Rumah bersepah dengan mainan anak itu biasa, yang pelik kalau jenis biar rumah kotor sampai berdebu dan tandas berlumut. Hah, agak-agak macam mana orang itu boleh hadap keadaan rumahnya kotor setiap hari?
Jadi mak-mak dan isteri ini kena tenang, tak boleh cepat mengamuk bila tengok keadaan rumah. Barulah bahagia tu datang tanpa dijemput. Kena fikir positif, kalau tengok suasana rumah bersepah, di situlah ada anak-anak yang bijak.
Tetapi kalau nak mudah, mak-mak boleh ikut tip ini. Anda wanita bekerja atau suri rumah, rumah tetap kemas bersih teratur.
1. Kena Basuh Baju Setiap Hari
Ini paling penting, jangan sesekali biarkan baju kotor menimbun. Kerana sehari tangguh basuh baju, kemungkinan akan bertangguh 2-3 hari lagi.
Dan akhirnya, kain baju kotor berlonggok-longgok. Bukan saja menyemakkan mata, tapi menyesakkan nafas. Juga menyesakkan telinga kena bebel dengan suami.
2. Lipat Baju, Jangan Kumpul
Kalau baju dah kering, angkat dan sumbat dalam bakul. Sebelum tidur, atau sambil-sambil tengok TV lipatlah baju tadi. Tak payah tunggu esok lusa, kononnya hari ini tak sempat.
Tip mudah dan pantas lipat baju, asingkan baju ikut tuan punya baju. Buat target siap melipat dalam masa paling lama satu jam. Dah siap lipat, terus angkat masuk ke dalam almari yang berkenaan.
3. Jangan Biar Pinggan Tak Basuh
Walaupun sebiji pinggan, atau sebiji cawan. Dan guna terus basuh. Jika anda tinggal sebiji, maka berbiji-bijilah pinggan dan cawan yang akan berlonggok dalam sinki. Ini dapat menyelamatkan anda buang masa 1/2 jam untuk cuci pinggan mangkuk yang bersusun di dalam sink.
4. Kemas Dapur Lepas Masak
Ajar diri sepas masak jangan tinggal dapur kotor. Cepat lap dapur dan basuh peralatan dapur yang dah guna.
Dapur kotor boleh buat kawasan lain jangkit dengan kotor dan sepahnya. Lipas pun suka mucul. Jadi kemaskan dapur sejurus lepas masak.
5. Kemas Ruang Tamu
Ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam rumah sebab disitulah anda dan juga suami akan duduk bila dia balik kerja.
Susun sofa, kemas mainan anak-anak, dan letak semula benda yang bersepah di tempat asalnya. Juga sapulah atau vacum setiap hari. Percayalah, ruang tamu yang kemas akan buat anda kurang stress.
6. Ajar Anak Kemas Mainan
Biasalah, mainan akan sepah bila ada anak dalam rumah. Itu tanda rumah anda ada seri dengan karenah anak. Tetapi untuk elakkan anda dari stress dan sakit hati lihat mainan berterabur. Ajar dan ajaklah anak kemas mainan bersama.
Atau boleh juga berikan ganjaran kalau anak menolong. Contoh, upah bagi susu @ makanan yang dia suka. Anak akan excited nak kemas.
Tak payahlah marah-marah atau naik suara untuk ajak anak kemas mainan. Nak lagi seronok, mak-mak boleh buat undang-undang sebelum anak bermain. Lepas main mesti kemas balik mainan tadi.
Jadi ibu dan isteri mesti kreatif dalam uruskan rumah tangga. Insyaallah ikut 6 tips kemas rumah di atas, rumah kemas, anda tak stress. Dan paling penting, anda tidak lagi dilabel tak pandai jaga rumah.
Tetapi… kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Haaa… kenalah bagi suami faham. Jangan harapkan suami tolong kalau anda tak pernah suruh. Sekurang-kurangnya ‘minta tolong’ dan nanti suami tahu yang kita perlukan dia untuk sempurnakan suasana indah dalam rumah tangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau dah ada anak kecil, jangan berangan nak beraya dengan ‘selesa’ tambah pula waktu ramai-ramai di kampung. Normallah tetiba anak menangis dan meragam. Macam nak handle anak, anda boleh ikut petua Ibu Rose ini…
Ibu ingin berpesan sedikit, tambah dah nak sampai musim raya ini, bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai… menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba saya meragam dan ADA ORANG MENYURUH ANDA MEMUKULNYA… USAH diikutkan permintaan mereka itu dan TAK PAYAH TERTEKAN dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya… memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Apa Yang Perlu Buat…
1. Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
2. Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya… senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggung-jawab. Kita bertanggung-jawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibencii.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu-bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu… sudah sudahlah.
Berhentilah memberi ibu bapa itu lagi stress. Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak semua wanita bertuah dapat suami yang cukup baik selepas berumah tangga. Namun andai kata sesekali ‘diarah itu ini dan ditindas’ suami sendiri, golongan isteri tetap setia di sisi. Waras ke wanita ini? Gugurnya air mata kaum isteri ini, kadang tidak ditunjuk demi masa depan anak-anak.
Apa yang menyebabkan situasi ini berlaku, hanya tuan punya badan yang ada jawapan. Adakah jawapannya ada dalam perkongsian Puan Nurul Izzah Zainol kali ini? Jemput renungkan…
SETIA SEORANG ISTERI
Sebelum hari raya kali ini, saya menerima banyak luahan para isteri untuk saya berikan nasihat guaman. Ada yang melalui pm messenger, whatsApp, phone call, dan jumpa bersemuka. Jika kalian membaca dan mendengarnya, tidak mungkin akan ada raya bersama kali ini bersama suami!
Tetapi itulah yang namanya isteri. Remuk, pecah dan hancur hatinya isteri kau takkan dapat baca daripada riak wajahnya. Apabila tiba hari raya baru-baru ini, penuh di media sosial gambar mesra penuh muhibbah suami isteri ini.
Iya memang saya perhatikan setiap foto mereka penuh saksama. Apatah lagi wajah-wajah lelaki yang telah menghancurkan kehidupan wanita-wanita ini.
Apa yang aneh, kau akan lihat wajah isteri yang masih tersenyum tawa di samping suami yang telah beberapa kali berzina.
Isteri yang masih siap mengemas beg balik kampung dan siapkan persiapan raya di samping suami yang telah melesapkan segala duit ringgit isterinya yang penat bekerja tanpa tinggal sesen pun utuknya.
Isteri yang masih bersalaman, bermaafan dan berabang sayang di samping suami yg telah menipu, mengkhianati, berselingkuh ketika isteri mengandung dan berpantang.
Isteri yang masih teruja menyiapkan rendang, lontong, ketupat palas katanya feveret si suami yang kaki pukul, baran dan sering dimaki hamun bila meminta hak nafkahnya dan anak-anak.
Betapa perit untuk melakonkan watak isteri yang tetap setia. Betapa perit untuk menyelindungkan air mata di hari raya di hadapan sanak saudara. Yang lebih perit apabila terpaksa membohongi diri sendiri bahawa yang telah dan sedang terjadi adalah mimpi ngeri dan segalanya akan terpadam setelah lebaran ini.
Tulis wanita ini lagi, jika lebaran ini adalah peluang terakhir yang kalian berikan, pastikan ini adalah yang paling terakhir. Kerana orang yang bijak tidak akan terjun ke lubang najis berkali-kali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak pelik pun kalau ada golongan anak manja di sekolah yang jenis kuat mendesak, tak boleh ditegur, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur dengan pelajar lain.
Malah semua mak-mak sering meletakkan anak sebagai keutamaan dalam segala perkara. Tetapi jangan sampai anak buat perangai hingga tak boleh dididik ya, sebab sebenarnya ada beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada si anak.
Jadi untuk masukkan ke sekolah, mak ayah kena faham beberapa konsep bila anak masuk sekolah, jemput baca perkongsian daripada cikgu Mohd Fadli Salleh ini…
Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah.
Ini pesanku buat mak ayah yang ada anak manja…
1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam!
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.
7. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak biadab dan berlagak.
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
8. Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Okey, cukup dulu 8 point malam ini. Lain kali aku share lagi. Babai.
#MFS
– Suka kawan dengan ibu bapa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI