Selalunya, selepas beli barang dan buat bayaran di pasar raya atau mana-mana kedai, terus kita laju saja jalan, resit pembelian terus masuk dalam beg.
Masa dalam kereta atau di rumah, mulalah terfikir-fikir, kenapa banyak perbelanjaan yang kita bayar tadi. Barulah nak tengok resit yang ada tersimpan dalam bag.
Mungkin ini juga salah satu kecuaian atau mingkin juga silap kita sebab percaya jumlah yang kita bayar sama dengan barang yang kita ambil.
Tak mustahil, ada juga mak-mak yang akan tengok resit dulu sebelum keluar dari pasar raya itu. Nak tengok satu persatu barang yang kita beli.
Bukan kita kedekut atau berkira, tapi keadaan inilah yang boleh membuatkan kita rasa teraniaya. Bukan kerana kedai atau pasar raya itu menipu, tapi disebabkan kesalahan teknikal, kita terpaksa membayar lebih.
Inilah yang terjadi pada Faiz Ibrahim, pengalamannya semasa membeli barang keperluan di sebuah pasar raya. Kena hati-hati dan periksa resit sebelum keluar daripada kedai ye!
Selalu aku tengok orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku pergi Mydin haritu, lepas dah beli barang semua untuk Mak aku, sekali tengok Total RM890 macamtu.
Mahu aku tergamam kejap sebab selalunya paling banyak belanja adalah RM400 lebih saja. Aku duduk dengan Mak aku dan kebiasaan beli barang makan yang boleh tahan sekitar 2-3 minggu. Senang beli sekali terus, tak payah keluar banyak kali, covid kan.
Jadi, aku pun bayar saja walaupun rasa tak sedap hati. Cashier tu cakap, sebab awak beli banyak, sebab itu harga macam tu. Tapi aku masih sangsi dan bayar je dulu. Selepas bayar aku memang selalunya akan check resit semula.
Lepas check punya check, rupanya biji sagu yang harga RM1.40 ni, lepas scan jadi RM400. GILA BAPAK. Ini biji sagu Ayah Pin ke? Dasar biji sagu alam sebalik mata. Hahaha.
Ads
Aku terus ke khidmat pelanggan dia dan alhamdulillah pihak Mydin terus refund balik duit aku RM400. Ni aku puji sebab aku rasa proses aku mintak refund tu, smooth je.
Kesimpulannya adalah, lepas membeli, sila check resit. Kdnag-kadang harga di barang lain, tapi lepas scan, jadi lain. Biarlah orang nak kata kita ni berkira ke, kedekut ke, yang penting kita jangan bayar untuk barang yang kita tak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka. Jangan ditipu dan ditindas sebab nak cari duit bukannya mudah.
Jadi, tak kisah lah di mana-mana hypermarket kita beli, sila semak resit dan jadi bijak sikit. Kadang-kadang ada error dalam sistem dan jangan sebab error tu, kita dianiaya.
Ads
MW: Moral of the story, sebelum keluar dari mana-mana kedai, periksa resit dulu. Bukan sebab kita nak berkira apa, takut tersalah scan. Sekurangnya, kita pun bagi ingatan pada kedai supaya tidak berlaku pada orang lain.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Selalunya bila dapat berita ada ahli keluarga atau rakan yang sakit, ramai yang pandang remeh temeh ADAB MENZIARAH. Dan agak ramai juga yang suka buat beberapa kesalahan ini waktu ziarah orang sakit tanpa sedar. Nak tahu apa yang patut anda betulkan dari sudut melawat orang sakit, baca nota ini…
1. Beritahu nak datang, jangan main terjah
Situasi ini lebih kurang sama macam adab nak pergi rumah orang. Maklumkanlah terlebih dahulu sebelum menziarah kerana anda tidak tahu bagaimana jadualnya di hospital ataupun adakah dia perlukan sedikit masa untuk berehat tanpa kehadiran pelawat.
Kalau pesakit terlantar di rumah pun sama. Harap maklumkan dulu kerana pasangan atau ahli keluarga yang menjaga pesakit itu juga punya life tersendiri. Fahami bahawa si penjaga itu juga perlu rehat atau keluar sebentar untuk menguruskan hal peribadi.
2. Jangan datang pada waktu orang rumah nak rehat
Elakkan menziarah pada waktu makan dan waktu berehat seperti tengah hari dan malam. Memanglah anda datang seorang diri atau berdua, tapi bukan anda saja yang datang melawat. Cuba bayangkan kalau ada 10-15 kali orang datang melawat tanpa henti, bilakah masa si pesakit dan penjaga nak berehat?
3. Sila silent phone
Ini sering terjadi di wad dengan penghuni yang ramai. Pesakit katil no. 1 tak ada pelawat, dia baru nak lelap tapi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi nada dering lagu Aiman Tino versi disko dangdut oleh pelawat di katil sebelah. Tak ke ini satu gangguan?
Sama juga ketika anda menziarahi seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Bayi suka tidur, jadi janganlah kejutkan si comel dengan nada deringan telefon anda. Bukan senang nak tidurkan bayi, ya! Silap-silap anak kecil boleh meragam sebab gangguan.
4. Tak pelulah buat rombongan ‘Cik Kiah’
Kalau boleh elakkanlah datang beramai-ramai memenuhi segenap ruang sampai pesakit rasa sesak nafas. Apatah lagi kalau pesakit berada di wad kelas ketiga hospital kerajaan yang sedikit sempit ruangnya. Kalau anda datang secara berjemaah, lepas itu duduk sembang di sekeliling katil… mestilah pesakit lain terganggu. Cuba buat sistem giliran masuk melawat. Anda bukan hanya perlu hormati pesakit yang anda nak lawat, malah anda perlu juga hormati para doktor, nurse dan semua pesakit lain di situ.
Kalau anda datang melawat pesakit di rumah secara berjemaah, mohon bantu untuk menyediakan juadah dan mencuci pinggan mangkuk setelah menghidangkan air/kuih untuk anda. Jangan datang sedap duduk makan, minum, gelak-gelak pastu balik.
5. Jangan duduk lama-lama berbual kosong
Kalau setakat datang nak borak kosong gosip artis, lebih elok anda balik melainkan orang yang anda ziarahi tu duduk di wad single patient dan mempunyai sakit yang tidak begitu kronik.
Kalau pesakit duduk di bilik multiple occupancy, mohon hormati pesakit lain dalam bilik yang sama. Wad hospital bukanlah tempat yang sesuai untuk sesi catch up bersama keluarga atau rakan-rakan. Pesakit pula memerlukan rehat yang secukupnya.
6. Bawa buah tangan yang sesuai
Haaa… jangan sesekali pergi tangan kosong ya. Tanya dulu apa yang pesakit boleh makan dan bawalah makanan bersesuaian. Sebab tak semua pesakit boleh makan.
Ada juga jenis pelawat yang sanggup makan sendiri buah tangan yang dibawa. Yang ini dah kategori lain dah ni…. Lain macam.
7. Elakkan membawa anak kecil
Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda sama ada mereka jenis yang suka menjerit-jerit, bergaduh ataupun gemar berlari ke sana-sini. Kalau ada anak-anak yang begini, kalau boleh elakkan bawa bersama. Kesian kat pesakit.
8. Jangan duduk di katil sebelah yang tidak bertuan
Sebagai pelawat, tolonglah jangan jadi selfish dengan menambah beban kerja jururawat ya. Elok-elok katil dah kemas, tetiba anda duduk. Habislah… lagi teruk kalau bawa anak kecil dan makan tumpah atas katil yang konon tak ada tuan tadi. Ini yang jadi tambah kerja nurse. Sila beringat!
9. Tak payah cerita pengalaman yang menakutkan pesakit
Ini boleh mematahkan semangat pesakit dan membuatkan mereka merasa sedih. Ceritalah perkara yang positif dan boleh membantu pesakit secara mental agar mereka terus tabah.
10. Jangan guna tandas pesakit
Andai kata anda melawat wad yang ramai penghuni tapi tandas cuma ada satu atau dua sahaja, silalah keluar sebentar dan cari tandas lain yang dikhaskan untuk orang awam.
Kita tak tahu pesakit di situ tiba-tiba nak muntah ke, nak tercirit ke ataupun tak tahan nak buang air kecil. Kalau pelawat ramai-ramai datang memenuhi tandas, pesakit-pesakit ni nak lari cari tandas di mana? Mohon bertimbang rasa
APA YANG PERLU BUAT
Doakan & Berikan Kata Semangat
Ucapkan kata-kata yang baik dan beri motivasi agar pesakit cepat sembuh.
Haaa… sekarang anda dah tahu adab melawat orang sakit, jangan buat perangai yang disebut tadi, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkini, keluarga mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui berdekatan anak sungai di kawasan berlurah adalah Nora Anne Quorin, remaja istimewa, 15 tahun yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
Pengesahan dibuat berdasarkan proses pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga Nora Anne di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Beberapa jam sebelum mayat Nora Anne ditemui, sukarelawan memaklumkan kepada Daily Mail akan membuat carian di sekitar kawasan air terjun, selepas mendapat maklumat yang remaja ini ‘teruja’ mahu melihat keindahan yang ada di sana.
Sebagaimana ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin pernah kongsikan pada Nora Anne sebaik tiba di resort tempat keluarga ini bercuti untuk dua minggu.
Penemuan mayat Nora Anne oleh sekumpulan sukarelawan dari Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR ini pada tengahari tadi kira-kira jam 1.57 tengah hari. Kawasan berlurah lokasi mayat ditemui, letaknya kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempatnya menginap.
Dan kawasan ini pernah dijejak sebelum ini dalam operasi SAR. Mayatnya juga ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.
Bagaimana pun, operasi SAR masih diteruskan untuk siasatan lanjut. Sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Ketika Hilang Nora Anne Cuma Berkaki Ayam..
Sebelum ini, Nora Anne yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) yang mempunya masalah pembelajaran tiba bersama ahli keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu.
Dia disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban kira-kira jam 8 pagi esoknya. Apabila keluarganya menyedari tingkap di tingkat bawah terbuka luas.
Ketika kehilangannya, dilaporkan Nora cuma berkaki ayam dengan memakai gaun malam.
Ahli keluarga Nora Anne yang terdiri dari ayahnya,Sebastian Marie Philipe dan ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin, dan dua lagi anak yang lain merancang bercuti di resort The Dusun, Pantai untuk dua minggu.
Usaha 10 hari mencari Nora Anne ini membabitkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), penduduk tempatan termasuk orang asli, sukarelawan.
Polis Perancis, Ireland dan Englad turut serta membantu siasatan.
Sumber/Foto : NST Online, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dibayar 10 juta rupiah mengasuh patung. “Tapi perlu bersiap sedia, tidur bakal terganggu! Tugasnya nampak mudah, mengasuh anak patung tak bernyawa, tetapi perlu berhati-hati.
Koleksi anak patung ini adalah anak patung puaka. Aduhai macam-macam hobi orang, sanggup peruntukkan wang untuk pengasuh anak patungnya.
Dibayar 10 Juta Rupiah Mengasuh Patung
Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya dengan gaji sebanyak 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan sebuah video yang tular di TikTok, seorang wanita yang sedang mengendong sebuah patung bayi bernama Alejandro menawarkan pekerjaan sebagai pengasuh bagi menggantikan dirinya dengan tawaran gaji sebanyak itu.
Tapi Perlu Bersiap Sedia
“Ada sesiapa berminat untuk menjadi pengasuh Alejandro kerana saya ingin berhenti demi memberi perhatian kepada keluarga,” kata wanita tersebut.
“Gajinya amat berbaloi iaitu 10 juta rupiah (RM2,925) dan kerjanya amat mudah selain segala perbelanjaan termasuk pengangkutan akan ditanggung oleh Rizki Nasution,” kata wanita tersebut.
Tambah wanita berkenaan, Rizki sememangnya gemar mengumpul pelbagai koleksi patung puaka.
Tidur Bakal Terganggu!
“Mudah sahaja untuk menjaga patung ini kerana ia tidak pernah menangis, marah atau buang air.
“Bagaimanapun, anda perlu bersiap sedia dari segi mental kerana kadang-kadang ketika pukul 3 pagi, tidur anda akan terganggu. Anda tidak dapat tidur dengan nyenyak,” tambah wanita berkenaan.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Beri saya 100 juta rupiah (RM29,254) pun saya tidak mahu,” kata seorang netizen. – AGENSI
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...