Bersempena bulan ramadan yang mulia, ramai yang mencari rezeki lebih dengan berniaga di bazar serta melipatgandakan amalan menerusi kerja-kerja kebajikan.Tidak kerkecuali merebut peluang ini adalah Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson,33 yang merupakan isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra,45.
Bertuahnya rakyat di Jajahan Kota Bharu, dapat merasa meatball yang dimasak sendiri oleh Cik Puan Sofie Louise Johansson, yang dijual di Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.Bukan itu sahaja, turut dapat meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan ini.
Aktiviti Jualan Amalan
Ia bersempena aktiviti jualan amal “Buy & Eat For Charity” yang dianjurkan, serta hasrat Cik Puan Sofie hasil jualan amal tersebut akan disalurkan ke badan-badan kebajikan dan anak-anak yatim. Aktiviti jualan amal dibuat begitu sahaja tanpa protokol dan tanpa perancangan awal oleh pihak urusetia.
Penampilan Cik Puan Sofie cukup manis, cantik bergaya memakai kebaya rona lembut dan berselendang merah jambu serta bersahaja memakai apron yang yang tertulis ‘Pasar Tani’. Malah Cik Puan Sofie juga tidak kekok menyantuni orang ramai semasa jualan amal tersebut.
Ads
Had 3 Bungkus & Habis Kurang Satu Jam
Menariknya, jualan berjalan lancar dan hampir tak menang tangan pada awalnya hingga urusetia had kan tiap seorang boleh beli maksima 3 bungkus sahaja. Dalam masa kurang sejam, meat ball yang dijual habis dibeli oleh para pengunjung bazar.
Turut berangkat mengiringi YBhg. Cik Puan Sofie adalah YTM Tengku Mahkota sendiri, menemani isteri tercinta sambil beramah mesra dengan rakyat jelata sekitar khemah jualan.Baginda sempat bagitau Che Puan Sofie masak meat ball, menggunakan 7 kilo daging.
Ads
Rakyat ternyata kelihatan begitu teruja dengan kemunculan baginda serta isteri dan ada diantaranya tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama.
Ads
Terdahulu, Cik Puan Sofie membesar di Linköping,bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.Pasangan diraja ini berkahwin pada 19 April 2019 lalu, di Istana Balai Besar.
MW: Bertuah sungguh dapat rasa air tangan diraja. Cik Puan Sofie Louise Johansson, bukan sahaja cantik, pandai memasak malah cukup bersahaja bergaul mesra dengan rakyat jelata.
Setiap individu pasti akan melalui fasa penuaan apabila tiba waktunya. Namun perkara tersebut tidak sama dilalui oleh wanita ini, yang kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.
Tak terbayang perasaan apabila menghadapi keadaan sebegini. Walaupun usia masih muda, tapi keadaan fizikal tua, mengalami kulit kendur, berminyak dan sendi otot lemah.
Seorang model kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulitnya kendur akibat menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Meskipun terkejut dengan perubahan drastik kulitnya, Sara Geurts, 28, tidak menjadikan penyakitnya halangan untuk menjadi seorang model dua tahun lalu.Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu.
Memulakan kerjayanya pada 2017, Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Sara kini memiliki peminatnya tersendiri dan hampir 80,000 pengikut di Instagram miliknya. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot.
“Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus,” katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.
Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli.
“Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.
“Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di ‘Tumblr Page’ ‘Love Your Lines’.
“Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya,” katanya.
MW: Kasihannya, namun kagum dengan semangat wanita ini.Tetap yakin dan positif dalam menghadapi kekurangan diri.
Tiada perkara yang lebih membahagiakan bagi pasangan suami isteri, apabila bakal menerima cahaya mata didalam rumahtangga sebagai pengikat kasih sayang. Walaupun masih dalam mood pengantin baru, alhamdulillah rezeki buat pasangan pelakon Fasha Sandha,35 dan Aidil Aziz,31 apabila mengumumkan bakal menerima anak pertama hasil perkahwinan mereka yang dijangka lahir pada Februari tahun depan.
Menerusi posting terbaru Fasha Sandha, pelakon ini ada kongsikan perasaannya setelah disahkan hamil dan menjawab pelbagai pertanyaan ramai yang sering diterima di Instagramnya.Antaranya tips mudah hamil, bahagia peluang kedua serta tips kekuatan selepas perceraian.
Menjawab persoalan tersebut, menurut Fasha kena percaya pada keajaiban doa dan tukar cara berdoa agar segera dimakbulkan disamping berusaha. Fasha turut berpesan bahawa segala didalam dunia ini adalah pinjaman dan banyakkan berdoa agar ia berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Syukur Alhamdulillah.Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan”.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.”
“Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle. Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat”
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.”
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui.” “Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri”.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah”
“Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis ?I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat,kenangan manis ❤Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita).Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur”
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac lalu.Ia merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli,6 dan Putri Raysha Jemaima,5.
MW: Setuju dengan apa yang Fasha Sandha kongsikan. Banyakkan berdoa dan percayalah pada keajaiban doa.Meminta dan merayu pada Nya tanpa henti, insya Allah segala yang dihajati akan segera dimakbulkan. Buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz, tahniah diucapkan, semoga kandungan sihat dan membesar dengan sempurna serta menambah kebahagiaan dalam rumahtangga.
Memasuki hari ke-45, Acap atau Mohammad Ashraff Hassan, 29 hilang di Gua Tempurung dan masih belum ditemui sehingga kini. Lebih sebulan abangnya, Mohd Zahiruddin atau Denny Lang tak putus asa mencari adiknya yang hilang ini.
Nampak benar susut fizikal malah mata letihnya sepanjang misi mencari adiknya, Acap. Dan sehingga 2 Ramadan ini, Denny masih tak putus harap.
Malah buat pertama kalinya, dia berkongsi video rakaman kelibat dan ditanda circle mark dalam gua. Kelibat itu diperoleh ketika misi SAR teamnya mencari, adiknya di Gopeng.
“Untuk pertama kalinya, posting saya ada circle mark (bulat). Jika kelibat ini benar adik saya, Acap. Maka izinkanlah dia pulang.” Ini harapan seorang abang pada 2 Ramadan ini.
Maklumnya lagi, tanda itu terlihat pada video rakaman yang secara tak sengaja diperoleh dari unit dron SAR mereka.
“Sudah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Sedikit coretan pada misi tempoh hari. Alam mistik terlalu sukar untuk kita fahami.”
“Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dalam isu ini. Tapi kuasa Allah, bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dengan seribu satu kisah di bumi Gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami.”
Beliau juga maklum sosial media ini bersifat terbuka.
“Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng. Mungkin ada yang bersa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yang terlalu sensitif untuk mereka perkatakan.”
“Namun, percayalah. Jauh di sudut hati saya, tiada lain yang saya harapkan. Hanya kepulangan Acap sahaja menjadi fokus utama saya.”
“Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan Acap terpaksa diambil kira.”
Tegasnya,
“Saya tak boleh berhenti di sini. Maafkan saya.”
MW : Semoga Ramadan ini membuka jalan untuk Acap ditemui semula. Sungguh, keluarga ini diuji dengan kehilangan Acap yang cukup menduga.
Namun, kegigihan seorang abang ini juga bukti kasih yang tiada galang gantinya. Cukup tulus dan seharusnya menjadi teladan yang baik untuk adik beradik yang ada di luar sana.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.