Barangkali telah sampai ajalnya. Seorang lelaki maut setelah melakukan squat sebanyak 300 kali.

Jangan main-main iya, walaupun senaman ini dilihat ringan tetapi jika jarang-jarang atau tidak pernah lakukan ia akan memberi kesan yang besar. Apatah lagi ianya dilakukan dengan tempoh waktu yang lama dan berkali-kali.

Dipaksa Melakukan Squat

Seorang lelaki di Manila, Filipina maut selepas dipercayai dipaksa oleh pengawal kampung untuk melakukan squat sebanyak 300 kali.

Squat adalah gaya senaman apabila seseorang berdiri dan merendahkan badan kepada posisi seakan-akan mencangkung.

Lelaki itu terpaksa menjalani hukuman berkenaan kerana melanggar kuarantin Covid-19, kata keluarganya.

Melanggar Kuarantin, Perlu Jalani Hukuman

The Guardian melaporkan, mangsa, Darren Manaog Penaredondo, 28, ditangkap membeli minuman selepas jam 6 petang yang didakwa melanggar perintah berkurung Covid-19 di bandar General Trias, di wilayah Cavite, lapor Rappler.

Wilayah itu kini dikenakan status kuarantin yang dipertingkat bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi.

Pasangan kepada Penaredondo, Reichelyn Balce memberitahu Rappler, Penaredondo dan seorang lelaki lain dipercayai melanggar peraturan Covid-19 dan dibawa ke Plaza Malabon di depan dewan perbandaran.

IKLAN

Mengulangi Senaman Kerana Pergerakan Tak Selari

Mereka kemudian disuruh melakukan senaman tekan tubi sebanyak 100 kali.

Pihak berkuasa didakwa mengatakan mangsa dipaksa untuk mengulangi senaman itu jika pergerakan mereka tidak selari.

Akhirnya, kedua-duanya melakukan aksi seperti ‘squat’ sebanyak 300 kali, dakwa Balce menerusi catatan di Facebook (FB).

Penaredondo tiba di rumah pada jam 8 pagi keesokan harinya dan hampir tidak dapat bergerak kerana terlalu penat.

Jatuh Berkali-kali Lakukan Senaman

Penaredondo memberitahu Balce, dia juga jatuh beberapa kali ketika melakukan senaman.

IKLAN

“Sepanjang hari itu, dia kesukaran untuk berjalan dan hanya merangkak,” tulisnya.

Kemudian pada hari itu, dia mula mengalami sawan dan jantungnya terhenti.

Dia dapat bernafas semula untuk seketika, tetapi meninggal dunia kira-kira jam 10 malam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bandar Marlo Nillo Solero berkata, tidak ada hukuman seperti itu bagi orang yang melanggar peraturan Covid-19, sebaliknya mereka diberikan nasihat.

Datuk bandar berkenaan, Jeneral Trias Antonio Ferrer menerusi kenyataan di FB mengesahkan perkara itu sedang disiasat.

IKLAN

MW: Kerajaan atau pihak berwajib mengeluarkan arahan atau undang-undang untuk menyekat penularan Covid-19 demi kebaikan bersama. Namun insiden yang berlaku ini sudah pasti membuatkan pihak berwajib perlu mengkaji semua tentang hukuman yang dijalankan di sana.

Sumber: myMetro

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Lelaki Langgar Kuarantin Meninggal, Selepas Dipaksa Lakukan Squat 300 Kali

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Lelaki Langgar Kuarantin Meninggal, Selepas Dipaksa Lakukan Squat 300 Kali

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI