Sememangnya tak salah jadi susah kerana hilang pendapatan atau pekerjaan, tapi jangan malas dan sentiasa harapkan bantuan sahaja.
Menjadi susah itu bukan kehendak kita, namun sekurang-kurangnya cubalah berusaha memperbaiki hidup. Jika kita malas dan kemudian langsung tidak berusaha sudahnya nanti lama-lama akan menyusahkan hidup kita juga.
Kongsi Firdaus Shakirin, dalam banyak-banyak susah zaman pandemik ini, ada satu “susah” yang bila dibantu pun masih tidak cukup…
Tapi Jangan Malas
Susah dan malas…
Sudah hilang kerja, tapi tak mahu keluar cari kerja lain… Juga sudah hilang pendapatan, tapi tak hendak fikir jalan untuk ada pendapatan…
Sudah tiada benda atau makanan untuk dimakan, tapi tetap tak mahu keluar cari bantuan…
Duduk di rumah, kemudian asyik mengeluh susah…
Kita ini betul-betul akan susah kalau kita tiada usaha langsung… Tapi kalau kita ada usaha, insyallah susah itu akan jadi tak berapa hendak susah…
Semalam saya lalu depan satu masjid ini, saya nampak papan tanda, “Kalau memerlukan bantuan makanan atau keperluan harian, sila hubungi tok imam…”
Inisiatif dari pejabat zakat…
Hubungi tok imam, tok imam akan hulurkan bantuan… Kalau tak kenal tok imam, hubungi pejabat zakat berdekatan…
Jika kita hendak mohon pertolongan, tak boleh berpeluk tubuh tunjuk anak tiada apa hendak makan kalau kita sendiri segan untuk berusaha…
Ads
Usahakan untuk hubungi sesiapa yang boleh bantu kita, usaha untuk meminta, usaha untuk mencari perlu ada dalam diri…
Tak Salah Jadi Susah Kerana Hilang Pendapatan
Tak salah jadi susah sebab hilang pekerjaan atau pendapatan, tapi jangan jadi malas dan mengharapkan sentiasa diberi pertolongan… Konsep rezeki, selagi kita usaha, selagi itulah ada rezeki untuk kita sekeluarga…
Usahalah sedaya yang mampu… Selebihnya, baru tawakal kepada Allah SWT…
Jangan pula tawakal tanpa usaha… Kalau sudah lama tak berhubung dengan Allah, maka masa susah inilah digunakan untuk perbaiki hubungan dengan Allah…
Dia yang memberi, maka Dia-lah yang patut kita cari…
Mingguan Wanita : Usaha dulu sebaik mungkin, kemudian barulah berserah. Begitulah cara sebaiknya. Renung-renungkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Rasa cinta pada negara dan tanah air boleh dizahirkan dengan pelbagai cara. Atas sebab ini, seorang ibu di Indonesia ternyata cukup kreatif telah menamakan empat daripada enam nama anak-anaknya dengan Indo, Nesia, Tanna, Air. Lebih istimewa apabila nama-nama ini digabungkan ia menjadi “Indonesia Tanah Air”.
Demi Cinta Pada Negara
Empat adik-beradik di Indonesia mengundang perhatian netizen selepas mendedahkan mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka, lapor portal berita Okezone semalam.
Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripada mereka memberitahu, nama tersebut diberikan oleh si ibu demi cinta pada negara.
“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.
“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.
Mempunyai Nama Lain
Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.
Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di laman TikTok, Nesia ialah anak ketiga yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.
Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak kelima pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.
Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain.
Isteri maut dikelar suami, suspek cuba bakar rumah ibu mentua. Seorang lelaki berusia 33 tahun kini direman selama tujuh hari selepas disyaki mengelar isterinya sehingga maut dalam satu kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, pada pagi Isnin.
Isteri Maut Dikelar Suami, Suspek Cuba Bakar Rumah Ibu Mentua
Menurut sumber, selepas kejadian pembunuhan tersebut, suspek bertindak memandu sejauh kira-kira 40 kilometer ke rumah ibu mentuanya yang terletak di Lenga, Pagoh. Di situ, dia dipercayai cuba membakar rumah tersebut namun gagal, dan hanya sempat membakar beberapa buah kenderaan yang berada di bahagian luar kediaman berkenaan.
Usaha suspek untuk melarikan diri tidak bertahan lama apabila pihak polis berjaya mengesannya dan menahannya semula di kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.
Seorang lelaki yang juga penganggur disyaki mengelar isterinya sehingga maut dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bukit Gambir, di sini pada Isnin, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek yang merupakan seorang penganggur, kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada pagi Rabu sekitar jam 8.30 pagi dengan kawalan ketat oleh anggota polis.
Difahamkan, ketika berada dalam lokap mahkamah, suspek secara tiba-tiba melaungkan takbir dan mengucap dua kalimah syahadah dengan suara lantang, namun kelihatan tenang sewaktu diiring masuk ke pekarangan mahkamah.
Seorang lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah mentua dalam kejadian pada Isnin.
Majistret Lee Kim Keat telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. Tempoh reman tersebut bermula hari ini sehingga Selasa hadapan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi pihak polis akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kerana melakukan khianat dengan api.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik tindakan suspek yang mengejutkan ini.
Peguam ibu Zara Qairina nafi terima arahan saman doktor terkenal – “Tidak betul..” Peguam kepada Noraidah Lamat, 45, iaitu Hamid Ismail, menegaskan bahawa khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai tindakan saman terhadap seorang doktor terkenal adalah tidak benar.
Peguam Ibu Zara Qairina Nafi Terima Arahan Saman Doktor Terkenal – “Tidak Betul..”
Menurut Hamid, kenyataan yang mendakwa anak guamnya mengarahkan beliau memfailkan saman itu tidak berasas.
“Tidak betul (kenyataan itu),” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sejak awal pagi Jumaat, beberapa hantaran di Facebook mula tular dengan dakwaan kononnya keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor tersebut.
Antara hantaran tersebut berbunyi, “Terkini! Ibu Zara Qairina arah peguam saman seorang doktor terkenal” dan “Memang dia terjun sendiri – Keluarga Zara Qairina bakal saman doktor”.
Untuk rekod, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar. Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian remaja ini mencuri perhatian ramai, termasuk di media sosial, apabila ia dikaitkan dengan dakwaan berlakunya kes buli di sekolah berkenaan.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.