Tak Perlu Celur Atau Rendam, BIHUN CAKAR MADU Rasa Rangup, Manis-Manis Buah!

Share

Kuih bihun madu ini, selalunya boleh dijumpai ketika majlis kenduri kendara dikampung-kampung.Kuih ni boleh dikatakan macam ‘adik beradik’ kuih cakar ayam dari segi cara membuatnya. Bihunnya tak perlu dicelur mahupun direndam terlebih dahulu, boleh terus dibuat barulah menjadi dan rasanya rangup, manis-manis buah.

Boleh cuba resipi Bihun Cakar Madu seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
ini.

Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun, banyak juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya:

Bahan-Bahan:

1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
1kg Minyak Masak (untuk menggoreng)

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali, kacau sampai air gula menggelegak.

2. Kemudian, masukkan pewarna pilihan. Kacau sekejap agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun.

3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.

4. Bila dah bersalut elok,boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas,ambil sedikit bihun, goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan.

6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap..(part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia takkan melekat kalau dah sejuk).Ni cawan yang saya guna untuk tekap. Tak kisah cawan apa-apa pun janji plastik,lepastu sama saiz.

Siap!


Selamat mencuba!

Ni link video saya sertakan sekali mudah tiru,senang faham bila tengok video ni.

Mesti Baca:Rupanya Senang Je Buat Kuih Cakar Ayam, Hanya Perlu 3 Bahan & Confirm Menjadi Ikut Cara Ini

Baca Lagi Di Sini:Kuih Bihun Madu Rangup & Manis Guna 3 Bahan Je, ‘Adik Beradik’ Cakar Ayam, 1 Kampit Boleh Dapat 80 Keping!

Mingguan Wanita: Ringkas je nak buat kuih Bihun Cakar Madu ni. Memang sedap, rangup dan rasa manis-manis buah je.Tak perlu celur atau rendam dulu bihunnya.

Sumber: Ida Zaida

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

IKLAN