya. Alasannya, senang.. sebab lagu-lagu banyak dalam pendrive kereta. Itu je..
“Idea mostly spontan. Saya boleh menari lagu Hindustan dengan baik tau. Tapi sebab dalam kereta, saya goyang sikit-sikitlah.”
Sebenarnya nak buat rakaman video ini ikut mood Kak Girl. Bila dengar lagu yang dia suka dan rasa macam nak menari atau lip sync, Kak Girl terus record. “Tapi taklah hari-hari. Ada waktu tertentu.”
Waktu mula-mula memang contest, ramai yang suka dan pm inbox Kak Girl. Siap ada yang request lagu untuk di lip sync dan mention nama mereka. Kak girl juga dijemput bersiaran di TV3 dan bila Ally Iskandar request Kak Girl buat lip sync lagu Beyonce dan tag IG, Kak Girl pun buatkan.
Pssst: Jangan tak tahu Siti Sarah Raissuddin pun MINTA LAGU dengan Kak Girl!
Dari situ, rezeki Kak Girl makin bertambah. Dia juga dijemput membuat review product. Katanya paling mencabar nak buat video sebegini. Sebab idea kena bersesuaian dengan produk dalam masa sama kena selitkan unsur humor. Seminggu jugalah nak hasilkan video yang memuaskan hati kliennya.
“Saya minat seni lakon. Dari kecil saya dah terdedah dengan aktiviti seni. Contohnya tarian, nyanyian dan teater. Saya pernah berlakon beberapa teater sebelum ni, in fact this July in shaa Allah ada tawaran berlakon teater baru.
“Tahun 2014 saya terlibat dalam pembikinan iklan Raya di bawah online TV, TV Selatan. 2015 saya dapat tawaran berlakon Iklan untuk sebuah Pasaraya di Johor Bahru. Tahun 2016 saya menang Jaguh lip sync, dan baru-baru ni saya baru habis penggambaran filem seram sebagai supporting cast. In shaa Allah filem tu keluar awal tahun depan.
“Saya pernah muncul di kaca TV, siaran TV1 Selamat pagi Malaysia, TV3 Malaysia Hari ini dan siaran Astro Ria Motif Viral.
“Alhamdulillah ada yang cam saya. Suruh berenti dan ambil gambar. It was fun. Saya malu juga sebab saya bukanlah artis, tapi saya berhenti dan sama-sama ambil gambar sebab saya hargai sokongan mereka yang sukakan dan support saya. Mostly yang menegur semua orang positif. Syukur.”
Keluarganya menerima minatnya itu. Mereka sangat memahaminya. Malah Kak Girl kenal dunia seni pun kerana mamanya.
“Mama tahu anaknya berbakat dan dia terus sokong minat saya. Mama dan suami antara tulang belakang saya. Ayah mulanya tak berapa suka sebab ayah tak minat seni. Tapi lama-lama dia faham dan okay. Dia tahu saya cuma melawak.” Tambah anak sulung dari lima beradik ini lagi.
“Adik-adik saya semua okay. In fact, adik saya yang kedua, Amir Asyraf terlibat dengan teater dan adik bongsu saya, Aria terlibat dengan nyanyian profesional. Kami saling menyokong.”Akhirinya yang juga seorang blogger.
Ini kisah seorang makcik di Melaka yang sanggup meredah hujan dengan motosikal dengan anak lelakinya bernama Hafiz membonceng di belakang. Mereka menuju ke booth Leaderonomics untuk ‘membuat’ resume anaknya. Di sana makcik tersebut telah bertemu dengan Aaron Tang yang bertugas di booth ketika itu. Cerita yang terjadi di dalam booth itu semakin menyayat hati
Hari Sabtu lepas, aku ke Melaka bersama team aku dari Leaderonomics. Kami ke sana untuk megendalikan “CV Clinic” bagi pengunjung Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan. Tujuan “Klinik” ini untuk menyemak resume graduan muda (dengan percuma) dan memberikan mereka tips untuk memperbaiki resume.
Kerja menyemak CV ini tak senang. Ada colleague aku yang jumpa >50 orang setiap hari, sampai suara pun hilang; tapi kami gembira sebab dapat menolong orang muda. Dan kadang-kadang, cerita menarik akan muncul daripada sesi-sesi kami; cerita gembira, cerita sukses, dan cerita sedih.
Ini cerita aku dari minggu lepas; cerita yang buatkan aku hampir menangis.
Cerita ini bermula sekitar lunch hour, masa tak ramai pengunjung dekat booth kami. Hanya tinggal aku, dan seorang lagi colleague (yang duduk jauh dari aku, so dia tak nampak apa yang berlaku).
Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview. Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambil inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.
“Kat sini boleh buat resume ya?” tanya budak itu.
“Oh, sorry dik — kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawa resume, saya boleh tolong.”
“Oh… Diaorang bagi tau sini boleh buat…” Makcik menjawab.
“Sorry makcik, sini memang kitaorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti Abang ni boleh sambung buat kat rumah.”
Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip “What Makes a Good Resume” aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.
“Hafiz (bukan nama betul), dekat Uni you belajar apa?”
“Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas.”
Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.
Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu juga, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.
“Sejuk ke?” aku tanya, soalan tipikal.
“Ah ah… time kitaorang datang tadi, hujan lebat.”
“Macam mana datang tadi?” aku tanya lagi.
“Naik motor dik.”
Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?
“Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?” aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.
“Boleh abang tolong buatkan tak?” Hafiz tanya.
Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana. Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.
Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain.
“Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan…” Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.
“Makcik, untuk company sini semua — kena print resume pakai computer,” aku membantah. “Lagipun, company-company sini perlukan at least Diploma atau Ijazah.”
“Takpe, tak susah sangat pun,” dia tak dengar aku. “Makcik dah tanya tadi… company XXX cakap boleh. Tapi kena hantar resume. Diaorang cakap sini boleh buat.”
Kepercayaan boleh menjadi kenyataan. Aku surrender. Dan tolong mak dan anak habiskan resume tulisan tangan mereka. Sampai bahagian “Activities,” aku bertanya: “Makcik, Hafiz pernah buat apa-apa aktiviti ko-korikulum tak? Macam sukan ke…?”
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
Aku terdiam. Ambil time sedikit untuk sedar apa sebenarnya maksud “istimewa.” Semuanya start masuk akal sekarang. Makcik menghabiskan resume anaknya, dan meletakkan pen.
Aku semak hasil kerjanya: resume paling hodoh yang pernah aku nampak. Dan juga resume paling indah.
Tapi mission kami belum complete lagi. Takkan aku nak biarkan CV yang disemak oleh Leaderonomics macam tu saja. So aku bawak Makcik dan Hafiz ke booth jiran kami. Boleh sewa komputer dan printer; siap boleh ambil gambar pasport lagi. Dengan bantuan mereka, kami akan menunaikan tugas Makcik.
Hafiz tinggalkan aku dengan Makcik untuk mengambil gambar pasport. Aku tengok Makcik. Aku curious. Aku ingin tahu kenapa Makcik bertungkus lumus hustle sangat.
“Makcik masih lagi kerja ke?” aku tanya.
“Oh tak, dulu makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser.” Makcik jawab dengan penuh tenang sampai aku tak boleh percaya dan tanya dia lagi.
“Makcik ada apa!?” tanya si bodoh Aaron.
“Makcik ada kanser ovari.” dia jawab tanpa emosi. Aku masih tak boleh terima.
“Oh, tapi Makcik dah sihat kan? Sebab boleh bawa Hafiz datang sini?”
“Tak, sebenarnya dah merebak ke hati makcik. Tapi makcik tabahkan hati. Dan fikir positif. Sebab nak teruskan perjalanan hidup ni.”
Aku sebak; dah tak tau nak kata apa lagi. So aku just tolong Makcik dan Hafiz menyempurnakan mission mereka pada hari itu. Aku harap cukup.
Semoga Tuhan memberkati kamu dan anak kamu Makcik. :’(
Aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa mereka lagi. So aku tahu yang aku kena tulis cerita ini; cerita mereka. Mungkin cerita ini ada pengajaran untuk sesiapa yang tengah melalui masa yang susah. Mungkin ia boleh berikan semangat kepada engkau; seperti ia berikan aku semangat.
So, kalau kau tengah susah sekarang; kalau kau ada bos yang perangai macam setan; kalau klien kau menghentak meja depan muka engkau; kalau kau rasa macam kau susah sangat nak berjaya dalam hidup…
Aku nak kau tahu bahawa somewhere dekat dunia ini, ada seorang ibu yang menghidapi kanser; yang sanggup bawa anak istimewanya naik motosikal bawah hujan lebat – untuk fight untuk peluang dalam dunia yang dia langsung tak memahami, dan anaknya langsung tak berkelayakan.
Ibu itu akan melawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk japawan, dan lakukan sedaya upaya untuk apa yang dipercayai dan dicintainya.
Dan kalau dia boleh tabahkan diri dan fikir positif, mungkin kau pun boleh.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.