Bukan semua orang berkemampuan untuk beli lauk mahal-mahal. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, ramai yang terjejas daripada sumber pendapatan. Lauk sekadar yang mampu, namun cukup membangkit selera dan mengenyangkan seisi rumah, apatah lagi air tangan daripada mak tersayang.
Kadangkala walaupun lauk simple, seperti sambal racun ni yang hanya guna 3 ramuan asas yang utama, namun rasa sedapnya tak terkata.
Boleh cuba resipi Sambal Racun yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina ini.
Arini petang baru terasa nak makan nasi.Tapi teringin makan macam ni. Dulu arwah mak ade masa sekolah-sekolah kalau mak takde duit nak beli lauk mahal-mahal dia goreng bilis terus buat sambal racun ni.
Nak tau kenapa sambal racun nampak simple tapi sedap dia ya Allah memang makan meracun fikiran nak tambah 5-6 kali hahaa.Boleh simpan di bekas kecik bertutup simpan peti ais tahan 1-2 bulan tau.
Geng dia nasik panas, ikan goreng ke bilis goreng, minyak ikan goreng tu letak kat nasi sikit dapat kicap renjis-renjis kat nasik, sumpah kalau tak tambah 2 kali memang sengaja la
Bahan-Bahan:
15-20 tangkai cili padi kalau kampung lagi sedap. Takde stok cili padi kampung tadi.Campur colour merah hijau lawa sikit sambal nanti. Kalau nak buat banyak tambah lagi kuantiti ek mana tau nak simpan
2 ulas bawang merah ( tengok jenis bawang, mak tunjuk bawang tu sedap)
1 inci belacan tapi kalau suka belacan lebih letak je
Cara Membuat :
1. Goreng dengan minyak sedikit kalau tak nak cili tu letup-letup, patah-patahkan cili tu ye
2. Dah layu masukkan dalam lesung.
3. Tambah 2 sudu besar gula dan sedikit perasa. Tumbuk lumat.
Ads
4. Tambahkan minyak goreng cili dan belacan serta bawang tadi dalam 1-2 sudu besar. Kacau kan.
5. Tambah perahan asam limau. Alhamdulillah siap.
Kalau rasa ni makan dengan ulam gitu saja pun sumpah sedap giler.
Mingguan Wanita : Mudah nya buat sambal Racun ni, guna 3 ramuan bahan utama je. Sambal simple macam ni memang sedap, boleh bangkit selera makan bertambah-tambah nanti. Kena cuba!
Bulan Ramadhan biasanya masjid-masjid sediakan bubur lambuk untuk dibawa balik. Kadang itu terpaksa beratur panjang untuk dapatkannya. Lagipun, bubur lambuk masjid ini selain nostalgia, dia ada rasa yang special.
Istimewanya resepi bubur lambuk yang dikongsi Nur Haziqah ini, masak dalam rice cooker je. Dan rasanya sama macam bubur lambuk yang dapat di masjid-masjid.
“Bubur lambuk banyak versi. Bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ini bubur lambuk style Utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ini. Tak pasti tempat lain.”
“Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.”
Bahan-bahan
• 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup – dihiris kecil
• 1 batang carrot – potong dadu
• 1 biji ubi kentang – potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam
Cara-cara Buat Bubur Lambuk Rice Cooker
1. Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. 3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan beras ke dalam rice cooker. 7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot. 8. Masak sehingga beras kembang.
9. Bila beras dah kembang , masukkan santan , gula , garam , serbuk lada hitam , daun sup dan bawang goreng.
10. Masukkan daun sup dan bawang goreng.
11. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.
Kenapa Asal Bulan Ramadhan Sediakan Bubur Lambuk
Bubur lambuk itu sendiri ada bermacam-macam jenis. Macam di Terengganu, dimasak dengan pelbagai jenis ulaman dan isi ikan. Pulau Pinang pula dimasak bersama daging, rempah ratus dan taburan daun sup, bawang goreng.
Jangan tak tahu, bubur lambuk ini antara hidangan favourite sepanjang bulan puasa. Kalau tidak, tak adalah orang ramai sanggup beratur panjang di masjid-masjid.
Kata Master Chef Rossham Rusli, bubur lambuk ini :
√ Dari segi kesihatan, bubur ini sesuai dihidangkan untuk keselesaan perut yang kosong. Lagi-lagi setelah berpuasa lebih 12 jam
√ Bubur merupakan makanan yang bantu sistem pencernaan yang baik untuk perut.
√ Ia mengandungi karbohidrat dan bantu beri tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.
Salah satu menu masakan yang sedap dari Padang, Indonesia mesti dicuba adalah Rendang Daging Minangnya. Sedap di makan dengan nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.
Rupanya nak buat rendang Minang ini mudah je, tak renyah dan bahan-bahan pun tak banyak. Menurut perkongsian Puan Ayu Susanti, nak buat Rendang Minang ni tak perlukan minyak, tak payah tumis dan tak gunakan kerisik. Resipi yang dikongsikan ini daripada ibunya yang memang berasal dari Padang, Indonesia.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorang adik beradik tak sabar-sabar nak makan. Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.”
“Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin.”
Bahan-Bahan:
A
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering pedas *
Halia *
Lengkuas*
(*blender)
B
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
(campak dalam kuali)
Santan
Daging
Cara Membuat:
1.Panaskan kuali masukkan daging serta semua bahan-bahan A dan B.
2.Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
3.Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.
Info Ekstra!
Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Jika selalu mee segera kita masak berkuah mahupun bergoreng, ia juga boleh dibuat kerabu yang sangat sedap.Namun pastikan guna mee segera dari Siam baru jadi. Nak buat pun mudah sangat, tapi kalau nak rasanya lebih ummph letak perahan limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai panduan;
Kerabu Mee Segera Tom Yam Siam.Mak mertua beri saya mee segera jenama dari Siam. Saya tak boleh makan disebabkan gastrik, jadi saya masak terus jadikan kerabu buat minum petang untuk staf di tempat kerja suami.
Bahan-Bahan:
4 bungkus mee segera Siam, perisa Tom Yam. Halal cop Thailand.
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula putih/gula perang
1 sudu kecil pes asam jawa
Jus perahan limau nipis
Cili padi, tomato, bawang besar (dihiris)
Filamen ketam (direbus)
daun salad
Lobak merah (dihiris)
Cara Membuat:
1. Mee direbus dalam air mendidih selama 3 minit. Angkat dan toskan. Saya rebus mee segera ni selepas bahan sos nya sudah sedia ya.
2.Campurkan kesemua serbuk perasa dan minyak yang disediakan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan sos ikan (jangan campur garam dah ya).
4. Masukkan gula putih atau boleh gunakan gula perang.
5. Masukkan pula pes asam jawa.
6.Disebabkan saya terlupa beli limau nipis, saya cuma guna jus pati limau nipis di dalam botol. Untuk rasa yang lebih umpph, saya cadangkan guna perahan jus limau yang betul.
7. Boleh masukkan hirisan bawang merah, lada kecik hijau dan tomato yang dipotong kecil.
8. Gaul sebati.
9. Masukkan mee segera yang direbus.
10. Gaul sebati.
11. Kemudian masukkan filamen ketam (direbus), daun salad, dan hirisan lobak merah. Untuk tambahan lagi sedap, boleh campur hirisan daun ketumbar.
MW: Menarik resipi KERABU Mee Segera Tomyam Siam ni. Nak rasa lebih umpph rupanya letakkan sedikit perahan limau nipis dan hirisan daun ketumbar. Boleh cuba nanti!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...